Jangan Tangguh Hukuman Berat Terhadap Pemandu Mabuk Hishammuddin




Kementerian Pengangkutan digesa tidak lagi berlengah mengenakan hukuman berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kemalangan jalan raya.
Bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata, Putrajaya tidak boleh mengambil mudah perkara ini memandangkan kadar kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk semakin kerap berlaku dan pemandu pula seolah-olah langsung tidak takut dengan kesalahan mereka.
“Saya gesa pihak berwajib terutamanya Kementerian Pengangkutan tidak lagi berlengah. Takkanlah setiap kali berlaku insiden sebegini, responnya cuma akan kaji. Hendak kaji sampai bila.
“Kelmarin, polis juga katakan hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap individu memandu di bawah pengaruh alkohol. Saya setuju dan mesti disegerakan. Mungkin sudah tiba masanya peraturan kadar alkohol dalam badan ketika memandu diperketatkan.
Kalau ikut Laporan Keselamatan Jalanraya 2018 dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Malaysia bukan negara yang mempunyai ‘good drinking driving laws’,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Terdahulu, polis mencadangkan supaya akta sedia ada dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias berkata, cadangan pasukan berkenaan akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan bagi tujuan pindaan di Parlimen.
Hishammuddin berkata, beliau bukan sengaja mencari ruang untuk menghukum pemandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya ia melibatkan soal keadilan buat mangsa terbabit.
“Ini soal keadilan, khususnya kepada mangsa apatah lagi yang kehilangan nyawa. Ini juga soal kesedaran serta keselamatan. Harap kerajaan PH tidak ambil mudah isu ini,” katanya.
Khamis lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, undang-undang mengenai kesalahan memandu dalam keadaan mabuk akan dikaji semula dan dibangkitkan dalam kabinet minggu depan.
Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/28/jangan-tangguh-hukuman-berat-terhadap-pemandu-mabuk-hishammuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdrm Cadang Hukuman Berat Terhadap Pemandu Mabuk

Pdrm Cadang Hukuman Berat Terhadap Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 309 hits
Azisman dalam sidang media di Bukit Aman hari ini KUALA LUMPUR DIKEMASKINI Polis Diraja Malaysia mencadangkan untuk memperkasakan akta sedia ada bagi memberi hukuman lebih setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol Pengar...
Kabinet Bersetuju Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Mabuk

Kabinet Bersetuju Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 537 hits
Sepatutnya dari dulu lagi kena hukuman berat Kalau dulu dulu pernah jugak naik motor pukul 3 pagi ngan ayah lampu hijau tgh jalan tiba2 kereta laju terus je Nasib baik sikit je lagi nak langgar Kalau buat hukuman berat mesti diorang x beran...
Pemandu Mabuk Perlu Dikenakan Hukuman Yang Lebih Berat Pdrm

Pemandu Mabuk Perlu Dikenakan Hukuman Yang Lebih Berat Pdrm

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR 24 Jan Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada mana mana individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias Azisman berkata Polis ...
Pdrm Sokong Hukuman Berat Pemandu Mabuk Abdul Hamid

Pdrm Sokong Hukuman Berat Pemandu Mabuk Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 438 hits
SEPANG 31 JAN Polis Diraja Malaysia menyokong keputusan Kabinet untuk meminda undang undang bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta secara berbahaya Ketua Polis Negara T...
Kerajaan Setuju Kenakan Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk

Kerajaan Setuju Kenakan Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 349 hits
Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut Menteri Pengangkutan Antho...
5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 449 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan mengambil initiatif untuk menghantar memorandum kempen an...
Hukuman Lebih Berat Pemandu Bawah Pengaruh Alkohol Dadah

Hukuman Lebih Berat Pemandu Bawah Pengaruh Alkohol Dadah

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 267 hits
PUTRAJAYA 29 JAN Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut Menteri P...
Menteri Kaji Hukuman Keras Ke Atas Pemandu Mabuk

Menteri Kaji Hukuman Keras Ke Atas Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 300 hits
Setelah sekian lama dinanti akhirnya kerajaan memberi respon terhadap isu pemandu mabuk Sejak beberapa bulan lalu isu kemalangan membabitkan orang mabuk telah mendapat perhatian kebanyakkan rakyat apa lagi beberapa kes dilaporkan melibatkan...
Bila Hukuman Untuk Pemandu Mabuk Nak Ditingkatkan

Bila Hukuman Untuk Pemandu Mabuk Nak Ditingkatkan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 298 hits
TUAN IBRAHIM TUAN MAN ULASAN PAS menyelar kelembaban Menteri Pengangkutan kerana masih gagal meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 Rakyat mendesak Akta 333 dipinda khususnya melibatkan hukuman bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehin...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga