Kerajaan Sabah Benar Kapal Ncs Kumpit Beroperasi


 
Hajiji berkata, penggunaan kapal NCS dan kumpit bagi aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang telah digantung seketika sejak PKPB dilaksanakan pada 13 Okt 2020. (Bernama pic)KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju membenarkan pergerakan kapal-kapal “Non-Convention Ship” (NCS) dan kumpit memasuki perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), Sabah, bermula Jumaat ini.
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kebenaran juga diberikan kepada semua kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang bermula pada hari sama.
“Aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang merupakan salah satu aktiviti yang menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah.
“Pada umumnya, perdagangan barter dan penghantaran barang menggunakan pengangkutan kapal NCS dan kumpit bagi membawa barangan dari Sabah ke Filipina dan Indonesia serta sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hajiji berkata, penggunaan kapal NCS dan kumpit bagi aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang telah digantung seketika sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 13 Okt 2020.
Katanya, dalam tempoh ini hanya kapal “Convention Ship” sahaja dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perniagaan di bawah aktiviti penghantaran barang.
“Bagaimanapun, peniaga-peniaga yang terlibat dalam aktiviti ekonomi ini berdepan kesukaran untuk menggunakan kapal “Convention Ship” memandangkan pelabuhan-pelabuhan di Selatan Filipina tidak mempunyai kemudahan untuk kapal-kapal “Convention Ship”.
“Setelah melalui penilaian dan pertimbangan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri menerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat pada 2 Mac, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pergerakan kapal-kapal NCS dan kumpit Indonesia serta Filipina yang memasuki perairan ESSZONE.
“Selain itu, semua kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti perdagangan trade dan penghantaran barang juga dibenarkan bermula 5 Mac 2021,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/kerajaan-sabah-benar-kapal-ncs-kumpit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebangkitan Umno Sabah Bermula Prk Kimanis Dan Menjadi Kerajaan

Kebangkitan Umno Sabah Bermula Prk Kimanis Dan Menjadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 248 hits
KOTA KINABALU Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata kemenangan mereka pada Pilihan Raya Kecil Kimanis Jan tahun lalu sebagai titik permulaan kebangkitan parti itu sehingga berjaya kembali berada dalam tampuk pemerintahan negeri sekaran...
Larangan Rentas Negeri Kekal Rentas Daerah Di Benar Kecuali Sabah Kuatkuasa 5 18 Mac

Larangan Rentas Negeri Kekal Rentas Daerah Di Benar Kecuali Sabah Kuatkuasa 5 18 Mac

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 272 hits
PUTRAJAYA Larangan pergerakan merentas negeri di seluruh negara ketika ini dikekalkan manakala pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata laran...
Amanah Persoal Kerajaan Pn Benarkan Kasino Dan Pusat Judi Beroperasi Ketika Pkp

Amanah Persoal Kerajaan Pn Benarkan Kasino Dan Pusat Judi Beroperasi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 216 hits
February 21 2021 Parti Amanah Negara mempersoal tindakan kerajaan Perikatan Nasional membenarkan kasino dan pusat perjudian kembali beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuat kuasa Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata...
Benar Rentas Daerah Atau Kami Tunjuk Perasaan Kata Pengusaha Bas Ekspres Sabah

Benar Rentas Daerah Atau Kami Tunjuk Perasaan Kata Pengusaha Bas Ekspres Sabah

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 297 hits
Pengusaha bas ekspres mendakwa tidak mampu lagi menanggung beban kerugian kerana tidak dapat beroperasi KOTA KINABALU Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah mendesak kerajaan negeri membenarkan laluan rentas daerah bagi membolehkan perkhidmatan...
Sabah Benar Rentas Daerah Ikut Zon

Sabah Benar Rentas Daerah Ikut Zon

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 275 hits
Kerajaan Sabah menetapkan enam zon yang dibenarkan pergerakan rentas sempadan KOTA KINABALU Kerajaan Sabah membenarkan pergerakan rentas daerah mengikut zon mulai Jumaat ini kecuali daerah yang masih dikenakan perintah kawalan pergerakan Me...
Sabah To Cull 3 000 Pigs To Stop Spread Of African Swine Fever

Sabah To Cull 3 000 Pigs To Stop Spread Of African Swine Fever

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 300 hits
Sabah deputy chief minister Jeffrey Kitingan gave an assurance that the African swine fever could not be spread from pigs to humans LAHAD DATU More than 3 000 pigs are expected to be culled in the Pitas district in Sabah to curb the spread ...
More Needs To Be Done To Help Sabah And Sarawak Be On Par With Other States

More Needs To Be Done To Help Sabah And Sarawak Be On Par With Other States

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 331 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during a special interview with senior news editors at his house on Friday Pic courtesy of PMOPUTRAJAYA More needs to be done to help Sabah and Sarawak be on par with other states in the peninsular in...
Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 409 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Gabungan Rakyat Sabah mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya namun penganalisis berkata ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara...
Politik Sabah Adun Dap Setia Bersama Warisan Plus

Politik Sabah Adun Dap Setia Bersama Warisan Plus

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 295 hits
SANDAKAN Selepas Parti Warisan Sabah Parti Tindakan Demokratik Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu bertindak keluar parti Penjelasan itu menepis dakwaan akan ada Adun DAP dan Warisan bertindak keluar parti se...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

5 Speaker Aktif Terbaik Dengan Audio Jernih Sound Horeg Mah Lewat

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Chili Oil Sk Recommend

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta

Apa Maksud Kereta Ev Hybrid E Hev Phev Dan Lain Lain

Ftg Kembali Dendang Remaja Ditemani Sofea

Bagaimana Cahaya Dapat Dipengaruhi Oleh Graviti Di Lohong Hitam

Apa Yang Berubah Sejak Aku Kali Terakhir Menulis