21 Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara


Makanan tradisional boleh menggambarkan identiti serta budaya masyarakat setempat. Sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum, Malaysia juga kaya dengan kepelbagaian hidangan warisan yang menjadi tradisi turun temurun.
Terdapat lebih 200 makanan warisan masyarakat Malaysia telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan.
Ini sekaligus menandakan kepelbagaian tradisi dan kekayaan budaya di negara kita.
Dari pencuci mulut, makanan berat sehingga ke minuman, terdapat pelbagai hidangan unik yang menjadi kebanggaan negara.
Senarai Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara Pada 4 Februari lalu, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara telah memaklumkan bahawa terdapat 10 makanan telah diwartakan sebagai objek warisan melakui kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
10 makanan yang dimaksudkan adalah :
1. Burasak Burasak adalah sajian tradisional orang Bugis yang biasanya disajikan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Cukup enak bila dipadankan dengan juadah Hari Raya seperti rendang, sayur lodeh dan kuah kacang.
2. Mi Kolok Hidangan yang cukup popular dari Sarawak ini menggunakan yee mee, hirisan daging atau ayam yang direbus serta kuah sup.
Ia sangat mudah dijumpai di restoran dan gerai di sekitar Kuching.
Sumber : Sinar Harian 3. Nasi Ambeng Nasi ambeng merupakan makanan etnik Jawa yang merangkumi hidangan nasi putih bersama aneka lauk pauk seperti ayam kicap, rendang daging, sambal goreng tauhu tempe, serundung dan bergedil.
Ia biasanya dihidangkan di majlis keramaian di dalam talam atau daun pisang.
Sumber : juiceonline.com 4. Dodol Kukus Tahi Minyak Dodol kukus tahi minyak merupakan kuih tradisional negeri Pahang terutamanya di daerah Chemor.  Ia mempunyai kaedah penyediaan yang berbeza berbanding dodol biasa.
Berbanding dodol biasa yang perlu dikacau berterusan pada tempoh yang lama, kaedah penyediaan dodol kukus pula lebih ringkas dan pantas.
Rasanya pula dikatakan lebih lemak dan enak apabila ditabur dengan tahi minyak.
Sumber : rasa.my 5. Kuih Genggang / Kuih Lapis Kuih ini sudah menjadi kemestian dalam majlis keramaian di kampung.
Terkenal dengan lapisan berwarna putih dan merah jambu, ia dihasilkan menggunakan campuran tepung gandum, tepung beras serta tepung jagung.
Sumber : Sinar Harian 6. Kuih Karas Juga dikenali sebagai kuih jala, kuih karas merupakan snek tradisional dari Kedah.
Kuih ini biasanya ditemui di daerah Kota Setar dan sesuai untuk dinikmati ketika minum petang.
Di Sarawak, ia juga dikenali sebagai kudapan tradisional bagi kaum Iban.
Sumber : Sinar Harian 7. Uthappam Uthappam merupakan makanan istimewa Tamil Nadu yang dihasilkan daripada adunan beras.
Berbentuk seperti pancake, uthappam mempunyai rupa seakan tosai tetapi teksturnya lebih tebal.
Mungkin ramai yang pertama kali mendengar tentang hidangan ini kerana tidak semua restoran India atau kedai mamak menyajikan hidangan ini.
Ia dibentuk seperti lempeng dan dihiasi dengan tomato, capsicum, daun ketumbar dan bawang.
Uthappam biasanya dimakan ketika sarapan pada dan dipadankan bersama sambar atau chutney.
Sumber : Sinar Harian 8. Jeruk Tuhau Jeruk tuhau merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang berada dalam kategori yang sama seperti halia dan lengkuas dan tumbuh liar di tepi sungai atau paya.
Untuk menghasilkan jeruk tuhau, tuhau perlulah dicincang dan dicampurkan dengan beberapa bahan seperti limau kasturi, bawang putih dan cili padi.
Kemudian, ia perlu disimpan di dalam bekas kedap udara untuk djadikan jeruk serta dihidangkan bersama nasi dan ikan masin.
9. Air Katira Air berwarna hijau ini sering menjadi tumpuan setiap kali tibanya bulan Ramadan di negeri Johor.
Air ini dikatakan unik kerana masih lagi mengekalkan resepi tradisi yang asli dengan penggunaan bahan-bahan seperti kurma, getah anggur, buah semangkuk dan badam.
10. Bak Kut Teh Bak kut teh atau sup rusuk khinzir merupakan hidangan masyarakat Cina yang dipercayai mula diperkenalkan di Klang, Selangor.
Direneh dengan pelbagai jenis rempah dan herba, ia menjadi makanan khusus bagi masyarakat Cina Malaysia kerana ia tidak terdapat di negara lain.
Bak Kut Teh juga merupakan satu-satunya juadah masyarakat Cina yang diwartakan berbanding 9 juadah yang disenaraikan.
Sumber :The Vocket Makanan Tradisional Rakyat Malaysia   Sekiranya anda sudah biasa dengan makanan tradisional popular seperti nasi lemak dan roti canai, di sini kami ingin kongsikan lagi hidangan tradisional tempatan lain yang unik dan wajib untuk dicuba.
Memetik Jabatan Warisan Negara, hidangan berikut juga telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan.
1. Gulai Tempoyak Ikan Patin Telah diiktiraf sebagai makanan warisan sejak 2009, tempoyak ikan patin merupakan juadah kebanggaan masyarakat Pahang terutamanya di Temerloh.
Juadah ini dihasilkan menggunakan ikan patin dan tempoyak iaitu isi durian yang telah diperam. Rasanya yang masam, masin dan sedikit pedas sememangnya cukup unik dan wajib dicuba.
Sumber : rasa.my 2. Pulut Kukus Dalam Periuk Kera
Pulut Kukus Periuk Kera merupakan salah satu makanan orang Asli Semelai di Malaysia. Sebelum menggunakan pulut, masyarakat orang Asli zaman dahulu menggunakan beras pulut padi huma.
3. Hati Sukma
Mungkin ini pertama kali anda mendengar tentang kuih Hati Sukma. Ia sukar dijumpai dan jarang dihasilkan oleh masyarakat masa kini.
Kuih Hati Sukma cukup terkenal di Pantai Timur khususnya pada bulan Ramadan atau musim perayaan.
Ia dihasilkan menggunakan ubi keledek, tepung kastad, tepung gandum dan santan dan digentel menjadi bentuk bulat.
4. Gulai Asam Rong
Gulai asam rong atau asam rum merupakan hidangan yang terkenal di Pahang khususnya di Jerantut, Kampung Kuala Tahan, Kampung Ulu Tembeling.
Ia telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009.
Asam rong diperbuat daripada biji getah yang diproses mejadi asam rong. Rasanya dikatakan sedikit pahit dan berlemak.
Asam rong yang telah dijerukkan akan dicampurkan bersama bahan lain seperti daun kesum, bunga kantan dan kunyit hidup.
5. Manok Pansoh
Manoh pansoh adalah hidangan ayam kampung yang dimasak dalam buluh. Ia merupakan juadah terkenal bagi masyarakat Iban dan Bidayuh ketika musim perayaan.
Manok pansoh sering dipadankan bersama nasi pulut atau lemang.
6. Pulut Tekan Seri Kaya
Telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2012, pencuci mulut ini merupakan kuih warisan bagi masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang.
Ia dipanggil pulut tekan kerana pulut ini sering ditekan sehingga padat sebelum dipotong dan disajikan bersama seri kaya.
Ia juga dikenali dengan nama lain seperti pulut tai tai dan pulot tayai.
Untuk menyediakan pulut tekan, pulut ditanak bersama daun pandan dan diwarnakan menggunakan warna biru asli daripada bunga telang.
7. Opok-Opok
Keropok rangup ini merupakan hidangan tradisional bagi negeri Kelantan. Berbanding keropok lain yang digoreng menggunakan minyak, opok-opok dibakar di atas bara api.
Proses membuatnya dikatakan remeh dan memerlukan kepakaran yang tinggi terutamanya ketika proses membakar.
8. Kuih Cincin
Kuih cincin adalah kuih tradisional yang popular di negeri Sabah. Ia diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras dan gula Melaka.
Kuih ini perlu dibiarkan kering sebelum digoreng. Rasanya manis dan sedikit masin.
9. Kari Devil
Juga dikenali sebagai Kari Ayam Debal, kari devil merupakan hidangan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Portugis yang menetap di Melaka.
Ia merupakan sejenis menu ayam yang dimasak menggunakan beberapa bahan seperti sos cili, lengkuas dan cuka.
Uniknya kari ini tidak menggunakan santan pekat, namun teksturnya masih pekat kerana penggunaan buah keras.
10. Sup Nelayan
Sup nelayan sinonim dengan masyarakat Portugis di Melaka yang bekerja sebagai nelayan.
Ia dihasilkan dengan bahan-bahan seperti belimbing buluh, udang, sotong, serai dan bawang.
11. Ais Kepal
Telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2015, ais kepal merupakan pencuci mulut yang cukup popular di Malaysia.
Minuman penyejuk tekak ini dihasilkan daripada ketulan ais yang disagat dan dikepal dengan padat sehingga menjadi bentuk bola.
Kemudian, ia disiram dengan air gula yang dimasak bersama pewarna ros dan daun pandan.  
Dari pencuci mulut sehinggalah ke hidangan berat, terdapat aneka hidangan tradisi yang menarik.
Adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara dan meraikan kepelbagaian juadah warisan negara.
Sumber :
Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara, Facebook Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage), Facebook ASRAT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-tradisional/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-tradisional

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bak Kut Teh Makanan Warisan Negara

Bak Kut Teh Makanan Warisan Negara

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 110 hits
Hidangan sup babi bak kut teh yang dikatakan hidangan berasal dari Klang diiktiraf secara rasmi sebagai sebahagian daripada Warisan Negara Bak kut teh sup babi yang diselitkan dengan herba aromatik dan rempah ratus adalah hidangan kegemaran...
Nasi Lemak Tercalon Sebagai Makanan Warisan Dunia

Nasi Lemak Tercalon Sebagai Makanan Warisan Dunia

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 79 hits
Ercy Gracella Ajosam hmetro com myKuala Lumpur Nasi lemak mendapat tempat di persada antarabangsa apabila tercalon dalam senarai calon pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebagai War...
Berpantang Tradisional Di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare

Berpantang Tradisional Di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 121 hits
Berpantang Tradisional di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare Ummi ada berita baik untuk korang yang nak migrate ke luar negara terutamanya kepada ibu ibu mengandung Sekarang ni kan Suraya Mothercare ada menawarkan Pakej Overseas Su...
Kerajaan Rancang Kg Bharu Sebagai Bandar Melayu Bukan Tapak Warisan

Kerajaan Rancang Kg Bharu Sebagai Bandar Melayu Bukan Tapak Warisan

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 95 hits
Oleh Abdullah Zaid Kerajaan tidak bercadang menjadikan Kampong Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi memastikan pelan pembangunan yang dirancang tidak tergangg...
Pakej Berpantang Suraya Mothercare Di Oversea Rasai Pengalaman Terbaik Berpantang Tradisional Meskipun Di Luar Negara

Pakej Berpantang Suraya Mothercare Di Oversea Rasai Pengalaman Terbaik Berpantang Tradisional Meskipun Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 123 hits
PAKEJ BERPANTANG SURAYA MOTHERCARE DI OVERSEA RASAI PENGALAMAN TERBAIK BERPANTANG TRADISIONAL MESKIPUN DI LUAR NEGARA Proses berpantang merupakan salah satu perkara penting bagi ibu ibu yang baru saja melalui fasa melahirkan Untuk itu berpa...
10 Makanan Tradisional India Yang Terkenal Di Malaysia

10 Makanan Tradisional India Yang Terkenal Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 354 hits
Sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum kita beruntung kerana dapat menikmati pelbagai makanan yang kaya dengan tradisi Anda juga boleh terokai pelbagai makanan tradisional India Jika anda sudah biasa dengar tentang makanan sepe...
Pakej Berpantang Secara Tradisional Di Luar Negara Oleh Suraya Mothercare

Pakej Berpantang Secara Tradisional Di Luar Negara Oleh Suraya Mothercare

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 93 hits
Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare I Korang yang tengah mengandung tapi terpaksa keluar negara atas urusan urusan yang tak dapat nak dielakkan mesti risau bila dah bersalin nanti siapa pula nak jaga ma...
Sahroni Pengembalian Nilai Kerugian Negara Dari Kasus Korupsi Masih Kecil

Sahroni Pengembalian Nilai Kerugian Negara Dari Kasus Korupsi Masih Kecil

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 72 hits
Selama ini kata dia penanganan kasus korupsi terlalu mengedepankan hukum pidana sebagai alat penyelesaiannya
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Andika Mahesa Feat Dodhy Kangen Band Dimana Perasaanmu Chord

Boss Level A Bmw R100 Caf Racer With Carbon Leaf Spring Suspension

The 5 Best Electric Tea Kettles Of 2024

Hitung Hari Bersalin Shila Amzah Usaha Nak Bersalin Normal Doakan Tau