Kerajaan Rancang Guna Peranti Satelit Starlink Di Ipt Sekolah Pm


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan maya dengan Elon Musk, semalam.

SUNGAI PETANI: Kerajaan merancang perolehan 40 peranti satelit Starlink untuk kegunaan institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah seluruh negara dalam usaha meningkatkan capaian internet, sekali gus mewujudkan akses lebih luas dan pantas untuk pelajar

Perkhidmatan satelit berkenaan disediakan SpaceX, syarikat milik Elon Musk, jutawan dan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat (AS) yang mengadakan perbincangan secara maya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam

Musk ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX serta CEO Tesla Inc, syarikat multinasional beribu pejabat di Austin, Texas yang terbabit dalam bidang automotif pengeluaran kenderaan elektrik (EV), teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tenaga bersih

"Jadi apabila Elon Musk bercakap dengan saya, saya beritahu Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) semalam, untuk kita beli (peranti Starlink) dengan segera dan kita akan pasang di mana saja universiti yang perlu," kata Anwar

Menjelaskan demikian ketika berucap pada program Karnival Mini Usahawan Desa (KUD)@Sungai Petani, di sini hari ini, Perdana Menteri menambah, kerjasama dengan SpaceX itu kerana beliau sering ditanya pelajar IPT mengenai kualiti perkhidmatan internet di negara ini

Yang turut hadir pada program berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Pertanian, Datuk Seri Mohamad Sabu; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh

"Saya melawat universiti dan mendengar rungutan daripada pelajar yang bertanya 'Datuk Seri, bagaimana kita boleh belajar sedangkan internet pelahan'," kata Anwar sambil memaklumkan, peranti tambahan itu juga akan diguna untuk meningkatkan lagi kebolehcapaian internet di kawasan luar bandar

"Elon kata dia boleh berikan kita 40 peranti, dia turut beri jaminan jika kita memerlukan lebih banyak unit, kita juga boleh beli untuk pemasangan di kawasan luar bandar

"Kita akan peroleh peranti ini untuk usahawan luar bandar dan projek luar bandar, tetapi kita mulakan dengan universiti, politeknik dan sekolah yang memerlukan akses internet terlebih dahulu

"Peranti ini kecil tetapi ia boleh menukar sambungan internet yang perlahan kepada sambungan segera. Jika tiada internet di sini, ia akan menyediakan internet kerana ia dipautkan secara langsung kepada satelit," katanya

Anwar berkata, pelaburan Musk di Malaysia adalah berdasarkan kepercayaan syarikat berkenaan dengan kestabilan politik dan hala tuju ekonomi negara

"Ini kerana dia tahu saya mengetuai kerajaan yang stabil. Dia tahu Anwar bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), memastikan kerajaan yang kukuh dan jelas dasar ekonomi

"Dia mahu tahu ke mana hala tuju kita dan keutamaan kita, iaitu ekonomi luar bandar, keselamatan makanan dan ekonomi digital. Jadi apabila kita bincang perkara ini (dengan) melibatkan orang terkaya di dunia, dia buat keputusan untuk buka ibu pejabat (Tesla) di Cyberjaya tahun ini," katanya

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri meminta tiada pihak memperlekehkan usaha beliau mendekati golongan belia, termasuk mahasiswa kerana pendekatan itu membolehkannya tahu keperluan golongan berkenaan yang boleh direalisasikan kerajaan

"Isnin sampai Jumaat di pejabat, Sabtu dan Ahad di lapangan, takkan nak duduk di Kuala Lumpur, Putrajaya tak ambil peduli, mana saya nak tahu apa keluhan mahasiswa, anak muda, anak-anak Tingkatan Enam, politeknik

"Bila kita dengar (masalah) mereka, tindakan diambil. Anak-Anak Tingkatan Enam misalnya, saya bagi contoh, 'Datuk Seri, kami ini Tingkatan Enam, bukan budak sekolah, biarlah ada cara lain sikit, aturan lain sikit'

"Jadi, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek terus umumkan Tingkatan Enam tidak dikategorikan sebahagian sekolah, dianggap Kolej Pra-Universiti KPM (Kementerian Pendidikan), maknanya kita dengar (suara pelajar)," katanya

Khamis lalu, Fadhlina mengumumkan penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti KPM dengan jawatan pengetua akan ditukarkan kepada pengarah, guru penolong kanan ditukar kepada timbalan pengarah, manakala guru kepada pensyarah dan murid menjadi pelajar

Kolej Pra-Universiti diberi autonomi bagi pengambilan pelajar Tingkatan Enam secara terus sekiranya masih terdapat kekosongan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/kerajaan-rancang-guna-peranti-satelit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 Tadika Agama Johor Bagi Sesi Persekolahan 2024 2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 Tadika Agama Johor Bagi Sesi Persekolahan 2024 2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 386 hits
Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 Tadika Agama Johor Bagi Sesi Persekolahan 2024 2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Panduan untuk ibu dan ayah The post appeared first on
Anwar Arah Beli 40 Peralatan Internet Starlink Untuk Sekolah Universiti

Anwar Arah Beli 40 Peralatan Internet Starlink Untuk Sekolah Universiti

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 231 hits
Sistem Starlink merangkumi antena piring satelit kecil dan pelayan WiFi Signal internet diterima daripada satelit di orbit bumi rendah PETALING JAYA Kerajaan merancang perolehan 40 peranti satelit Starlink untuk kegunaan di universiti kolej...
Starlink Dapat Lesen Daripada Kerajaan

Starlink Dapat Lesen Daripada Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 250 hits
FMT REPORTER Perkhidmatan kendalian SpaceX akan bermula di institusi pengajian tinggi dan sekolah menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil PETALING JAYA Kerajaan memberikan lesen pemberi kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepad...
Anak Bawah 2 Tahun Dilarang Guna Gajet 3 18 Tahun Hanya 2 Jam Sehari Ini Garis Panduan Penggunaan Gajet

Anak Bawah 2 Tahun Dilarang Guna Gajet 3 18 Tahun Hanya 2 Jam Sehari Ini Garis Panduan Penggunaan Gajet

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 149 hits
Apabila melangkah sahaja ke alam keibubapaan anda pasti tahu setiap dilema yang dihadapi ibu bapa daripada pemilihan susu sekolah makanan dan pelbagai lagi keputusan yang perlu dibuat Membuat keputusan mengenai si kecil anda bukanlah mudah ...
Cara Reload Topup Telefon Guna Bsnsecure

Cara Reload Topup Telefon Guna Bsnsecure

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 278 hits
CARA RELOAD TOPUP TELEFON GUNA BSNSECURE Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan...
Tangkap Ikan Guna Renjatan Elektrik Penyandang Adun Didakwa

Tangkap Ikan Guna Renjatan Elektrik Penyandang Adun Didakwa

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 291 hits
Mohd Kamarul Hasifi Kamarudin dan KOSMO Gara gara menangkap ikan menggunakan peralatan elektrik di sebatang sungai seorang penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu telah dipanggil untuk memberikan penerangan Jabatan Perikanan Tereng...
Bekas Isteri Tak Henti Serang Guna Nombor Telefon Anak Punca Boss Kay Block Whatsapp

Bekas Isteri Tak Henti Serang Guna Nombor Telefon Anak Punca Boss Kay Block Whatsapp

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 401 hits
Baru baru ini bekas isteri pertama kepada influencer terkenal Boss Kay iaitu Nooraini Noni telah memuat naik video anak mereka yang menangis kerana tidak dapat menghubungi bapanya Menurut Nooraini lagi Boss Kay atau nama sebenarnya Azlee Ab...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi