Anak Bawah 2 Tahun Dilarang Guna Gajet 3 18 Tahun Hanya 2 Jam Sehari Ini Garis Panduan Penggunaan Gajet


Apabila melangkah sahaja ke alam keibubapaan, anda pasti tahu setiap dilema yang dihadapi ibu bapa; daripada pemilihan susu, sekolah, makanan dan pelbagai lagi keputusan yang perlu dibuat. Membuat keputusan mengenai si kecil anda bukanlah mudah, apatah lagi jika keputusan tersebut mungkin memberi kesan jangka masa panjang untuk mereka.

Dengan kemuculan penggunaan gajet atau alat elektronik yang kini ditargetkan untuk kanak-kanak, mungkin akan timbul pula persoalan sama ada ia akan memudaratkan atau tidak.
Apa kata pakar? Terlalu banyak masa skrin bermakna kurang masa dihabiskan kanak-kanak menjadi aktif, yang boleh memudaratkan perkembangan kemahiran mereka. Garis panduan American Academy of Pediatrics sebelum ini adalah jelas dan tegas. Dilarang sama sekali untuk kanak-kanak di bawah usia dua tahun, dan hadkan kepada kurang daripada dua jam sehari untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 18 tahun.
Tetapi tak usahlah kita menipu diri sendiri, kebiasaan remaja bawah 18 tahun mengahabiskan masa berjam-jam dengan gajet sementara si kecil anda yang berusia 2 tahun mungkin lebih mahir menekan butang ‘play’ pada youtube berbanding diri anda sendiri. Bahkan mungkin ada ibu bapa yang mengatakan “Saya dulu sewaktu kecil pun tengok kartun 5 jam di hujung minggu,” dan merasakan mereka membesar dengan baik tanpa masalah perkembangan.
Jadi, garis panduan apa yang sepatutnya diikuti? Sebagai permulaan, anda bukanlah satu-satunya orang yang mendapati topik ini mengelirukan. Perdebatan tentang kanak-kanak dan teknologi masih menjalani penelitian dan penyelidikan oleh ahli akademik dan pembuat dasar. Sebagai contoh, United Kingdom telah mengumpulkan bukti bertulis dan lisan daripada pakar untuk menyelesaikan pertanyaan parlimen mengenai kesan media sosial dan masa skrin pada kesejahteraan kanak-kanak yang sehingga kini masih berterusan dan belum mencapai kata putus.
Salah satu masalah dengan garis panduan tentang masa skrin, menurut pakar, adalah masalah bahawa masa skrin itu sendiri adalah konsep yang tidak jelas. Walaupun kita mudah untuk melabelkan semua masa skrin sebagai sama, sebenarnya ia tidak. Masa skrin adalah konsep yang mencakupi pendedahan kepada skrin pelbagai alat elektronik, dari televisyen ke telefon pintar dan gajet lain, dengan atau tanpa internet.
Jelasnya, 10 perbualan video tidak akan mempunyai kesan yang sama seperti menonton 10 minit video dalam talian atau 10 minit yang dihabiskan untuk media sosial. Disebabkan itu, garis panduan American Academy of Pediatrics yang dikemaskini pada tahun 2016 mencerminkan aturan yang sangat longgar yang harus diubahsuai oleh ibu bapa sendiri:
Bagi kanak-kanak di bawah umur 18 bulan, masa skrin harus dihadkan kepada perbualan video sahaja Kanak-kanak 18-24 bulan hanya boleh didedahkan kepada media berkualiti tinggi, dengan ibu bapa menonton bersama untuk membantu mereka memahami dan berinteraksi dengan bahan tontonan Kanak-kanak 2-5 tahun harus dihadkan kepada 1 jam sehari dengan program yang berkualiti tinggi. Ibu bapa juga harus mengawasi bersama mereka untuk membantu mereka berinteraksi Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas harus mempunyai had masa skin yang ditetapkan secara konsisten, dengan ibu bapa memastikan bahawa media digital tidak mengambil masa tidur, aktiviti fizikal atau interaksi peribadi sebenar Garis panduan berikut mungkin lebih longgar dan mencerminkan keperluan ibu bapa menetapkan had mereka sendiri. Mengetahui beberapa parameter boleh membantu anda membuat keputusan. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
Berhubung atau terlebih berhubung? Membenarkan telefon pintar ke dalam kehidupan anak-anak anda bermakna rumah tidak lagi menjadi tempat selamat daripada semua perkara yang berlaku dalam lingkungan sosial mereka. Buli siber adalah ancaman yang kerap berlaku bagi kanak-kanak dan remaja bersekolah. Membenarkan telefon pintar boleh bermakna membenarkan pembuli dibawa ke rumah.
Anda juga harus mempertimbangkan jika masa skrin mempengaruhi perkembangan personaliti anak anda. Adakah media sosial memberi kepuasan peribadi kepada anak-anak anda dengan jumlah ‘like’ dan pengikut yang mereka miliki? Adakah ia menjejaskan keinginan mereka untuk membina persahabatan yang sebenar diluar talian?
Semua ini perlu dipertimbangkan dengan menetapkan masa bebas gajet bersama-sama, seperti waktu makan malam atau dalam kenderaan, serta lokasi khusus bebas gajet di rumah, seperti bilik tidur. Anda juga harus berkomunikasi berterusan tentang etika netizen dan keselamatan dalam talian, termasuklah melayan orang lain dengan hormat dalam dan luar talian. Selain ancaman dibuli, anak anda sendiri berpotensi menjadi pembuli.
Kandungan, pengawasan dan interaksi bersama 30% daripada internet adalah pornografi dan pemangsa seksual mungkin bersembunyi di tempat yang tidak anda sangka seperti permainan video. Selain itu, imej badan yang sempurna, kulit sempurna dan pakaian berjenama yang digambarkan dalam talian juga boleh menjadi toksik kepada anak gadis anda yang semakin membesar.
Disebabkan itu, kandungan yang anda benarkan dalam hidup anak anda lebih penting berbanding menentukan masa skrin itu sendiri. Bahkan masa skrin pasif boleh ditukar menjadi aktif dengan permainan video yang mempromosikan aktiviti seperti menari dan bersenam. Dalam kajian membandingkan penggunaan tenaga sewaktu masa skrin, penggunaan tenaga meningkat lebih daripada dua kali ganda apabila masa skrin pasif ditukar kepada masa skrin aktif.
Tetapi kandungan sahaja tidak mencukupi, perkembangan kanak-kanak memerlukan interaksi, disebabkan itu, penekanan pada interaksi bersama digariskan dalam panduan tersebut. Dalam satu kajian, bayi berusia sembilan bulan yang menerima beberapa jam pengajaran bahasa Mandarin dari manusia hidup boleh mengasingkan unsur fonetik tertentu bahasa tersebut sementara pengajaran video yang sama tidak dapat memberikan hasil yang sama.
Oleh itu, menonton bersama anda membolehkan anda menyediakan interaksi manusia secara langsung yang mereka perlukan. Sementara bagi kanak-kanak yang lebih besar, ia membolehkan anda mengawasi mereka daripada ketagihan imej lucah dan yang ancaman lain.
Fokus pada apa yang kita tahu Selain melaksanakan pengawasan yang munasabah dari segi masa skrin, anda juga patut memberi tumpuankepada apa yang telah kita ketahui mengenai tip keibubapaan yang baik. The British cohort adalah kajian dalam masa 70 tahun yang membabitkan 70,000 kanak-kanak sejak tahun 1946 yang mengkaji corak keibubapaan dan kesannya. Ia adalah satu-satunya kajian komprehensif di dunia mengenai topik tersebut.
Tip keibubapaan yang baik sebenarnya sangat mudah dan kita sebagai ibu bapa seringkali terlupa akibat disibukkan dengan pelbagai perdebatan keibubapaan. Dalam kajian tersebut, perkara-perkara yang paling memberi kesan keapda perkembangan anak kecil ialah:
Bercakap dan mendengar pandangan mereka Menunjukkan dengan jelas bahawa anda mempunyai cita-cita untuk masa depan mereka Menunjukkan kemesraan Mengajar mereka huruf dan nombor Membawa mereka keluar berjalan Membaca buku untuk mereka pada setiap hari (dan menggalakkan mereka membaca sebagai hobi) Menetapkan waktu tidur harian Sekarang setelah anda diberikan garis panduan mengenai cara menjadi ibu bapa yang baik, tanya diri anda jika masa skrin menjejaskan perkara berikut. 90% kajian mengenai masa skrin dan tidur dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sekolah mendapati bahawa masa skrin dikaitkan dengan tempoh tidur yang lebih pendek.
Oleh itu, sekiranya masa skrin menjejaskan tip keibubapaan yang disebutkan itu, betulkan dengan sewajarnya. Anak remaja anda mungkin perlu dinasihatkan untuk menghadkan atau mengurangkan pendedahan masa skrin, terutamanya sebelum atau semasa waktu tidur untuk mengurangkan sebarang kesan berbahaya.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa ibu bapa zaman moden sebenarnya mempunyai lebih banyak masa dengan anak-anak mereka berbanding zaman dahulu disebabkan pengurangan waktu kerja. Tetapi penglibatan antara ibu bapa dan anak-anak kini menjadi kurang berkesan, disebabkan ibu bapa sendiri kurang memberikan kemesraan kerana terikat dengan telefon pintar kita sendiri. Dan barangkali keinginan kita untuk mengawal masa skrin anak-anak adalah cerminan rasa ketidakupayaan kita dalam mengawal masa skrin kita sendiri. Oleh itu, sebelum mula melaksanakan peraturan pada masa skrin anak-anak, mulakanlah dengan diri anda sendiri.
Sumber: Hello Doktor
The post Anak Bawah 2 Tahun Dilarang Guna Gajet, 3-18 Tahun Hanya 2 Jam Sehari! Ini Garis Panduan Penggunaan Gajet appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-bawah-2-tahun-dilarang-guna-gajet-3-18-tahun-hanya-2-jam-sehari-ini-garis-panduan-penggunaan-gajet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tahun Setia Dengan Syarikat Mak Cik Cleaner Ini Dapat Hadiah Jam Rolex Bernilai Rm35 000

10 Tahun Setia Dengan Syarikat Mak Cik Cleaner Ini Dapat Hadiah Jam Rolex Bernilai Rm35 000

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 317 hits
10 tahun setia dengan syarikat mak cik cleaner ini dapat hadiah jam Rolex bernilai RM35 000 Sebuah kumpulan restoran di Singapura Paradise Group baru baru ini mencuri perhatian ramai selepas menghadiahkan seutas jam tangan berjenama mewah R...
165 Juta Penduduk Dunia Di Bawah Garis Kemiskinan Kata Pbb

165 Juta Penduduk Dunia Di Bawah Garis Kemiskinan Kata Pbb

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 164 hits
165 juta penduduk dunia di bawah garis kemiskinan kata PBB Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jul 2023 8 50
Bekas Isteri Tak Henti Serang Guna Nombor Telefon Anak Punca Boss Kay Block Whatsapp

Bekas Isteri Tak Henti Serang Guna Nombor Telefon Anak Punca Boss Kay Block Whatsapp

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 387 hits
Baru baru ini bekas isteri pertama kepada influencer terkenal Boss Kay iaitu Nooraini Noni telah memuat naik video anak mereka yang menangis kerana tidak dapat menghubungi bapanya Menurut Nooraini lagi Boss Kay atau nama sebenarnya Azlee Ab...
Hiburan Bapa Durjana Jadikan Dua Anak Kandung Hamba Seks Salah Seorang Berusia 15 Tahun Kini Hamil

Hiburan Bapa Durjana Jadikan Dua Anak Kandung Hamba Seks Salah Seorang Berusia 15 Tahun Kini Hamil

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 239 hits
Pemeriksaan ke atas remaja berusia 15 tahun di hospital membongkar perbuatan terkutuk seorang bapa durjana terhadap dua anak kandungnya Remaja itu pada mulanya mengadu sakit dada namun pemeriksaan pegawai perubatan mendapati dia sebenarnya ...
Dah 7 Tahun Tiada Gaji Bekas Ahli Suju Kangin Akui Masih Bawah Sm Entertainment

Dah 7 Tahun Tiada Gaji Bekas Ahli Suju Kangin Akui Masih Bawah Sm Entertainment

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 233 hits
Lama rasanya tak dengar cerita mengenai bekas ahli Super Junior Kangin kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru lelaki berkenaan kembali aktif dalam bidang seni selepas sekain lama menyepikan diri Menerusi saluran YouTube Someone Else s Life Kangin me...
Hospital Uitm Sungai Buloh Guna Robot Hasil Ciptaan Anak Tempatan

Hospital Uitm Sungai Buloh Guna Robot Hasil Ciptaan Anak Tempatan

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 355 hits
Marcapada ini kecanggihan dan kemodenan teknologi semakin pesat membangun Teknologi moden yang dicipta pada masa kini dilihat menyenangkan dan memudahkan urusan orang ramai Baru baru ini menerusi akaun media sosial Twitter beliau telah memu...
Kerang Hanya Boleh Diperkenalkan Pada Bayi Selepas Usia 1 Tahun Doktor Kongsi Cara Masak Kerang Untuk Bayi

Kerang Hanya Boleh Diperkenalkan Pada Bayi Selepas Usia 1 Tahun Doktor Kongsi Cara Masak Kerang Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 330 hits
Tidak seperti makanan lain makan kerang segar atau dalam tin harus ditangguhkan sehingga bayi menginjak usia 1 tahun Umumnya kerang mempunyai kandungan garam yang tinggi yang jika dimakan secara berlebihan akan menyebabkan hipernatremia Pen...
Rezeki Ammar Tunai Haji Di Usia Muda Datin Shahida Imbas Kembali Gambar Anak Ketika Umrah 14 Tahun Lalu

Rezeki Ammar Tunai Haji Di Usia Muda Datin Shahida Imbas Kembali Gambar Anak Ketika Umrah 14 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 209 hits
Anak sulung Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida Ammar Ahyan 15 selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji Menurut perkongsian Datin Shahida di laman instagramnya dia menyifatkan anak sulungnya itu dikurniakan rezeki awal ke...
Hiburan Jangan Jadi Kebulur Jantan Anak 11 Tahun Dibuang Ibu Sendiri Gara Gara Bapa Tiri Anggap Masalah

Hiburan Jangan Jadi Kebulur Jantan Anak 11 Tahun Dibuang Ibu Sendiri Gara Gara Bapa Tiri Anggap Masalah

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 183 hits
Satu perkongsian media sosial Facebook oleh seorang individu baru baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya wanita yang bergelar kaum ibu Menerusi posting tersebut seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut