Kerajaan Pn Hanya Pentingkan Sektor Awam Lembab Bela Pekerja Swasta



Hari Pekerja sewajarnya menginsafkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) betapa besarnya sumbangan para pekerja di Malaysia yang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu berkuatkuasa, negara telah kerugian sebanyak RM63 bilion dalam tempoh hampir dua bulan.
Menurut Pembantu Jurucakap KEADILAN bagi Hal Ehwal Pekerjaan dan Hak-Hak Pekerja, Hassan Abdul Karim, jumlah kerugian sepanjang PKP itu sekiranya dibahagikan menghasilkan jumlah RM2.4 bilion kerugian sehari.
“Ertinya sumbangan tenaga pekerja menghasilkan kekayaan negara sangat penting. Tetapi apa yang pekerja terutama di sektor swasta dapat sebagai balasannya semasa Pandemik Covid-19 ini?
“Kerajaan tidak dapat menjamin pekerjaan mereka. Program Subsidi Upah hanya untuk beberapa bulan sahaja di peringkat pertama PKP. Jika dilanjutkan pun hanya untuk sektor terhad.
“Apa yang berlaku ke atas hampir 11 juta pekerja di sektor swasta sekarang? Mereka diancam hilang pekerjaan. Beratus ribu sebenarnya telah hilang pekerjaan, mengalami kurang pendapatan atau dipaksa mengambil cuti tanpa gaji,” kata Hassan dalam kenyataannya.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, para pekerja di sektor swasta sepatutnya perlu diberi lebih perlindungan oleh kerajaan kerana mereka terjejas amat teruk dalam kemelesetan ekonomi akibat dari pandemik Covid 19.
Malangnya, para pekerja swasta itu katanya, sering tertindas dan tidak dipedulikan hak serta kebajikan mereka.
“Para pekerja di sektor swasta mengalami tekanan di tempat kerja terutama di dalam tempoh Pandemik Covid-19. Banyak industri yang menghalang para pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.
“Sikap kerajaan pula tidak membantu untuk melahirkan undang-undang dan peraturan yang memihak kepada pekerja bagi menolong mereka berkesatuan demi memperjuangkan nasib dan kepentingan sebagai pekerja.
“Apabila berlaku Pandemik Covid-19 seperti sekarang ini, para pekerja yang tidak berkesatuan, termasuk golongan pekerja kontrak berada dalam keadaan yang paling teruk,” katanya.
Para pekerja swasta juga, menurut Hassan, menghadapi masa hadapan yang tidak menentu berikutan ketidakpastian bilakah pandemik Covid 19 akan berakhir.
Sementara rakan mereka di sektor awam menikmati bonus hari raya RM500, dan di sesetengah negeri sebanyak RM1,000.
Oleh itu, Hassan menyeru agar kerajaan PN menjadi lebih berinovasi dalam memastikan nasib 12 juta pekerja di Malaysia lebih terjamin.
Kepada yang masih belum mendapat pekerjaan, beliau menyarankan kerajaan melipatgandakan usaha mencari pelaburan asing untuk menambah peluang pekerjaan.
“Kerajaan perlulah ada strategi menghadapi pandemik ini dengan lebih berkesan supaya kaum pekerja tidak hilang pekerjaan, supaya ratusan ribu graduan universiti yang menganggur dapat pekerjaan dan peluang kerja baru dapat dihasilkan.
“Antara caranya ialah tingkatkan usaha tarik pelaburan asing (FDI) ke Malaysia dan mencari ikhtiar supaya pelabur-pelabur tidak tutup kilang mereka di negara ini dan lari keluar,” katanya lagi.
Beliau mengingatkan golongan yang paling ramai dikategori dalam B40 adalah kaum pekerja. Malah, katanya, golongan yang dahulu berada dalam kelas menengah rendah M40 pun kini telah jatuh ke tahap B40. Dan kebimbangan itu sepatutnya ditangani dengan lebih baik oleh kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32077

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Bela Pekerja Bank Kata Kesatuan

Kerajaan Perlu Bela Pekerja Bank Kata Kesatuan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 286 hits
Kerajaan perlu bela pekerja bank kata kesatuan nbsp Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 May 2021 6 55PM
Kenapa Kerajaan Bisu Sampai Bila Mahu Penjawat Awam Perlu Hadap Situasi Begini

Kenapa Kerajaan Bisu Sampai Bila Mahu Penjawat Awam Perlu Hadap Situasi Begini

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 260 hits
Iklan banci boleh dikatakan setiap hari masuk TV Tak cukup iklan dibuat forum untuk merayu rakyat supaya membuat pengisian secara online Persoalannya kenapa kerajaan membisu dalam perkukuhkan perundangan supaya menyenangkan statististics de...
Rentasan 871 Kini Kerajaan Terpaksa Bergantung Kepada Sektor Perjudian

Rentasan 871 Kini Kerajaan Terpaksa Bergantung Kepada Sektor Perjudian

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 226 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8711 JUDI PEROSAK KELUARGA BAHAGIA 2 LANTIK TIMBALAN MENTERI KEGILAAN APAKAH INI 3 MALAYSIA PUDAR DALAM PEPERANGAN COVID 19 4 RAKYAT MANGSA INTEGRITI TERHAD
Pn Lembab Beri Vaksin Kenapa Lengahkan Kerajaan Negeri Beli Vaksin

Pn Lembab Beri Vaksin Kenapa Lengahkan Kerajaan Negeri Beli Vaksin

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 402 hits
Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang berjalan lembab menimbulkan desakan agar kerajaan Perikatan Nasional membuka proses penyediaan dan penyuntikan vaksin kepada Kerajaan Negeri atau syarikat swasta yang mampu melakukannya Ketua Pemba...
Mengapa Kerajaan Pn Terlalu Bimbangkan Kesihatan Ahli Parlimen Sektor Lain Bebas Dibuka

Mengapa Kerajaan Pn Terlalu Bimbangkan Kesihatan Ahli Parlimen Sektor Lain Bebas Dibuka

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 242 hits
Alasan tidak membenarkan Parlimen bersidang konon kerana banyak Ahli Parlimen warga emas dan berisiko dijangkiti Covid 19 terus dipertahankan Terbaharu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menyebut mengenai kesihat...
Kerajaan Pahang Putuskan Vaksinasi Sektor Hotel Sebelum Jkjav Ubah Syor Penerima Sinovac

Kerajaan Pahang Putuskan Vaksinasi Sektor Hotel Sebelum Jkjav Ubah Syor Penerima Sinovac

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 369 hits
PUTRAJAYA Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebagsaan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 telah membuat perubahan berhubung penerima untuk vaksin Covid 19 Sinovac untuk memasukkan wa...
Pegawai Awam Tak Boleh Cela Kerajaan Menerusi Media Kata Takiyuddin Ekoran Pendedahan Kpn

Pegawai Awam Tak Boleh Cela Kerajaan Menerusi Media Kata Takiyuddin Ekoran Pendedahan Kpn

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 312 hits
May 2 2021 6 41 PMTakiyuddin Hassan berkata pegawai kerajaan boleh memberi pandangan atau mengkritik menggunakan saluran yang betul PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata pegawai kerajaan tidak harus mend...
Minta Maaf Lepas Belasah Pekerja Hanya Wayang Murahan

Minta Maaf Lepas Belasah Pekerja Hanya Wayang Murahan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 331 hits
BANGI 10 Ramadan 1442H Khamis Pasti ramai sudah mengagak adegan minta maaf majikan yang didakwa memukul pekerjanya kerana berpuasa hanyalah wayang murahan
Kerajaan Beri Bantuan Khas Rm500 Kepada Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021

Kerajaan Beri Bantuan Khas Rm500 Kepada Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 680 hits
Kerajaan beri Bantuan Khas RM500 kepada Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2021Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Bantuan tersebut diberi kepada penjawat awam ...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa