Kerajaan Ph Unsustainable Kerana Politik Dalaman Wan Fayhsal
Kuala Lumpur, 10 Mac : Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon berkata kerajaan Pakatan Harapan merupakan satu kerajaan yang tidak lestari ( unsustainable) kerana politik dalamannya.
“Saya fikir sekarang rakyat sudah letih dengan politik dalaman. Itu mungkin salah satu sebab utama kenapa kerajaan Pakatan Harapan tidak lestari. Dan apa yang berlaku sekarang saya fikir kebimbangan utama adalah untuk ‘deliver’, apa yang penting kepada rakyat., terutama sekali polisi yang penting, yang akan meredakan masalah mereka , isu ‘bread and butter’. Saya fikir ini merupakan ujian litmus utama kepada kabinet yang baharu. Yeah! ” – Senator Wan FayhsalDitanya wartawan sama ada beliau tidak kisah dilabel kerajaan pintu belakang dan pengkhianat, Wan Fayhal berkata beliau tidak bersetuju dengan label tersebut.
“Saya tidak setuju dengan label itu kerana semuanya dilakukan mengikut resolusi perlembagaan. Secara asassnya, kebuntuan itu diselesaikan melalui kebijaksaan Agong dan Majlis Raja-Raja yang sangat terlibat dalam kebuntuan ini” – Senator Wan FayhsalVideo ehsan MG:
Berhubung kementerian belia dan sukan di mana beliau kini adalah timbalan menteri, Wan Fayshal berkata beliau keutamaan utamanya adalah untuk menyokong menteri Reezal Merican, dan kemungkinan meneruskan kerja bagus yang telah dilakukan oleh menteri sebelum ini, Syed Saddiq.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli dewan negara pagi tadi,
Untuk rekod, Wan Fayhsal sebelum ini merupakan pegawai khas bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq. Di dalam parti PPBM, beliau memilih untuk meninggalkan bekas bossnya, Syed Saddiq dan idola beliau, Tun Mahathir dan kini setia bersama Tan Sri Muhyidin Yassin setelah melakukan perjumpaan selama dua jam dengan perdana menteri ke 8 itu.
“Setelah mendengar lebih 2 jam penerangan yang tuntas dan jelas mengenai situasi dan polemik Parti yang amat disayangi ini, saya berasa amat yakin atas apa jua yang diterangkan kepada saya.Yang keruh telah dijernihkan, yang kusut telah dikemaskan, yang kabur telah dijelaskan. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya, Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal, menyokong penuh Tan Sri Presiden Bersatu untuk terus menerajui kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.” – Senator Wan Fayhsal– Buletin TTKM-
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/kerajaan-ph-unsustainable-kerana.html