Henti Skim Bantuan Malapetaka Besar Buat Pekebun Kecil


ainulillia  Keputusan yang dibuat lambang sikap 'bodoh sombong' menteri PH
BANGI – “Menghentikan skim bantuan tanaman semula pekebun kecil getah amat mengejutkan dan sangat dikesali. Ini malapetaka besar bagi 355,000 pekebun kecil getah di negara ini.
“Pakatan Harapan khususnya DAP bukanlah parti yang boleh diharap,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak.
Menyifatkan alasan itu sebagai dangkal, Sanusi menegaskan, jika Teresa Kok berkata dengan melaksanakan langkah ‘semua pihak tidak dapat bantuan’ adalah satu keadilan, maka langkah’memberi bantuan kepada semua pihak’ adalah satu keadilan yang lebih baik dan perlu diutamakan. 
Beliau turut menyifatkan pengumuman tersebut sebagai lambang kejahilan dan sikap ‘bodoh sombong’ menteri PH dalam menguruskan hal ehwal pekebun kecil dan penoreh. 
“Di saat komoditi getah sedang tenat dari sudut harganya, bayaran tanaman semula yang menjadi hak pekebun berdasarkan peraturan yang sah, cuba dinafikan pula. Kegilaan apakah ini?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ‘bantuan’ tanaman semula yang dipraktikkan berpuluh tahun itu adalah bersumberkan cukai ses yang dikutip daripada hasil jualan (eksport) getah para pekebun. 
Katanya, sejak tahun 1952, bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula kebun getah pekebun kecil, kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan kutipan cukai ses  RM0.14 sen bagi setiap kilogram getah yang dieksport. 
“Daripada kutipan ses ini, 10 sen dikumpulkan untuk dipulangkan sebagai ‘bantuan’ tanaman semula sementara 4 sen lagi diperuntukkan untuk penyelidikan. 
“Dalam skim tanam semula bagi sektor ladang (keluasan melebihi 100 ekar/40.5 hektar) terdapat peruntukan di bawah seksyen 10, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula – 1952 setelah dipinda oleh Akta RISDA 1972). 
“Skim yang dinamakan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet 1974, memperuntukan supaya wang SES yang dipungut dikembalikan terus kepada pemilik ladang-ladang besar (melebihi 40.5 hektar) dalam bentuk wang tunai mengikut bukti pengeluaran mereka setiap suku tahun. Langkah ini dibuat agar mereka dapat menguruskan sendiri pembiayaan tanaman semula ladang mereka kelak,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, akibat PH menyerahkan satu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka langkah sumbang seperti ini telah terjadi sewenang-wenangnya. 
“Justeru, PAS Kedah mendesak Teresa Kok menarik balik pengumuman itu serta merta, dan memohon maaf atas kegagalan beliau mencari jalan keluar dalam krisis harga getah yang merudum pada waktu ini,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/henti-skim-bantuan-malapetaka-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Dua Skim Pinjaman Mudah Pekebun Kecil Sawit

Mohon Dua Skim Pinjaman Mudah Pekebun Kecil Sawit

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 349 hits
Mohon dua skim pinjaman mudah pekebun kecil sawitPekebun kecil persendirian yang mahu melaksanakan penanaman semula kelapa sawit boleh memohon dua skim pinjaman mudah mulai 15 Ogos ini dalam usaha membantu meringankan beban kewangan mereka ...
Mansuh Bantuan Pekebun Kecil Ph Sungguh Benci Dengan Orang Kampung Keadilan Buat Siapa

Mansuh Bantuan Pekebun Kecil Ph Sungguh Benci Dengan Orang Kampung Keadilan Buat Siapa

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 330 hits
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad kesal dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan kerana satu demi satu menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh masyarakat desa Bidasnya dalam satu lontaran di Facebook apa sahaja ...
Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 354 hits
Menjadi seorang ibu adalah momen terindah Tidak terasa masa berlalu cahaya mata yang dulu masih kecil kini semakin membesar Menjaga dan mendidik anak yang masih kecil memerlukan komitmen tinggi Penat yang dirasakan masa anak masih kecil pas...
Pemansuhan Gst Punca Pekebun Kecil Sawit Jadi Mangsa

Pemansuhan Gst Punca Pekebun Kecil Sawit Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 238 hits
Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Teresa Kok didakwa cuba menutup kelemahan kerajaan Pakatan Harapan dengan menggunakan alasan tidak adil kepada pekebun pekebun lain untuk memberhentikan skim bantuan tanaman semula kepada pekebun kecil kelap...
Pinjaman Pekebun Kecil Muslihat Pindah Hak Milik Tanah Melayu

Pinjaman Pekebun Kecil Muslihat Pindah Hak Milik Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 325 hits
IPOH 7 Ogos Mungkinkah sistem pinjaman baharu yang menggantikan skim bantuan tanam semula untuk pekebun kecil merupakan satu muslihat supaya tanah pertanian orang kampung dipindah milik kepada bukan Melayu Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk ...
Pensijilan Mspo Pekebun Kecil Di Sabah Miliki Pensijilan Masih Rendah

Pensijilan Mspo Pekebun Kecil Di Sabah Miliki Pensijilan Masih Rendah

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 225 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dosa Lagi Besar Jika Kita Kecil Hati Dengan Orang Hina Kita

Dosa Lagi Besar Jika Kita Kecil Hati Dengan Orang Hina Kita

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 1620 hits
Mengecilkan hati orang adalah berdosa berkecil hati juga adalah berdosa tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati PERBUALAN SEORANG USTAZ DAN MURIDNYAMURID Ustaz saya ada seorang kawan Dia suka menyakitkan hati saya Sering buat say...
Kerajaan Ph Perlu Bela Nasib Pekebun Kecil Jangan Jadikan Alasan Tutup Kelemahan

Kerajaan Ph Perlu Bela Nasib Pekebun Kecil Jangan Jadikan Alasan Tutup Kelemahan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 327 hits
Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan untuk menghentikan skim bantuan tanaman semula kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara adalah amat dikesalkan lebih lebih lagi di kala pekebun kecil yang mencecah hampir 650 000 orang kini terpaksa ber...
Menteri Kecil Berfikirlah Yang Besar

Menteri Kecil Berfikirlah Yang Besar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 310 hits
ISU KONTROVERSIPARA anggota kabinet kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selepas 9 Mei 2018 lalu berlumba lumba untuk menunjukkan kebolehan dan dalam masa sama untuk mencari populariti menerus...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu