Kerajaan Ph Fobia Dengan Penyatuaan Ummah



Laporan polis yang dibuat setiap kali Datuk Seri Najib Tun Razak mengunjungi negeri ini membuktikan Pakatan Harapan (PH) kini semakin ‘fobia’ terhadap kerjasama erat antara Barisan Nasional (BN) dan Pas menerusi penyatuan ummah.


Najib yang popular dengan panggilan Bossku itu berkata, selain kunjungannya ke Langkawi, baru-baru ini, PH turut membuat laporan polis terhadap beliau semasa kedatangannya ke Jerlun dan Tanjung Dawai dekat sini hari ini.

Katanya secara sinis, perkembangan semasa menyaksikan bukan sahaja bursa saham negara jatuh tetapi ‘saham’ PH juga semakin merudum.


“Kalau sebelum PRU (Pilihan Raya Umum Ke-14), depa (mereka) kata apa pun rakyat percaya, kini sudah terbalik dan menjadi pakatan haprak.

“Hidup rakyat semakin susah. Ada seorang ibu datang berjumpa saya mengadu, anaknya kerja polis di Cheras, Kuala Lumpur dengan gaji RM1,400 tetapi terpaksa potong RM400 PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa ceramah Penyatuan Ummah di Kampung Hutan Palas, Kodiang di sini, malam tadi, yang turut dihadiri penceramah, Ahmad Husam Baderudin.

Bekas Presiden UMNO itu seterusnya berkata, rakyat menuntut jaminan PH untuk memansuhkan pinjaman PTPTN kerana menerusi janji tersebut golongan anak muda khususnya, telah tertipu mengundi mereka.

“Ada seorang menteri PH pernah kata bahawa bumi Malaysia kaya kerana minyak mengalir di bawahnya dan akan hapuskan PTPTN. Mana janji ini, sebaliknya dengan mudah kata hutang wajib dibayar.

“Ada menteri pula, depa (mereka) yang potong subsidi nelayan dan petani, dia pula yang menangis,” katanya.

Menurut Najib, pengurangan pemberian bantuan rakyat seperti mana dilakukan BN menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menyebabkan banyak pasar raya di seluruh negara yang ‘gulung tikar’.

Kata beliau, ini kerana tiada suntikan wang lagi di dalam pasaran ekonomi yang banyak digunakan oleh rakyat bawahan untuk berbelanja.

“Kalau semasa BN, BR1M diberi dan berlaku suntikan modal RM28 juta dalam ekonomi lalu semua mendapat manfaat. Daripada rakyat sehingga peniaga pasar raya memperoleh keuntungan,” katanya.

Tambah beliau, banyak perkara pelik berlaku sepanjang pentadbiran PH iaitu antaranya rakyat diminta minum sesudu minyak sawit setiap hari untuk membantu meningkatkan harga komoditi itu.

“Bayangkan kalau 30 juta rakyat Malaysia minum pun (satu sudu minyak sawit) selama 365 hari, mungkin boleh naik 0.25 peratus sahaja.

“Begitu juga apabila PH menyuruh ganti kelapa sawit dan tanam pokok buluh pula,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/kerajaan-ph-fobia-dengan-penyatuaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 504 hits
Ribuan rakyat membanjiri di Pahang semalam Ini isyarat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan Rakyat akan terus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kelak Politik fitnah dan propaganda tidak lagi relevan di dalam politik Malaysia ...
Menjelang Setahun Pemerintahan Ph Hanya Sebuah Kerajaan Penjenamaan Semula Dan U Turn

Menjelang Setahun Pemerintahan Ph Hanya Sebuah Kerajaan Penjenamaan Semula Dan U Turn

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 473 hits
9 Mei akan datang menyaksikan genap setahun kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara selepas menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu Gah PH yang dibangga banggakan selepas berjaya merampas Putrajaya kononnya mer...
Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak

Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 436 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang sedang mengkaji untuk mengeksport tempoyak yang dihasilkan di negeri ini dalam usaha mempromosi dan mengkomersialkan makanan tradisi itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu telahpun dike...
Ketua Perisik Kerajaan Najib Dibicarakan Pecah Amanah Rm50 4 Juta

Ketua Perisik Kerajaan Najib Dibicarakan Pecah Amanah Rm50 4 Juta

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 541 hits
Hasanah Abdul Hamid didakwa melakukan pecah amanah AS 12 1 juta atau RM50 4 juta milik kerajaan BN pimpinan Najib Razak Foto Sinar Harian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula 3 Februari tahun depan untuk ...
Malaysia Polis Tampar Lelaki Sampai Pekak Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm120 400

Malaysia Polis Tampar Lelaki Sampai Pekak Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm120 400

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 442 hits
KOTA BHARU Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi RM120 400 keatas seorang buruh Mohd Faizu Ramli 32 yang pekak telinga kiri kerana ditampar anggota polis empat tahun lalu lapor...
Bantuan Selangor 12 Senarai Tawaran Kerajaan Negeri Kepada Rakyat

Bantuan Selangor 12 Senarai Tawaran Kerajaan Negeri Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 593 hits
Bantuan Selangor 12 Senarai Tawaran Kerajaan Negeri Kepada Rakyat Dalam banyak banyak negari Mypt3 cukup kagum dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor yang begitu giat mengumumkan dan menyediakan pelbagai program bantuan selangor untuk ra...
Kerajaan Disaran Laksana Henti Niaga 15 Minit Waktu Maghrib

Kerajaan Disaran Laksana Henti Niaga 15 Minit Waktu Maghrib

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 297 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang disaran mengikut jejak langkah kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan kempen henti niaga 15 minit untuk solat Maghrib Rosli Abdul Jabar berkata langkah itu untuk memberi laluan bukan sahaja...
Kerajaan Ph Dan Kisah Gembala Kambing

Kerajaan Ph Dan Kisah Gembala Kambing

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 447 hits
April 17 2019 9 11 AMTanyalah sesiapa sahaja kanak kanak kecil pun akan tahu kisah si pengembala kambing Kisah di mana si pengembala kambing kebosanan dan lalu menjerit meminta tolong kononnya kambing belaannya diserang serigala Lalu berkej...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis