Kerajaan Ph Bn Sedang Cari Jalan Untuk Bebaskan Najib Dari Penjara


agendaily.com11/02/2023
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki mendakwa kekuatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini bergantung kuat kepada sokongan Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, katanya mahu tidak mahu PH terpaksa mencari jalan bagaimana untuk mengeluarkan bekas Perdana Menteri itu daripada penjara, supaya kerajaan sedia ada akan terus kekal mendapat sokongan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya kerajaan pimpinan Anwar sebenarnya bersandar kepada sokongan Najib atau sinonim dengan ‘Bossku’ dan jika pendukung dan penyokong Bossku menarik sokongan, kerajaan Anwar akan tumbang.

“Semua maklum, PH hanya memenangi 82 kerusi, iaitu jauh bilangannya untuk mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Pak Sheikh bergantung kuat kepada sokongan BN, GPS dan GRS.

“Sokongan GPS dan GRS pula banyak dipengaruhi oleh kesediaan BN menyokong kerajaan Pak Sheikh.

“Sokongan BN terhadap Pak Sheikh pula dipengaruhi kuat oleh MT (Majlis Tertinggi) dan perwakilan UMNO. Sokongan MT dan perwakilan UMNO pula didominasi oleh pengaruh Bossku.

“Sebahagian besar sokongan akar-umbi UMNO adalah dikuasai oleh Bossku selain daripada pengaruh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” katanya dalam satu kenyataan.

Mempersoalkan di manakah terletaknya kekuatan Anwar? Sama ada pada kerisnya (parti) atau tenaganya, Dr Mohd Zuhdi bagaimanapun menjawab bahawa kekuatan kerajaan Pak Sheikh terletak pada huruf ‘B’, iaitu Bossku.

Menurutnya lagi pimpinan akar umbi UMNO dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU), sanggup memansuhkan resolusi mereka sebelum ini, “No Anwar” dan “No DAP”, dengan harapan kerajaan Anwar dapat mencari jalan untuk membebaskan Najib.

“Sekiranya Bossku terus terperosok di penjara dalam tempoh terdekat, tidak mustahil UMNO akan menarik sokongan mereka (terhadap Anwar),” tambahnya lagi.

Mengenai dana politik, Dr Mohd Zuhdi mengingatkan bahawa perkara itu bukannya baharu sebaliknya Anwar sendiri ketika di dalam UMNO sebelum ini dituduh mengamalkan pengumpulan dana dan dicop ‘bapa pink form’.

Beliau mengingatkan bahawa pihak yang menjuarai usaha pembunuhan karakter Najib sebelum ini adalah PH sendiri, malah sejak 2015 lagi bekas Presiden UMNO dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan persendaan pemimpin PH.

“Setelah melalui proses perundangan, akhirnya Bossku disabitkan kesalahan bagi kes yang berkaitan dengan SRC. Ada beberapa kes Bossku yang lain sedang berjalan berkaitan dengan 1MDB dan pengubahan Laporan Audit.

“Ringkasnya, yang menyumbat Bossku ke tirai besi sekarang ialah PH, bukan PAS dan Perikatan Nasional (PN). Sekarang PH yang menerajui kerajaan, dan kekuatan kerajaan ini begitu rapuh bersandar kepada Bossku.

“Mahu tidak mahu, PH perlu mencari jalan bagaimana Bossku boleh keluar dari tirai besi,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/kerajaan-ph-bn-sedang-cari-jalan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sering Update Isu Semasa Di Media Sosial Warganet Pelik Bagaimana Najib Dapat Akses Internet Di Penjara

Sering Update Isu Semasa Di Media Sosial Warganet Pelik Bagaimana Najib Dapat Akses Internet Di Penjara

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 220 hits
WAN SITI AMINAHPengguna media sosial hairan bagaimana Datuk Seri Najib Razak boleh membuat hantaran tular dari dalam penjara Bekas Perdana Menteri Malaysia itu sering muat naik pandangan serta cadangan mengenai isu yang sedang dipertikaikan...
Kerajaan Pahang Akan Cari Punca Utama Banjir Lumpur Di Kampung Bukit Tinggi

Kerajaan Pahang Akan Cari Punca Utama Banjir Lumpur Di Kampung Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 267 hits
BENTONG Kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada mengenal pasti dan meneliti punca utama kejadian banjir lumpur termasuk kemungkinan berlakunya aktiviti penerokaan di atas kawasan berbukit di Kampung Bukit Tinggi di sini Menteri Bes...
Isteri Penyampai Radio Isma Halil Beritahu Keadaan Terkini Suaminya Yg Sedang Jalani Hvkuman Penjar4

Isteri Penyampai Radio Isma Halil Beritahu Keadaan Terkini Suaminya Yg Sedang Jalani Hvkuman Penjar4

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 308 hits
Isteri penyampai radio dan pengasas Bapakku FM Isma Halil Hamzah 49 iaitu Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru baru ini
Usia Macam Ni Anak Sedang Dahagakan Kasih Sayang Ayah Netizen Sedih Tengok Mutawwif Layan Syaikhul Amp Sumayyah

Usia Macam Ni Anak Sedang Dahagakan Kasih Sayang Ayah Netizen Sedih Tengok Mutawwif Layan Syaikhul Amp Sumayyah

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 166 hits
Sejak berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah ramai yang suka dan menantikan video daripada Puteri Sarah Liyana dari sana Menerusi media sosial Sarah berkongsi detik detik indah perjalanannya bersama dua anaknya Syaikhul dan Su...
Sedang Bercinta Kini Lee Jongsuk Dilihat Pakai Topi Khas Dari Konsert Iu The Golden Hour

Sedang Bercinta Kini Lee Jongsuk Dilihat Pakai Topi Khas Dari Konsert Iu The Golden Hour

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 381 hits
Sedang bercinta pasangan IU dan Lee Jong suk nampaknya makin selesa mengenai hubungan mereka kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru CEO kepada jenama Beyond Closet iaitu telah menyiarkan fotonya di hadapan cermin bersama Lee Jong suk di Instagram S...
Bom Meledak Di Masjid Pakistan Incar Polisi Sedang Salat 61 Orang Tewas

Bom Meledak Di Masjid Pakistan Incar Polisi Sedang Salat 61 Orang Tewas

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 175 hits
Masjid tersebut adalah salah satu yang paling dijaga ketat di Peshawar Ledakan bom terjadi sekitar pukul 13 30 saat salat Zuhur berjemaah sedang berlangsung
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau