Kerajaan Ph Beri Perhatian Dan Momentum Tegakkan Kesaksamaan Gender


foto sumber internet
KUALA LUMPUR - Sungguhpun terdapat banyak desakan sejak beberapa dekad supaya ditingkatkan penyertaan kaum wanita dalam kedudukan utama pentadbiran, namun cuma perubahan kecil yang dilakukan, terutama pada peringkat pegawai kanan.

Bagaimanapun, dalam tempoh setahun di bawah pentadbiran baharu Pakatan Harapan (PH), kerajaan memenuhi janji pilihan rayanya untuk meletakkan lebih ramai wanita dalam jawatan pembuat keputusan, membuktikan ia lebih responsif gender dalam menegakkan agenda kesamarataan gender.

Loading...
Bukti paling cemerlang ialah pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri - wanita pertama di negara ini yang dilantik menduduki jawatan itu.

Disamping itu. terdapat empat menteri wanita menganggotai kabinet sekarang dengan memegang portfolio penting dan empat timbalan menteri - lebih daripada sebelum ini.

Pada Khamis Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dinamakan sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, suatu lagi saat penting dalam sejarah negara kerana beliau merupakan wanita pertama yang mengetuai badan kehakiman Malaysia.


Beliau menyertai senarai wajah baharu yang dilantik ke jawatan penting sejak kerajaan baru dibentuk termasuk Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara; Nik Amlizan Mohamed sebagai ketua eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera; Dr Hasnita Hashim sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara); K.Saraswathy sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK); dan Datuk Noor Farida Mohd Ariffin sebagai pengerusi Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

Ini memperlihatkan bahawa kerajaan memberi perhatian dan momentum menegakkan kesaksamaan gender hendaklah berterusan. Pelantikan itu juga dilihat sebagai melonjakkan kedudukan wanita dalam kedudukan pembuat dasar jentera pentadbiran dan bukan sekadar penyeri atau memenuhi kuota semata-mata.

"Pelantikan lebih ramai wanita dalam jawatan kepimpinan menerusi kerajaan yang baharu adalah amat menggalakkan. Ini merupakan pengiktirafan padu terhadap keupayaan wanita untuk memimpin sambil melakukan perubahan.

Ini adalah tentang pengiktirafan merit sebenar, bukan sekadar gender,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nurini Kassim.

Nurini yang memegang jawatan itu bermula 1 Jan 2019, juga mencipta sejarah Bernama kerana merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan itu sejak pertubuhan itu ditubuhkan 51 tahun yang lalu.

Bercakap kepada Bernama, Nurini berkata pelantikan berdasarkan merit adalah jelas dalam pemilihan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negera - beliau seorang yang sangat berkebolehan dan layak menjalankan tanggungjawab itu berdasarkan pengalaman beliau yang bertahun-tahun lamanya. Pensyarah Kanan di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara Siti Najah Raihan Sakrani berkata pelantikan wanita baru-baru ini ke dalam jawatan dasar utama adalah langkah yang berani oleh kerajaan dan harus dicontohi oleh sektor swasta dan korporat.

"Saya yakin bahawa sektor swasta dan korporat juga melihat ini sebagai isyarat yang kuat (untuk melakukan perkara yang sama) Banyak wanita yang layak berdasarkan merit, tetapi merit sahaja tidak mencukupi kerana kerajaan mesti dilihat berani untuk mengambil tindakan dan melaksanakannya, "katanya.

Beberapa wanita yang baru-baru ini dilantik ke jawatan pembuat keputusan utama termasuk pelantikan Tan Sri Zainun Ali sebagai pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), penamaan Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen sebagai pengarah kepentingan awam dan pengerusi bukaneksekutif Bursa Malaysia Bhd dan pelantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan menjadi pengerusi baharu Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

Najah berkata sebagai langkah ke hadapan kerajaan perlu melengkapkan diri dengan keupayaan dan pengetahuan yang tepat untuk mengatasi halangan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam agenda kesamarataan gender.

"Jangan terlalu tumpukan kepada halangan, hanya tumpukan kepada agenda itu,” tambah beliau. Dr Wan Azizah sebelum ini berjanji bahawa kerajaan akan terus komited untuk meningkatkan penyertaan wanita di peringkat kepimpinan.

Dalam sektor awam, timbalan perdana menteri berkata hampir 36 peratus daripada mereka dalam kumpulan pengurusan tertinggi adalah wanita.

Bagaimanapun, pada tahun lepas, katanya hanya 1,010 atau 15.7 peratus daripada jumlah 6,245 kerusi lembaga pengarah di semua syarikat tersenarai awam yang dipenuhi oleh wanita.

Antara inisiatif yang diambil untuk menggalakkan lebih ramai wanita memegang jawatan di peringkat lembaga pengarah termasuk mewujudkan Kelab 30%, iaitu sekumpulan pengerusi pertubuhan korporat dan pemimpin perniagaan yang menjalankan kegiatan untuk menyediakan pelbagai program mentor untuk menyediakan wanita sebagai ahli lembaga pengarah. Ini dilakukan dengan visi yang mempunyai 30 peratus wanita sebagai ahli lembaga pengarah.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan terus mengadakan lebih banyak program penglibatan seperti Program Pengarah Wanita, untuk memperkasakan wanita supaya bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Dalam jangka panjang, mempunyai lebih ramai wanita yang berpengalaman bukan sekadar tentang kesamarataan - ia baik untuk perniagaan dan juga untuk rakyat. Terdapat ramai wanita berkebolehan yang bersedia menghadapi cabaran baharu dan mereka perlu diberi peluang. -Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/kerajaan-ph-beri-perhatian-dan-momentum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Henti Beri Muka Kepada Penjawat Awam

Kerajaan Perlu Henti Beri Muka Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 496 hits
SAUDARA PENGARANG Malaysia adalah sebuah negara dengan jumlah penjawat awam yang tinggi berbanding penduduknya Menjadi penjawat awam adalah satu cara untuk menyara hidup sama juga seperti pekerjaan lain Apa yang menjadi persoalan kenapa kak...
Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 307 hits
Ribuan rakyat membanjiri di Pahang semalam Ini isyarat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan Rakyat akan terus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kelak Politik fitnah dan propaganda tidak lagi relevan di dalam politik Malaysia ...
Sokongan Kepada Kerajaan Merosot Selepas Pru14 Merdeka Center

Sokongan Kepada Kerajaan Merosot Selepas Pru14 Merdeka Center

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 288 hits
TAHAP sokongan rakyat kepada kerajaan dan pimpinan di Putrajaya kini merosot kata Merdeka Center hampir setahun selepas mandat melalui Pilihan Raya Umum ke 14 mengangkat Pakatan Harapan memerintah Penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri ...
Kerajaan Ph Fobia Dengan Penyatuaan Ummah

Kerajaan Ph Fobia Dengan Penyatuaan Ummah

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 182 hits
Laporan polis yang dibuat setiap kali Datuk Seri Najib Tun Razak mengunjungi negeri ini membuktikan Pakatan Harapan kini semakin fobia terhadap kerjasama erat antara Barisan Nasional dan Pas menerusi penyatuan ummah Najib yang popular denga...
Dua Kesilapan Terbesar Kerajaan Ph

Dua Kesilapan Terbesar Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 245 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan dua kesilapan terbesar kerajaan Pakatan Harapan dalam menguruskan ekonomi sehingga menyebabkan keadaan negara bertambah teruk sekali gus menjadi punca kehidupan rakyat semakin te...
Apa Tujuan Mengkritik Kerajaan

Apa Tujuan Mengkritik Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 199 hits
Untuk membinanya atau menjahanamkannya Kalau tujuan kritik untuk kritik semata mata rasa benci untuk menghasut dan mengharapkan orang lain turut benci kerajaan yang ada kritikan itu dianggap berniat jahat
Kerjasama Antara Parti Bukan Kerajaan

Kerjasama Antara Parti Bukan Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 159 hits
HARAKAHDAILY 27 APRIL 2019KUANTAN Kerjasama yang dibentuk antara Umno dengan PAS adalah berdasarkan parti bukan kerajaan Perkara itu ditegaskan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas majlis Himpunan Perpadu...
Najib Jawab Kenapa Kerajaan Bn Setuju Tapi Tak Ratifikasi Statut Rom

Najib Jawab Kenapa Kerajaan Bn Setuju Tapi Tak Ratifikasi Statut Rom

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 239 hits
April 27 2019 4 26 PMBekas perdana menteri Najib Razak PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak membidas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyambung keputusan meratifikasi Statut Rom susulan perset...
Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 273 hits
Jamuan makan hadiah untuk pengaruh pengundi adalah salah SPR Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun BANGI Suruhanjaya Pilihan Raya mengingatkan calon atau parti supaya tidak menyalahgunakan aset dan kuasa kerajaan untuk meraih undi sepanjang kemp...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja