Kerajaan Persekutuan Tiada Halangan Tentang Cadangan Bina Lapangan Terbang Di Gebang




KUANTAN - Kerajaan Persekutuan tiada halangan terhadap cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di kawasan perindustrian Gebeng di sini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara yang bersetuju agar projek itu dikaji secara lebih lanjut.
Menurutnya, secara dasar kerajaan serta agensi berkaitan tiada halangan terhadap projek itu dan ia boleh diteruskan.
"Projek ini merupakan perancangan jangka panjang yang akan dibangunkan mengikut fasa sehingga tahun 2050.
"Selain pembinaan lapangan terbang bertaraf antarabangsa, projek itu turut melibatkan pembinaan pusat beli belah, hotel dan sebagainya yang akan dibangunkan secara penswastaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bersama kerajaan negeri Pahang di sebuah hotel di sini pada Ahad.
Wan Rosdy sebelum itu hadir menyempurnakan program tersebut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Wan Rosdy berkata, cadangan projek itu mengambil kira keperluan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri ini dan pantai timur khususnya.
"Ketika ini, Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah sedia ada 'menumpang' lapangan terbang Pangkalan Udara Kuantan (TUDM).
"Proses naik taraf atau pembesaran lapangan terbang itu tidak dapat dilakukan mengambi kira ruang yang terhad selain atas faktor keselamatan," katanya.
Tambah beliau, sekiranya lapangan terbang baharu itu berjaya direalisasikan, ia akan mewujudkan penerbangan terus dari negara luar terus ke Kuantan.
"Lapangan terbang sedia ada akan 'dikembalikan' kepada TUDM," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri menyenaraikan 13 projek mengikut keutamaan pada RMK12 termasuk tujuh projek pembinaan jalan raya di negeri ini.
Katanya, senarai itu antara 371 projek bernilai RM50 bilion yang dikemukakan kerajaan negeri.
Sementara itu, Mustapa berkata, sebanyak RM11.5 bilion diperuntukkan kepada Pahang dalam RMK11 di mana RM3.4 bilion dikhususkan untuk projek jalan raya.
"Bagi tahun ini, sebanyak RM326 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.
"Untuk peruntukan tahun depan, ia bergantung kepada pembentangan bajet yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat ini," katanya.
Beliau berkata, perkara-perkara yang dibangkitkan kerajaan negeri pada sesi itu akan dipertimbangkan, manakala projek-projek sambungan dan projek dalam pembinaan akan diteruskan. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/kerajaan-persekutuan-tiada-halangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wilayah Persekutuan Rakyat Bantu Sama Kerajaan Selesaikan Masalah

Wilayah Persekutuan Rakyat Bantu Sama Kerajaan Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 289 hits
Kalau ada masalah terus beritahu saya bukan media sosial Demikian seru Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang mengajak rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan untuk membantunya menyelesaikan segala permasalah yang...
Pesawat Pejuang Singapura Terbang Rendah Diruang Udara Pasir Gudang Kerajaan Malaysia Diam

Pesawat Pejuang Singapura Terbang Rendah Diruang Udara Pasir Gudang Kerajaan Malaysia Diam

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 260 hits
Kenyataan MediaAhli Parlimen Pasir GudangIsu Pesawat Terbang Tentera Udara Singapura terbang rendah di Ruang Angkasa Pasir Gudang Saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai penduduk setempat dalam bulan Oktober 2021 dari Rakyat di da...
Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan Siap Hujung Tahun Ini

Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan Siap Hujung Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 258 hits
Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan yang melibatkan kos RM80 9 juta dijangka siap hujung tahun ini Foto Bernama Projek pembesaran Lapangan Terbang Sandakan akan siap pada akhir tahun ini SANDAKAN Projek Pembesaran Lapangan Terbang S...
Kerjasama Politik Peringkat Persekutuan Wajar Selari Dengan Peringkat Negeri

Kerjasama Politik Peringkat Persekutuan Wajar Selari Dengan Peringkat Negeri

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 181 hits
Kerjasama politik peringkat persekutuan wajar selari dengan peringkat negeri Menjawab pertanyaan beberapa media tentang pendirian saya mengenai PRN Melaka pandangan peribadi saya persefahaman dan kerjasama politik di peringkat Persekutuan w...
Panduan Mengurus Gcr Perkhidmatan Awam Persekutuan

Panduan Mengurus Gcr Perkhidmatan Awam Persekutuan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 205 hits
Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerbitkan sebuah buku panduan sebagai rujukan semua penjawat untuk menguruskan cuti mereka Buku tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah
Tanah Runtuh Bukit Persekutuan Lebih Banyak Kawasan Terancam

Tanah Runtuh Bukit Persekutuan Lebih Banyak Kawasan Terancam

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 280 hits
Tanah runtuh Bukit Persekutuan Lebih banyak kawasan terancam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mesti mengambil tindakan segera untuk membaiki kawasan di Bukit Persekutuan yang mengalami tanah runtuh baru baru ini kata Ahli Parlimen Lembah Pantai...
Rentasan 987 Gempar Kini Anwar Sanggah Amaran Ksu Kerajaan Melaka T

Rentasan 987 Gempar Kini Anwar Sanggah Amaran Ksu Kerajaan Melaka T

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 238 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 987 1 PEMBUBARAN DUN MELAKA TIDAK BERPERLEMBAGAAN 2 AKAN ADAKAH PERPADUAN UMNO PAS BERSATU DI MELAKA 3 INIKAH CARA UMNO KEMPEN UNTUK DAPAT UNDI 18 TAHUN
Kuasa Kerajaan Sementara Melaka Terhad

Kuasa Kerajaan Sementara Melaka Terhad

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ketika sidang media selepas Pelancaran Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 dan Perasmian Minggu KKP 2021 Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh Foto NSTP Syafeeq Ahm...
Kerajaan Raih Rm4 1 Bilion Hasil Levi Kelapa Sawit

Kerajaan Raih Rm4 1 Bilion Hasil Levi Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh NOR HAZWANI NOH KUALA LUMPUR Sebanyak RM 4 1 bilion levi ke atas kelapa sawit memberikan hasil tambahan kepada kerajaan sejak diperkenalkan sehingga September tahun ini Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan me...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang