Kerajaan Perpaduan Tak Bermaksud Angkat Muat Pilih Watak Bermasalah Jadi Menteri Kadir Jasin



Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya bermaksud ia dibentuk secara angkat muat, sebaliknya wajib mempunyai integriti.
(Berita Harian) – Katanya, ia harus memuaskan hati atau sekurang-kurangnya menenangkan perasaan 14.82 juta pengundi yang keluar memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Beliau berkata, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan perpaduan dan bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun kerajaan apa pun, ciri-ciri yang baik hendaklah diutamakan.
“Bukan sebuah kerajaan yang tidak seimbang daripada segi perwakilan parti anggota atau pemilihan watak-watak yang bermasalah menjadi menteri. Kerajaan perpaduan tidak bermaksud angkat muat, tidak kira permata atau kaca, yang berakhlak atau tidak. Yang kalah dilantik menteri, yang menang diketepikan.
“Ketidakadilan boleh meleraikan muhibah dan perpaduan. Kerajaan perpaduan, kerajaan campuran atau apa-apa pun nama yang diberikan, bukan saja harus memuaskan hati Perdana Menteri, menteri-menteri dan penyokong mereka, tetapi wajib ada integriti.
“Lebih daripada itu, ia harus memuaskan hati atau sekurang-kurangnya menenangkan perasaan 14.82 juta rakyat jelata yang keluar mengundi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Namun malangnya, tokoh wartawan itu berkata, atas alasan Kerajaan Perpaduan, pelantikan kontroversi yang sebelum ini dielakkan oleh kerajaan pimpinan dua bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kini dilakukan.
“Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menjustifikasikan pelantikan orang yang ada kes mahkamah menggunakan alasan ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, kebimbangan kita adalah hujah itu akan menjadi ‘self-fulfilling prophesy’.
“Ertinya, orang yang menggunakan hujah itu mungkin mahu pendapatnya itu menjadi kenyataan dan sebagai Perdana Menteri, Anwar mempunyai kuasa eksekutif yang cukup besar untuk menjadikan apa yang diinginkan itu terjadi. Satu prospek yang ngeri,” katanya.
Beliau dipercayai merujuk pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam barisan Kabinet diterajui Anwar yang mengangkat sumpah jawatan mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.
Selain diberi kepercayaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid yang berdepan kes mahkamah masih berjalan turut memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Kabinet Anwar juga mengundang kontroversi apabila tiga calon kalah PRU15, dilantik menganggotai Jemaah Menteri, iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baharu), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Kuala Selangor) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Lumut).
Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha PH dan Setiausaha Agung PKR dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Tengku Zafrul (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) serta Zambry (Menteri Luar Negeri).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/12/05/kerajaan-perpaduan-tak-bermaksud-angkat-muat-pilih-watak-bermasalah-jadi-menteri-kadir-jasin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Penuh Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Senarai Penuh Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Berikut adalah senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Menteri nbsp Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wil
Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Dicadang Tekankan Pembinaan Negara Bangsa

Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Dicadang Tekankan Pembinaan Negara Bangsa

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 189 hits
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menekankan pembinaan negara bangsa dan bukan hanya tumpu kepada pembangunan material Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata
Kebebasan Media Antara Komitmen Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

Kebebasan Media Antara Komitmen Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 190 hits
KEBEBASAN media menjadi antara komitmen kerajaan perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil Fahmi berkata penubuhan Majlis Media Malaysia mungkin menjadi antara...
7 Menteri Dari Sabah Sarawak Dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

7 Menteri Dari Sabah Sarawak Dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 356 hits
7 menteri dari Sabah Sarawak dalam Kabinet kerajaan perpaduan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2022 11 16
Tengku Zafrul Kembali Ke Kabinet Di Bawah Kerajaan Perpaduan

Tengku Zafrul Kembali Ke Kabinet Di Bawah Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 230 hits
Tengku Zafrul kembali ke Kabinet di bawah kerajaan perpaduan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2022 11 01PM
Ydpa Mahukan Kerajaan Perpaduan Pn Tolak Bn Insyallah Terima

Ydpa Mahukan Kerajaan Perpaduan Pn Tolak Bn Insyallah Terima

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 343 hits
BN Chairman Zahid Hamidi said that YDPA has requested BN to be part of a unity government However when asked whether BN will uphold its decision to be in the Opposition he replied That is not Tuanku s order Read more https newswav com artic...
Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Bans Lack Bite In Malaysia

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34

Glimmer Of Hope From Fifa President At 47th Asean Summit Faded As Fifa Upholds Fam S Suspension Fines

1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

Namewee Saya Tidak Lari Sedia Serah Diri

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Wani Annuar Tak Mampu Mencintai Chord

44 Tahun Dua Jiwa Seni Sarimah Sweet Qismina