Kerajaan Perpaduan Atasi Politik Kepentingan Diri



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Sidang Khas 2 Mac: Harap sinar akan terus menerangi kita
MENGAMBIL berkat hari Jumaat yang mulia ini dan dengan lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ izinkan saya bercerita mengenai beberapa perkara berkaitan negara kita sekarang.
Negara kita berada dalam suasana perubahan yang sangat radikal, pantas dan kompleks. Dalam masa lebih kurang 10 hari perubahan luar biasa telah dan akan berlaku.
Kita mohon kepada Tuhan agar memberikan kita petunjuk, kekuatan dan perlindungan.
Mula-mula mengenai kerajaan perpaduan nasional yang Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad cadangkan.
Sama ada beliau menang atau kalah dalam perbahasan sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan Isnin, 2 Mac ini bergantung kepada sama ada cadangan kerajaan perpaduan dalam acuan beliau sendiri itu diterima atau tidak.
Konsep kerajaan perpaduan yang Dr Mahathir cadangkan mungkin berbeza daripada kerajaan perpaduan yang dikenali umum.
Seperti yang beliau terangkan secara ringkas di sidang media ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 semalam (Khamis, 27 Februari) adalah lebih kurang begini:
1. Pemilihan anggota Kabinet tidak diasaskan daripada parti politik;
2. Calon terdiri daripada orang perseorangan yang menyertai Kabinet sebagai individu;
3. Mereka akan dipilih sebagai individu berasaskan budi pekerti dan kepakaran. (Ertinya penyangak, penyamun, pencabul kehormatan, perasuah dan orang kena tuduh (OKT) tidak termasuk dalam senarai); dan
4. Calon boleh datang daripada parti politik tetapi mereka duduk di dalam Kabinet sebagai orang perseorangan.
Mengapakah Dr Mahathir memilih kaedah ini yang sekali gus mungkin mengurangkan harapan beliau mendapat sokongan daripada wakil parti-parti politik di dalam Dewan Rakyat?
Jawapannya adalah beliau tidak lagi mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Bukan tujuan beliau hendak menjadi diktator atau autokrat, tetapi untuk mentadbir dengan lebih tenang dan berkesan tanpa gangguan politik kepartian.
Malah kaedah ini boleh menjadikan Malaysia lebih demokratik kerana kerajaan terdedah kepada pemantauan oleh parti-parti politik di dalam dan luar dewan.
Dalam bahasa yang mudah, cadangan Dr Mahathir ini boleh juga dilihat sebagai percubaan terakhir beliau memenuhi aspirasi dan matlamat menyelamatkan Malaysia yang beliau asaskan pada tahun 2016.
Kempen Selamatkan Malaysia yang memungut lebih 1.4 juta tandatangan rakyat jelata adalah jalan pulang beliau ke arena politik selepas bersara pada tahun 2003.
Alhamdulillah, melalui Pakatan Harapan (PH) yang beliau pimpin negara berjaya dibebaskan daripada cengkaman kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN).
Pakatan Harapan menamatkan rompak samun Barisan NasionalJadi dari sini pun kita boleh lihat mengapa beliau tidak boleh menerima Umno seperti yang cuba dipaksakan ke atas beliau oleh Bersatu.
Sejarah Pahit
Pada malam  21 Februari sesuatu yang luar biasa berlaku. Majlis Presiden PH telah memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri sehingga selesai sidang kemuncak APEC November ini.
Bukan itu saja malah ia juga tidak meletakkan sebarang tarikh selepas itu bagi Dr Mahathir memindahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas mesyuarat itu, Dr Mahathir memberitahu sidang media: “Saya kata peralihan lepas APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation). Tidak ada masa (ditetapkan)…tidak ada tarikh… tiada apa-apa. Terpulang kepada saya tentukan masa. Keputusan kepada saya, bila akan letak jawatan.” (Bernama).
Jadi pada pendapat beliau dan daripada sudut pandangan umum, beliau telah diberikan mandat baru oleh PH untuk terus mentadbir. Cerita kononnya beliau akan dipaksa undur diri Mei ini tidak benar dan tidak terjadi.
Matlamat Dr Mahathir tidak lain kecuali membersihkan negara daripada najis kerajaan BN dan akibat wabak Covid-19 yang sedang berlaku sekarang.
Tetapi kegembiraan beliau singkat. Pada pagi hari Ahad, 23 Februari parti beliau, Bersatu mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di mana Dr Mahathir dikejutkan oleh tekanan bertubi-tubi daripada majoriti ahli supaya menarik Bersatu keluar daripada PH dan bergabung dengan Umno dan Pas.
Dr Mahathir menerangkan dengan panjang lebar apa yang berlaku dalam mesyuarat 21 Februari dan berkata, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan  kepercayaan yang diberikan oleh Majlis Presiden PH itu.
Malah beliau merayu berulang kali kepada ahli agar memberikan beliau peluang dan tidak mamaksa beliau melanggar prinsip beliau dan mungkir janji kepada Anwar.
Dengan izin, saya memaklumkan yang saya sebelah Dr Mahathir dan saya bangun meminta ahli majlis supaya menghormati pendirian beliau dan jangan terus mengasak beliau.
Pokok pangkalnya, Dr Mahathir hanya merayu diberi peluang untuk berpegang kepada prinsip beliau dan menunaikan janji beliau.
Dan dengan jelas mengulangi pendirian beliau, iaitu beliau boleh terima pemimpin Umno sebagai individu tetapi beliau tidak akan terima Umno.
Akhirnya keputusan diambil untuk keluar PH dan dengan itu runtuhlah Kerajaan PH. Pada hari Isnin Dr Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.
Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah wajib kerana beliau bukan lagi ahli PH dan PH hilang majoriti dalam Dewan Rakyat.
Beliau tidak perlu letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu tetapi mengambil keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mendapat sokongan MPT.
Pada 27 Februari beliau terima semula jawatan Pengerusi Bersatu atas rayuan melutut MPT.
Bagi saya, itulah latar belakang politik yang menyebabkan Dr Mahathir tidak mahu lagi memimpin berasaskan parti. Kalau masih diperlukan, beliau akan memimpin kerajaan tanpa parti.
Praktikal atau tidak, itulah pilihan beliau buat masa ini dan terpulanglah kepada ahli Dewan Rakyat memutuskannya Isnin ini.
Malah secara terbuka beliau memberitahu sidang media semalam bahawa beliau bersedia kalah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menerima Presiden Bersatu itu sebagai calon Perdana Menteri jika itulah keputusan Dewan Rakyat.
Perlu disebutkan bahawa Muhyiddin adalah pemimpin Bersatu yang bercakap bagi pihak ahli MPT yang mahu Bersatu keluar PH dan menyertai Umno dan Pas.
Anugerah seorang Raja prihatin, bijaksanaApa-apa pun kita kena bersyukur dan berterima kasih kerana di saat-saat genting ini, kita mempunyai seorang Raja yang prihatin, bijaksana dan berperikemanusiaan.
Menjunjung kasih ke bawah duli Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Inilah sebabnya saya selalu memetik lirik lagu Negaraku yang berbunyi:
Rahmat bahagiaTuhan kurniakanRaja kitaSelamat bertakhta.
Dan kita jangan lupa kakitangan Perkhidmatan Awam, Polis dan Tentera yang secara tersurat dan tersirat mentabdir dan melindungi negara kita, Malaysia, yang dicintai ini.
Tanpa prejudis saya memohon maaf. Wallahuaklam, Terima kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/02/kerajaan-perpaduan-atasi-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 266 hits
Di antara ahli Bersatu yang hadir untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Datuk Dr Asyraf Waj...
Dr M Cadang Kerajaan Perpaduan Kepada Ketua Parti Politik Utama

Dr M Cadang Kerajaan Perpaduan Kepada Ketua Parti Politik Utama

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 411 hits
Malaysiakini Dr Mahathir Mohamad mencadangkan untuk menerjui kerajaan perpaduan dan telah menjemput ahli parlimen dari pelbagai parti politik untuk turut serta kata beberapa sumber politik yang dipetik Reuters Desas desus itu timbul selepas...
Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 205 hits
APABILA Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dan diikuti 10 pemimpin PKR kerajaan sedia ada telah runtuh Berikutan itu juga Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada sebelah tengah hari Bagaimanapun Yang di Pe...
Pilihan Yang Ada Dan Menyamai Kerajaan Perpaduan

Pilihan Yang Ada Dan Menyamai Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 188 hits
SHAH ALAM Di sebalik desakan pembubaran Parlimen semakin kuat diperkatakan seorang penganalisis politik berpandangan kerajaan perlu menggantung Parlimen buat sementara sehingga satu jangka masa stabil dan aman
Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 242 hits
Merujuk kenyataan DAP yang dipetik Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menerusi Facebook Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Yusof memberitahu FMT parti itu menunjukkan ia tidak ikhlas dalam deklarasi sokongan awalnya terhadap Mahathir selepas c...
Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Penjawat Awam Isi Jawatan Utama Bukannya Lantik Orang Politik

Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Penjawat Awam Isi Jawatan Utama Bukannya Lantik Orang Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 264 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar anggota perkhidmatan awam dilantik mengisi jawatan ketua ketua perkhidmatan utama seperti Peguam Negara Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata sebagai anggot...
Tiada Syarat Ditetapkan Mungkin Kerajaan Perpaduan Terbentuk

Tiada Syarat Ditetapkan Mungkin Kerajaan Perpaduan Terbentuk

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 160 hits
Tiada syarat ditetapkan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika perjumpaan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini Malah kata Ketua Menteri Sarawak itu sokongan GPS agar beliau kekal ...
Kerajaan Perpaduan Bersifat Autrokratik Anti Demokrasi

Kerajaan Perpaduan Bersifat Autrokratik Anti Demokrasi

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 163 hits
Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Tun Mahathir semalam menerima kritikan daripada rakyat yang cintakan demokrasi Kritikan keras dilemparkan oleh Persatuan Patriot Kebangsaan yang selama ini dilihat rapat dengan kerajaan Pakatan Harapan Pr...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan