Kerajaan Perlu Tukar Cara Kerja Lama Pm



PUTRAJAYA: Prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara dalam keadaan normal baharu pasca-COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata, cara lama yang dilaksanakan sejak sekian lama tidak lagi sesuai dalam situasi pasca-COVID-19 yang memerlukan penjawat awam mengubah cara kerja dalam membekalkan perkhidmatan.Beliau berkata demikian pada perjumpaan pertamanya dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak menerajui kerajaan pada 1 Mac lepas dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.Menurut beliau, lapisan-lapisan dalam membuat keputusan seboleh mungkin perlu dikurangkan dengan memberi kuasa tertentu kepada ketua-ketua agensi dan jabatan untuk membuat keputusan segera.Katanya, Ketua Setiausaha Negara pula boleh menjadi peneraju utama untuk mempermudahkan sekiranya kementerian atau agensi mempunyai perkara yang perlu dirunding supaya ia tidak menjadi isu dan boleh dikenakan tindakan juruaudit negara atau agensi-agensi penguat kuasa.“Ini satu tindakan yang kita tidak dapat elakkan. Langkah-langkah sebegini adalah sebahagian daripada yang perlu kita fikirkan supaya urusan-urusan untuk memulihkan semula ekonomi negara dapat kita bantu dan selesaikan,” kata Muhyiddin pada perjumpaan itu di Dataran Perdana, Perdana Putra, di sini, hari ini.Muhyiddin berkata walaupun Malaysia sudah hampir selesai menangani COVID-19 lebih cepat daripada sesetengah negara, namun jangan kerana kerenah birokrasi dan masalah di peringkat pentadbiran, negara yang ketinggalan boleh ke depan daripada Malaysia dalam proses pemulihan.“Ini tidaklah merupakan satu contoh yang baik kerana kita ambil masa lebih lama untuk bantu semua sektor kembali semula seperti sedia kala.“Jadi cabaran yang kita hadapi amat besar sekali, bukan sahaja di JPM tetapi di semua peringkat jabatan dan kementerian yang ada termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.Memetik laporan Majlis Tindakan Ekonomi, Muhyiddin berkata walaupun industri sepatutnya dapat bergerak dengan pantas selepas sektor ekonomi dibuka semula, namun keadaannya tidak sebegitu berikutan pelbagai isu termasuk masalah kewangan seperti modal pusingan yang tidak mencukupi.“Maka peranan kita sebagai penjawat awam yang tentu ada kaitan dengan mereka, baik membekal perkhidmatan secara langsung atau terlibat dari segi memberi lesen, agensi yang menguruskan ujian-ujian tertentu atau membuat keputusan kepada permohonan mereka, maka tentulah tugas kita lebih mencabar lagi,” katanya.
 
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional mendukung segala prinsip yang telah diperjuangkan selama ini iaitu mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan yang bersih dan berintegriti.Bertegas tidak akan berkompromi dalam soal itu, Perdana Menteri berkata Pelan Antirasuah Nasional yang telah dipersetujui dalam pentadbiran terdahulu turut akan diteruskan dalam pentadbiran kerajaan hari ini.“Kita mahu menentukan pentadbiran kerajaan berjalan mengikut ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang), atas landasan undang-undang dan menentukan segala perkara yang kita laksanakan tidak dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa kita,” katanya.Muhyiddin turut menekankan bahawa urusan pentadbiran kerajaan perlu dibuat secara teratur dan betul terutama dalam urusan kewangan negara agar pembaziran tidak berlaku.Mengenai perbelanjaan kerajaan, katanya hampir 45 peratus hingga 50 peratus peruntukan pembangunan sudah mula dibelanjakan selepas sedikit terganggu ketika PKP, namun masih banyak yang perlu dilaksanakan sebelum akhir tahun.“Tentulah yang saya harapkan kerjasama yang rapat antara kita untuk bekerja bersungguh-sungguh. Sekiranya ada isu dan masalah tertentu harus kita ke depan untuk berbincang dengan semua pihak, ketua jabatan dan seperti selalu diingatkan jangan bekerja secara silo (sendiri),” katanya. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikir -Pilihan
*E-Buku IH-130: Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/kerajaan-perlu-tukar-cara-kerja-lama-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 594 hits
Anda masih menunggu panggilan temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia Jika sudah menerima emel panggilan tahniah saya ucapkan Bukan kaleng kaleng bila anda dipanggil ke sesi temuduga kerja kerajaan Dah bersedia untuk lulus temuduga kerja keraja...
Bubar Parlimen Cara Terbaik Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Stabil Mohamad

Bubar Parlimen Cara Terbaik Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Stabil Mohamad

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 356 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan perkara yang sama sepertimana Singapura yang telah memb...
Kerajaan Pertimbang Kerja Dari Rumah Penjawat Awam

Kerajaan Pertimbang Kerja Dari Rumah Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR 13 JULAI Kerajaan sedang mempertimbangkan secara mendalam untuk meneruskan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah sebagai amalan normal baharu dalam perkhidmatan awam kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali Bagaimanapun k...
Cara Fresh Grad 2020 Dapat Kerja Dengan Mudah

Cara Fresh Grad 2020 Dapat Kerja Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 376 hits
CARA FRESH GRAD 2020 DAPAT KERJA DENGAN MUDAH Setiap tahun negara kita akan menghasil fresh grad baru Namun demikian nasib dan peluang setiap fresh grad dalam dunia pekerjaan setiap tahun adalah berbeza Ia bergantung kepada kestabilan ekono...
Cara Simpan Ayam Khusus Untuk Ibu Nak Jimat Masa Tak Berbau Tahan Lama

Cara Simpan Ayam Khusus Untuk Ibu Nak Jimat Masa Tak Berbau Tahan Lama

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 428 hits
Biasa bila beli stok bahan mentah kebanyakan ibu akan beli untuk tempoh seminggu Alasannya sebab tak mahu berulang ke pasar banyak kali kerana kesuntukan masa Cuma bila dah beli banyak sangat risau ayam berbau dan bila masak pun tak sedap S...
Langsir Lama Bersangkut Tak Dibasuh Kumpul Debu Kotor Ini Cara Cuci Langsir Yang Betul

Langsir Lama Bersangkut Tak Dibasuh Kumpul Debu Kotor Ini Cara Cuci Langsir Yang Betul

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 472 hits
Biarpun langsir bersaiz besar dan mungkin agak tebal ia tetap boleh dicuci menggunakan mesin basuh Jika dibiarkan lama tergantung tanpa dibersihkan tidak elok juga untuk kesihatan ia akan mengumpul debu hama yang boleh menyebabkan masalah p...
Bagaimana Cara Mengatasi Stress Di Tempat Kerja Yang Perlu Anda Tahu

Bagaimana Cara Mengatasi Stress Di Tempat Kerja Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 313 hits
Isu tekanan dan stres bukanlah satu perkara baharu dalam dunia pekerjaan Ia kerap kali disuarakan namun hanya sedikit daripada majikan yang benar benar mengambil berat mengenai hal ini Bagaimana Cara Mengatasi Stress Di Tempat Kerja Yang Pe...
Asal Beli Je Cepat Sangat Masak Ini Rahsia Cara Simpan Buah Pisang Agar Tahan Lama

Asal Beli Je Cepat Sangat Masak Ini Rahsia Cara Simpan Buah Pisang Agar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 496 hits
Kalau anda beli pisang biasanya berapa hari pisang tu bertahan untuk kekal segar Mungkin ada yang kreatif kalau sampai masa pisang tu dah terlalu masak dan mula melembik mereka akan memasak pisang tersebut menjadi cekodok pisang Tidak kuran...
Asing Jantina Panggung Wayang Rata Rata Rakyat Setuju Dan Tunjuk Kerajaan Buat Kerja

Asing Jantina Panggung Wayang Rata Rata Rakyat Setuju Dan Tunjuk Kerajaan Buat Kerja

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 434 hits
Langkah drastik kerajaan Terengganu untuk mengasingkan tempat duduk mengikut jantina dalam pawagam mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang ditemui Malaysiakini di negeri itu Mohd Faizul Ab Fattah 40 berkata keputusan itu menun...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day