Kerajaan Perlu Ditegur Dan Dikritik Bukan Diberikan Pujian




Peranan kerajaan yang dipilih oleh rakyat setiap lima tahun sekali ialah semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat.


Lebih-lebih lagi jika banyak janji dan manifesto telah dibentangkan ketika berkempen dahulu, keutamaan menunaikannya adalah kewajipan yang tidak boleh dilengah-lengahkan.


Oleh yang demikian, demi memastikan peranan dan tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik serta berjaya, semua orang sebaik-baiknya mesti menjadi pengkritik dan penegur kepada kerajaan.


Apatah lagi jika terlalu banyak kelemahan atau kesilapan yang ditampilkan oleh kerajaan, teguran dan kritikan itu wajar dilakukan secara terbuka, berterusan, malah kadangkala dengan nada yang keras.


Jika tidak dilakukan demikian, kerajaan dan para pemimpinnya akan terdedah kepada sikap ambil mudah dalam memberi khidmat mereka kepada rakyat dengan alasan kekangan kewangan atau masih banyak masa lagi sebelum pilihanraya akan datang untuk melaksanakannya.


Seperti apa yang berlaku sekarang, meskipun diakui kerajaan PH masih baru dan ramai menteri-menteri yang ada tidak berpengalaman, ia bukanlah alasan untuk teguran dan kritikan tidak boleh diberikan.


Tiada masa untuk berbulan madu untuk sebuah kerajaan atau kepada mana-mana pemimpinnya. Memberi khidmat kepada rakyat atau menolong orang tidak memerlukan tempoh masa untuk belajar, bahkan tiada mana-mana universiti yang dapat memberi ilmu sedemikian


Ia adalah peranan dan tanggungjawab semulajadi sebagai  seorang pemimpin. Apabila saja seseorang itu memilih untuk menjadi pemimpin atau menceburi bidang politik, lebih-lebih lagi setelah menjadi kerajaan, mereka seharusnya tahu dan sedar bahawa kerjanya yang utama ialah menolong orang, membantu dan menyelesaikan masalah-masalah kehidupan rakyat.


Kerja itu pula adalah kerja sepanjang masa dan tiada akhirnya. Selagi dinamakan kehidupan, selagi itulah memberi khidmat kepada rakyat oleh sesebuah kerajaan merupakan suatu kewajipan.


Tidak saja orang miskin, orang susah dan golongan pertengahan yang memerlukan khidmat kerajaan, malah orang kaya dan ternama pun memerlukan kerajaan melindungi kehidupan mereka.


Bahkan, kadangkala orang kaya lebih cerewet dan remeh permintaannya yang perlu ditunaikan oleh kerajaan seperti desakan agar banyak kawasan hijau atau tiada pembangunan yang melampau di sekitar kediaman elit mereka.


Tetapi, bagaimana jika kerajaan melakukan kerjanya dengan baik serta memberi khidmat dengan cemerlang, tidak bolehkah mereka dipuji?


Sebenarnya tidak perlu sama sekali bagi kerajaan atau pemimpin kerajaan diberikan apa-apa pujian atas khidmat mereka yang baik atau cemerlang kerana itu memang peranan dan tanggungjawab semulajadi mereka.


Ia sama seperti seseorang yang rajin menunaikan ibadah solat lima waktu sehari, mereka juga tidak perlu diberikan pujian lantaran itu adalah tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang hamba.


Lagi pula, mereka yang menjadi kerajaan sudah pun dibayar gaji, elaun dan pelbagai kemudahan lain yang datangnya daripada wang rakyat melalui pembayaran cukai.


Maka, untuk apa lagi mereka perlu diberikan apa-apa pujian?


Jika mereka telah berkhidmat dengan cemerlang dan menjadi kerajaan yang baik, balasannya ialah rakyat akan memilihnya lagi untuk terus menjadi kerajaan apabila pilihanraya diadakan.


Sebaliknya, jika perkhidmatannya buruk, malas menolong orang, makan rasuah, memperkayakan diri dan keluarga, menipu lagi dengan kelulusan akademik palsu, rakyat tidak akan teragak-agak menghukum dengan menumbangkannya.


Mudah kata, kita sebagai rakyat perlu terus menegur dan mengkritik kerajaan sepanjang dan jangan rasa bersalah melakukannya. (ShahbudinHusin 11/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/kerajaan-perlu-ditegur-dan-dikritik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 342 hits
Heboh sekarang ringgit Malaysia yang semakin menurun berbanding matawang asing terutama Thai Baht Thailand mengekalkan pemisahan jelas antara tindak tanduk politik dengan dasar ekonomi Walaupun negara mereka telah dilanda pelbagai krisis po...
Tun Mahathir Tak Boleh Pandang Mudah Kajian Merosotnya Prestasi Kerajaan

Tun Mahathir Tak Boleh Pandang Mudah Kajian Merosotnya Prestasi Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 371 hits
Sehingga ini sudah dua dapatan umum oleh NGO atau badan pemikir yang menunjukkan prestasi kerajaan atau kepimpinannya sudah merosot di mata rakyat Sebelum Ilham Centre bersama Penang Institute memaparkan dapatannya dua hari lalu yang menunj...
Sayu Kerajaan Ph Batalkan Skim Bantuan Makanan Pada Pelajar Miskin

Sayu Kerajaan Ph Batalkan Skim Bantuan Makanan Pada Pelajar Miskin

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 476 hits
Disaat rakyat Malaysia gembira dan senang hati akibat tumbangnya kerajaan BN memerintah sejak 60 tahun lalu kini hampir 60 peratus rakyat Malaysia mula menyesal dan u turn menyokong najib kembali bayangkan hampir setiap peruntukkan dan kemu...
Rakyat Diperbodohkan Oleh Kerajaan Dap Ph

Rakyat Diperbodohkan Oleh Kerajaan Dap Ph

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 375 hits
KENYATAAN MEDIA 1 Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan menteri menterinya buat silap kenyataan dan kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baharu membuat kita terfikir apakah perkara ini dis...
Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan

Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 396 hits
Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan
Isu Ecrl Dan Penubuhan Tribunal Spr Kerajaan Ph Setaraf Program Maharaja Lawak

Isu Ecrl Dan Penubuhan Tribunal Spr Kerajaan Ph Setaraf Program Maharaja Lawak

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 353 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menyifatkan isu pembatalan Landasan Keretapi Pantai Timur dan penubuhan Tribunal Pilihan Raya oleh kerajaan Pakatan Harapan menyerlahkan betapa kerajaan hari ini bukan sahaja caca ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang