Kerajaan Perlu Campur Tangan Bantu Pekebun Kecil Getah Kata Aktivis


Nora MahparAktivis berkata, jurang keuntungan antara pekebun kecil dan penoreh getah dengan pengilang produk getah semakin melebar.PETALING JAYA: Seorang aktivis mendakwa pekebun kecil tidak merasa keuntungan berganda yang diraih pengilang susulan permintaan tinggi terhadap produk getah seperti sarung tangan ketika pandemik Covid-19.
Nur Fitri Amir Muhammad, yang juga penyelidik mengenai kebajikan pekebun kecil tempata, berkata, kerajaan perlu melaksanakan intervensi menyeluruh sebagai langkah mengimbangkan semula perkongsian ekonomi dalam industri itu yang majoritinya terkesan daripada pasaran terbuka.
“Kerajaan mesti bertindak untuk memperbaiki ekosistem industri getah yang tidak seimbang sama ada dari sudut kebajikan pekebun dan penoreh kecil serta pekerja ladang getah atau isu kebergantungan bahan mentah getah asli pada negara luar.
“Ini kerana industri getah Malaysia sebenarnya banyak bergantung pada negara asing, terutamanya Thailand dan Vietnam,” katanya.
Nur Fitri Amir MuhammadBeliau berkata, 5 jutawan lahir daripada sektor pembuatan produk getah, terutama sarung tangan dan alatan perubatan ketika wabak itu sedang menular, seperti dilaporkan Bloomberg.
Fitri mengakui secara logiknya keuntungan bagi pengeluar bahan mentah (pekebun kecil) dan pengeluar produk (pengilang) terdapat perbezaan, namun jurangnya semakin ketara ketika Covid-19.
“Sepatutnya kedua-duanya meningkat pada kadar yang setara pada ketika ini. Sewaktu Covid-19, harga getah jatuh sehingga RM1.80 daripada sekitar RM2.50 sebelum wabak,” katanya kepada FMT.
Fitri berkata, pengeluaran dalam negara sebanyak 673,513 tan setahun tidak mencukupi menyebabkan Malaysia menjadi pengimport getah asli ke-3 terbesar di dunia iaitu sebanyak 930,333 tan setahun selepas China dan Amerika Syarikat (AS).
Ini walaupun negara ini adalah pengeksport produk getah ke-4 terbesar di dunia dengan jumlah eksport 1.017 juta tan setahun.
“Ini kerana majoriti getah mentah yang dihasilkan dalam negara adalah dalam bentuk skrap (beku) yang akan diproses menjadi blok getah dipanggil Standard Malaysian Rubber (SMR). Ia tidak seimbang dengan pengeluaran getah lateks yang harganya lebih mahal di pasaran,” katanya.
Pengeluaran lateks berkurangan kepada 40,000 tan setahun ketika ini sedangkan keperluannya meningkat setiap tahun.
Ini menyebabkan negara terpaksa mengimport 300,000 tan lateks setiap tahun dengan 99.8% daripadanya dari Thailand.
“Sedangkan Malaysia adalah pengeluar terbesar sarung tangan getah perubatan, nitrile butadiene rubber (NBR) dan kondom.”
Fitri berkata, dengan keuntungan berganda industri hiliran getah, telah tiba masanya kerajaan menaikkan cukai cess – cukai terhadap setiap produk getah yang dieksport kepada jumlah yang lebih berpatutan, sekali gus mencari jalan bagi mengelakkan cukai itu dibebankan kepada pekebun.
Jelasnya, cess yang dikumpul oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Risda dibebankan ke atas pekebun melalui potongan harga di kilang pemprosesan.
“Ini bermakna bantuan tanaman semula dan baja bukanlah subsidi, tetapi kutipan daripada pekebun sendiri, malah penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh LGM melalui kutipan ini pula kebanyakan adalah untuk industri hiliran,” katanya.
Baru-baru ini juga, kerajaan menerusi Majlis Getah Malaysia (MRC) mengumumkan beberapa inisiatif untuk mempergiatkan aktiviti ekonomi berasaskan getah.
Antaranya subsidi dana RM20 juta untuk automasi dan teknologi hijau, RM3 juta untuk dana Hubungan Industri, RM36 juta untuk mendorong syarikat hiliran getah mengambil lebih banyak pekerja tempatan.
“Namun, tidak ada apa-apa untuk pekebun dan penoreh. Paling kurang pun, berilah biasiswa pelajaran khas kepada anak-anak pekebun dan penoreh,” katanya.
Mengenai usaha mengurangkan kebergantungan negara pada sumber getah import, Fitri berkata, pekebun dan penoreh juga mesti diberi latihan dan kemahiran mengendalikan lateks dengan lebih efisyen.
Selain itu, infrastruktur dan alatan yang berkaitan mesti disediakan untuk menggalakkan pengeluaran lateks tempatan.
Dalam pada itu katanya, kerajaan perlu mewajibkan syarikat yang menerima insentif industri hiliran untuk membeli getah asli daripada pekebun tempatan dan mengawal penggunaan getah asli import untuk membantu industri getah peringkat huluan.
“Jika tiada usaha menyeluruh ke arah ini, makin ramai yang akan meninggalkan penanaman getah dan beralih kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan.
“Lebih memburukkan lagi apabila negara seperti Thailand dan Vietnam menghalang getah asli mereka dieksport, sudah tentu ia akan mematikan industri getah kita sendiri,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/kerajaan-perlu-campur-tangan-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Bantu Pekebun Durian Pahang Pn Salahkan Dap

Mca Bantu Pekebun Durian Pahang Pn Salahkan Dap

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 234 hits
Lihatlah bagaimana MCA begitu komited membela penceroboh penceroboh tanah kerajaan di Raub Pahang sampaikan Naib Presidennya yang bertaraf timbalan menteri sendiri turun buat kerja Portfolio kementerian beliau tidak ada kena mengena pun den...
Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 518 hits
BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terlvka dengan dirinya Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman 27 menerusi Instagram iaitu beb...
Saya Gembira Dapat Tolong Mak Anak Kecil Ini Pakai Maskot Buat Persembahan Di Jalanan Untuk Bantu Ibunya

Saya Gembira Dapat Tolong Mak Anak Kecil Ini Pakai Maskot Buat Persembahan Di Jalanan Untuk Bantu Ibunya

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 255 hits
Kebanyakan kita melalui zaman kanak kanak yang gembira dan bahagia Ini bermaksud majoriti kita tidak perlu menggalas tanggungjawab tambahan selain kerja sekolah dan bermain Sebab itu kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan nikmati...
Perlindungan Bekalan Air Umumnya Tanggungjawab Kerajaan Pusat Kata Peguam

Perlindungan Bekalan Air Umumnya Tanggungjawab Kerajaan Pusat Kata Peguam

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 309 hits
Lebih 1 2 juta isi rumah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air selepas pencemaran sungai menyebabkan loji rawatan air dihenti tugas PETALING JAYA Pakar undang undang alam sekitar menolak percubaan untuk mempolitikkan isu pencemaran...
Jangan Ikut Ph Polemik Kedudukan Pm Tumpu Bantu Rakyat Kata Umno Pas

Jangan Ikut Ph Polemik Kedudukan Pm Tumpu Bantu Rakyat Kata Umno Pas

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 348 hits
PETALING JAYA Pemimpin Umno dan PAS mengambil sikap terbuka terhadap kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa tiada pemimpin yang lebih berwibawa daripada Muhyiddin Yasssin untuk menjadi perdana menteri pada masa ini Naib ...
Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 329 hits
Tanpa sebarang kerusi diperuntukkan kepada PAS pemuda parti itu tetap mengajak pengundi Sabah memperbaiki kegagalan kerajaan kerajaan sebelum ini dan bersatu demi negeri berkenaan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata sebagai meny...
Mahathir Cuba Mainkan Isu Isu Kecil Dalam Melemahkan Kerajaan Muhyiddin

Mahathir Cuba Mainkan Isu Isu Kecil Dalam Melemahkan Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 348 hits
Selepas Muhyiddin Yassin mengambil alih kerajaan dia membuat perubahan struktur kerajaan yang pertama kali menyaksikan tiada jawatan timbalan perdana menteri Sebaliknya Muhyiddin melantik empat menteri kanan yang merupakan jawatan lebih tin...
Pekebun Durian Sanggup Membayar Pampasan Kepada Kerajaan Dan Berkongsi Keuntungan

Pekebun Durian Sanggup Membayar Pampasan Kepada Kerajaan Dan Berkongsi Keuntungan

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 275 hits
KUANTAN Save Musang King Alliance bersedia bekerjasama dengan kerajaan Pahang menyelesaikan kemelut penerokaan tanah dan kebun durian haram di Raub Pahang Pengerusinya Chang Yee Chin berkata pekebun durian terbabit bukan sahaja mahu membaya...
Nak Anak Cekap Membaca Ini Aktiviti Mudah Pakar Dedah Boleh Bantu Si Kecil Mama

Nak Anak Cekap Membaca Ini Aktiviti Mudah Pakar Dedah Boleh Bantu Si Kecil Mama

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 437 hits
Sukanya ibu dan ayah kalau ada anak anak yang sedari kecil dah boleh membaca Sebenarnya kalau nak anak cekap membaca tidak semestinya hanya dengan latihan membaca sahaja Menurut Puan Siti Aisyah Rozalli Terapis Cara Kerja di Gym Academy ibu...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap