Kerajaan Perlu Bela Kebajikan Pemandu E Hailing




Kerajaan perlu bela kebajikan pemandu e-hailing
SharePerkhidmatan e-hailing yang semakin mendapat tumpuan di negara ini seharusnya dilindungi para penumpang dan pemandunya secara komprehensif dalam undang undang buruh negara.
Hal itu kerana rakyat mula beralih kepada sektor pekerjaan gig tersebut dan kajian World Bank pada tahun 2019 menunjukkan hampir 28% daripada tenaga kerja Malaysia terlibat dalam sektor berkenaan.
Menurut calon Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin, dengan banyaknya pemandu dalam sektor berkenaan maka undang undang yang sempurna perlulah diwujudkan bagi melindungi mereka dari pelbagai risiko termasuk kemalangan jalan raya.
“Walaupun risiko yang dihadapi tinggi, kebajikan golongan ini masih dipandang enteng dan tidak diberikan perhatian yang khusus oleh kerajaan. Misalnya, mereka tidak diberikan caruman yang sewajarnya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau dikenali sebagai SOCSO.
“Sebagai contoh, syarikat e-hailing seperti Grab hanya memberikan sumbangan KWSP oleh majikan sebanyak 5% sahaja. Caruman itu juga hanya terhad kepada RM80 setahun dan tawaran caruman yang dibuat pula adalah secara sukarela,” katanya dalam satu kenyataan.
Keadaan itu, katanya jauh berbeza dengan majikan-majikan lain di mana setiap mereka wajib memberikan sumbangan KWSP dengan kadar yang lebih tinggi kepada pekerja tanpa ada had tahunan.
“Apa yang lebih merisaukan sekiranya berlaku kemalangan, golongan ini tidak akan mendapat pampasan yang mencukupi untuk membiayai kos perubatan dan kehilangan pendapatan.
“Bukan itu sahaja, nasib ahli keluarga mereka juga tidak akan terjaga dengan sewajarnya jika berlaku kematian atau kecacatan ke atas pemandu atau penunggang e-hailing ini.
“Selain caruman secara sukarela, terdapat juga syarikat e-hailing yang menawarkan perlindungan insurans kepada segelintir pemandu dan penunggang e-hailing. Namun begitu, proses untuk menuntut insurans adalah rumit dan mengambil masa yang agak lama. Karenah birokrasi ini akhirnya akan mendatangkan kesulitan kepada golongan tersebut.
“Oleh itu, kami berpandangan segala karenah birokrasi dalam proses menuntut insurans perlulah dikurangkan dan dipermudahkan agar urusan mereka yang terlibat berjalan lancar,” katanya.
Bryan turut membangkitkan isu terma yang diguna pakai seperti kontraktor bebas dan pekerja masih perlu dibahaskan dalam perundangan Malaysia
Katannya, penunggang dan pemandu e-hailing tidak wajar kekal dianggap sebagai kontraktor bebas dan bukannya diklasifikasikan sebagai seorang pekerja yang sah di bawah peruntukan Akta Kerja 1955.
Oleh kerana itu, jelas beliau, golongan tersebut tidak mempunyai hak untuk mendakwa pihak pengurusan syarikat e-hailing ke Mahkamah Buruh sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau ketidakadilan terhadap mereka
Bryan membawa contoh kes Uber BV lawan Aslam di Mahkamah Agung di United Kingdom (UK) yang mana Mahkamah Agung telah memutuskan agar golongan pemandu dan penunggang e-hailing ini diiktiraf sebagai pekerja kepada syarikat e-hailing.
“Keputusan ini dibuat melihatkan kepada kawalan ketat pihak syarikat terhadap perkhidmatan yang dibekalkan dalam sektor ini. Isu seperti kadar bayaran kepada pemandu, kebebasan untuk berunding dengan pelanggan serta terma kontrak yang ditetapkan oleh syarikat e-hailing perlu dituruti oleh pekerja gig.
“Oleh itu, kami berpandangan pendekatan atau keputusan tersebut juga boleh diguna pakai di Malaysia,” katanya.
Beliau menggesa pihak kerajaan agar meneliti dan seterusnya mengadaptasi solusi yang terbaik melalui penggubalan undang-undang yang menyeluruh agar kebajikan golongan e-hailing lebih terbela.
“Golongan yang berkhidmat dalam sektor e-hailing ini tidak seharusnya dianaktirikan. Mereka juga harus diiktiraf sebagai pekerja agar mereka dapat menikmati perlindungan serta hak yang sama rata dengan pekerja lain di bawah kta Kerja 1955,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kerajaan-perlu-bela-kebajikan-pemandu-e.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Mpp Otai Reformis Bela Kebajikan Aktivis Veteran Pantau Pentadbiran Kerajaan Negeri

Calon Mpp Otai Reformis Bela Kebajikan Aktivis Veteran Pantau Pentadbiran Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 149 hits
Pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN kali ini lebih rencam apabila Otai Reformis 1998 NGO penggerak awal Reformasi menghantar dua calon bagi mewakili kepentingan reformis di seluruh negara Salah seorang calon Abdul Razak Ismail ber...
Mrt 3 Mengapa Pemuda Mca Bela Sangat Kerajaan

Mrt 3 Mengapa Pemuda Mca Bela Sangat Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 148 hits
MRT 3 Mengapa pemuda MCA bela sangat kerajaan Posted By on May 24 2022Kenyataan Naib Pengerusi Pemuda Kebangsaan MCA Chua Hock Kuan yang mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang berhubung projek MRT 3 dibidas oleh ...
Nak Tahu Prestasi Pas Beri Mereka Peluang Jadi Kerajaan Pusat

Nak Tahu Prestasi Pas Beri Mereka Peluang Jadi Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 206 hits
ITU jawapan kepada UMNO jika mereka terlalu sombong bercerita pasal jasa kepada rakyat APA yang kerajaan Negeri Perlis bawah umno boleh lakukan jika tanpa bantuan kerajaan Pusat umno jika mahu bandingkan Kelantan di bawah pemerintahan PAS D...
Kah Kah Ayiaq Pun Tak Sempurna Ketinggalan 30 Tahun Jual Pulak Tanah Nak Biaya Kerajaan Nih Dah Ngarut Dah

Kah Kah Ayiaq Pun Tak Sempurna Ketinggalan 30 Tahun Jual Pulak Tanah Nak Biaya Kerajaan Nih Dah Ngarut Dah

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 183 hits
Kedah jual sebahagian tanah litar lumba demi biaya projek kata MB NAK EKSPORT KETUM TAK CUKUP LAGI KA LITAR DIBINA IKUT PIAWAIAN ANTARABANGSA BETUL DAH TU HABIS NAK BINA IKUT PIAWAIAN KAMPUNG SAJA KOT KAH KAH APA PUNYA MENGARUT WALAUN TAK K...
Kerajaan Pusat Salur Rm15 Juta Kata Mb Johor

Kerajaan Pusat Salur Rm15 Juta Kata Mb Johor

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 161 hits
Kerajaan pusat salur RM15 juta kata MB Johor Dikemas kini 40 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 May 2022 10 20PM
Keh Keh Padan Muke Rega Barang Naik Tanyalah Kerajaan Melayu Isle Atau Menteri Kpdnkk Sedang Lena

Keh Keh Padan Muke Rega Barang Naik Tanyalah Kerajaan Melayu Isle Atau Menteri Kpdnkk Sedang Lena

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 282 hits
BARANG NAIK 1 Kalau diperhatikan di media sosial ramai yang mengeluh harga barang naik Ayam tiada dalam pasaran dek kerana penguasaha ayam seolah olah mogok dengan Kerajaan Ikan dan daging pulak nauzubillah harga dah sampai level kayangan 2...
Zahid Dakwa Tiada Satu Sen Sumber Yayasan Akalbudi Daripada Kerajaan Pembayar Cukai

Zahid Dakwa Tiada Satu Sen Sumber Yayasan Akalbudi Daripada Kerajaan Pembayar Cukai

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan pembelaannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menegaskan bahawa tiada satu sen pun sumber dana Yayasan Akalbudi yang berjumlah puluhan juta ringgit daripada wang kerajaan atau pe...
Bn Gagal Bela Veteran Tentera Gagal Bela Warga Tua

Bn Gagal Bela Veteran Tentera Gagal Bela Warga Tua

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 160 hits
BN gagal bela veteran tentera gagal bela warga tuaPosted By on June 10 2022Himpunan Reunion Veteran Angkatan Tentera Malaysia pada 6 Jun lalu memperlihatkan bagaimana lemahnya negara dalam menangani masalah warga tua Fakta menyedihkan darip...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemaskini

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15