Mrt 3 Mengapa Pemuda Mca Bela Sangat Kerajaan




MRT 3: Mengapa pemuda MCA bela sangat kerajaan?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 24, 2022
ShareKenyataan Naib Pengerusi Pemuda Kebangsaan MCA, Chua Hock Kuan yang mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang berhubung projek MRT 3 dibidas oleh Pengerusi Biro Profesional Muda KEADILAN, Seah Jhen Pei.
Menurut Seah, Chua seolah olah tidak memahami isu yang ditimbulkan oleh Chang yang menuntut projek sambungan MRT 3 itu diteliti oleh jawatankuasa peringkat parlimen memandangkan projek MRT 1 sebelum ini tidak begitu mendapat sambutan pengguna.
“Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang membangkitkan kebimbangan mengenai tambahan jaminan pinjaman RM50 bilion yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan untuk MRT 3 ini, di samping pinjaman sedia ada sehingga RM114.9 bilion untuk DanaInfra dan Prasarana.
“Walaupun Chang membentangkan data yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Chua bagaimanapun menganggapnya sebagai “tindak balas yang tidak berasas, tidak profesional dan tidak masuk akal”.
“Chua harus sedar tanggungjawab penggubal undang-undang yang dipilih adalah untuk menyemak dan mengimbangi terhadap eksekutif, bagi pihak rakyat untuk memastikan kepentingan negara terpelihara. Justeru, komen Chua mengenai kenyataan Chang seolah olah memperlekeh badan perundangan,” katanya.
Tambah Seah, saranan Chang untuk perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen amat tepat kerana kosnya yang amat tinggi sehingga RM50 bilion.
Bagi beliau, dengan kos yang begitu besar projek tersebut sewajarnya dilaksanakan secara profesional dan kegagalan MRT 1 dalam jumlah penumpang tidak mencapai skala penuh seboleh bolehnya jangan diulangi.
“Justeru, dalam hal itu mengapa pula Chua menasihati Chang supaya melaporkan projek MRT 3 kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Sekiranya Chua mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang cara sistem demokrasi kita berfungsi, dia mungkin tidak menerbitkan kenyataan jahil itu.
“Saya mengingatkan Chua sebagai pemimpin pemuda gabungan pemerintah, beliau harus mempertahankan pemimpinnya dengan fakta dan angka. Dengan Prasarana melaporkan kerugian tahunan antara RM3 hingga 5 bilion untuk 3 tahun yang lalu, bagaimana Prasarana boleh membayar hutangnya jika perkhidmatan kereta api dan bas gagal mencapai sasaran penumpang mereka?
“Dengan pembukaan MRT 2 tahun ini, dan MRT 3 pada masa hadapan, kerugian operasi dijangka meningkat secara eksponen jika tiada penambahbaikan penumpang. Apakah dasar baharu kerajaan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian?
“Ini adalah beberapa soalan yang mungkin seorang ketua pemuda MCA seperti Chua harus membantu untuk menjawab dan menyedarkan semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Seah tidak setuju dengan hujah Chua sekiranya MRT 3 tidak dibina waktu ini, dan dibiarkan tertangguh maka kosnya akan meningkat lebih tinggi
Katanya, hutang Prasarana telah meningkat RM12.3 bilion sejak tahun pembukaan MRT 1 pada 2017 dan lebih baik hal itu diselesaikan dahulu sebelum membuat pelaburan baharu.
Beliau sebaliknya memberi peringatan sekiranya hutang meningkat pada tahun mendatang maka tidak mustahil dana rakyat pula yang akan digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan yang gagal membayar hutang itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/mrt-3-mengapa-pemuda-mca-bela-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Diplomat Yang Sangat Penting Dengan Indonesia Kenapa Kerajaan Ambil Langkah Berisiko

Hubungan Diplomat Yang Sangat Penting Dengan Indonesia Kenapa Kerajaan Ambil Langkah Berisiko

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 142 hits
Hubungan baik dengan Indonesia bukan sahaja perlu dipelihara tetapi perlu ditingkatkan kualiti supaya hubungan menjadi lebih erat mesra dan dihormati Perlantikan Tajuddin merupakan satu risiko apa adab dan imej yang akan dibawanya kelak san...
Bagi Percuma Satu Dua Brang Atau Kawal Harga Barang Mana Satu Keutamaan Kerajaan

Bagi Percuma Satu Dua Brang Atau Kawal Harga Barang Mana Satu Keutamaan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 192 hits
Harga barang di era PH kini dua kali ganda mahal di era UMNO apakah Najib sebagai penasihat ekonomi ISKANDAR PUTERI Sebanyak 172 500 kampit beras 10 kilogram mula diagihkan dalam fasa pertama Program Bantuan Beras Bangsa Johor hingga 31 Mei...
Kami Tak Pernah Minta Subsidi Boss Mydin Gesa Kerajaan Hapus Semua Subsidi Hanya Bagi Bantuan Tunai Kepada Rakyat

Kami Tak Pernah Minta Subsidi Boss Mydin Gesa Kerajaan Hapus Semua Subsidi Hanya Bagi Bantuan Tunai Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 190 hits
The ReporterBeberapa minggu lalu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kumpulan T20 lebih banyak menikmati subsidi elektrik dan petroleum berjumlah RM12 bilion yang diperuntukkan kerajaan berbanding golongan yang disa...
Kerajaan Pertimbang Cadangan Ambil Warga Indonesia Bangladesh Filipina Jadi Pak Guard

Kerajaan Pertimbang Cadangan Ambil Warga Indonesia Bangladesh Filipina Jadi Pak Guard

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 209 hits
Kerajaan pertimbang cadangan ambil warga Indonesia Bangladesh Filipina jadi Pak Guard Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Filipina Indonesia dan Bangladesh berhubung cadangan membawa masuk tenaga...
Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 193 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan satu Program Survey bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa berkenaan keberkesanan agensi kerajaan Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ...
Bila Kerajaan Melayu Isle Memerintah

Bila Kerajaan Melayu Isle Memerintah

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 215 hits
FITNAH ZAMAN PH KINI KEMBALI KEPADA ZAMAN KERAJAAN MELAYU ISLE SELAIN REGA MINYAK DIZAMAN PH ANTARA 16 18 BAGI MINYAK MASAK KINI REGA TELAH MENJADI 36 PADAN MUKA MELAYU ISLE KAH KAH
Kerajaan Henti Eksport Ayam Mulai 1 Jun Hingga Bekalan Stabil

Kerajaan Henti Eksport Ayam Mulai 1 Jun Hingga Bekalan Stabil

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 263 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 23 2022 6 15 PMKerajaan hari ini memutuskan untuk menghentikan eksport bulanan Malaysia sebanyak 3 6 juta ekor ayam mulai 1 Jun ini bagi menangani kekurangan bekalan makanan semasa kata Perdana Menteri Ismail...
Kerajaan Pusat Salur Rm15 Juta Kata Mb Johor

Kerajaan Pusat Salur Rm15 Juta Kata Mb Johor

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 145 hits
Kerajaan pusat salur RM15 juta kata MB Johor Dikemas kini 40 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 May 2022 10 20PM
Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Car Solid Perfume Fragrance

Welcome 2025 Nak Tenang


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Emotionally Drained

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public