Kah Kah Ayiaq Pun Tak Sempurna Ketinggalan 30 Tahun Jual Pulak Tanah Nak Biaya Kerajaan Nih Dah Ngarut Dah
Kedah jual sebahagian tanah litar lumba demi biaya projek, kata MB.NAK EKSPORT KETUM TAK CUKUP LAGI KA ?LITAR DIBINA IKUT PIAWAIAN ANTARABANGSA. BETUL DAH TU..HABIS NAK BINA IKUT PIAWAIAN KAMPUNG SAJA KOT...KAH..KAH...APA PUNYA MENGARUT.
WALAUN TAK KATA APA KA ? DULU KATA PH JUAI ASET NEGARA BAGAI..INI NAK JUAI APA PULAK DI KEDAH ?
DARI BINA LITAR ..BAIK PERUTUKAN BAIKI BEKALAN AIR PAIP YANG KETINGGALAN 30 TAHUN....RAKYAT BOLEH MINUM AIR BERSIH MACAM PUALAU PINANG. BILA NAK BELAT AYIAQ ?
PAW KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DAPAT BELUM ?...KAH...KAH..KAH
FMT Reporters -May 22, 2022
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata pembinaan litar itu kembalike reka bentuk asal selepas kerajaan negeri terdahulu mengubah reka bentuk kepada piawaian antarabangsa membabitkan kos RM73 juta. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerajaan negeri bercadang menjual sebahagian tanah yang akan dibangunkan litar lumba di Sungai Petani bagi mendapatkan dana untuk membiayai kos pembinaan litar itu, kata Menteri Besar Sanusi Md Noor.
Beliau berkata, pembinaan litar yang sebelum ini telah berjalan, namun tertangguh sejak beberapa tahun lalu juga akan menggunakan reka bentuk asal yang menelan kos RM30 juta.
“Tanah untuk dibangunkan litar itu luas ada 100 ekar lebih. Tanah itu milik Menteri Besar Incorporated (MBI). Sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperuntukkan RM30 juta untuk pembinaan litar itu dan RM10 juta telah dibelanjakan untuk kerja tanah bagi pembinaan litar itu.
“Sekarang baki tinggal RM20 juta dan memang tidak cukup untuk membina litar itu dan perlu cari dana lain. Selain itu, bayaran kepada pihak perunding projek sebanyak RM890,000 juga tidak dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah mengubah pelan asal litar itu untuk menjadikannya lebih besar dengan menggunakan piawaian antarabangsa membabitkan kos RM73 juta.
Katanya, projek tersebut kemudian terhenti kerana kos yang tinggi dan KBS juga tidak dapat menyalurkan peruntukan tambahan yang diperlukan.
Sanusi berkata, bagi memastikan projek itu dapat berjalan semula, kerajaan negeri akan menggunakan pelan dan reka bentuk asal membabitkan kos RM30 juta, namun perlu mencari sumber dana baharu bagi menampung kekurangan peruntukan.
“Sekarang kita di peringkat jual tanah. Tanah itu akan dibahagikan kepada dua bahagian dengan sebahagian akan dibangunkan kawasan komersial dan sebahagian lagi untuk litar itu yang akan dibiayai dengan dana sedia ada dan dana baharu,” katanya.
Ditanya jangkaan tempoh masa projek itu akan siap, Sanusi berkata, perkara tidak dapat ditentukan buat masa ini memandangkan pihaknya masih di peringkat mendapatkan dana yang akan melibatkan proses pindah milik tanah dan pembayaran dengan pelbagai pihak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/05/kahkahayiaq-pun-tak-sempurna.html