Penyatuan Ummah Ph Tak Usah Termakan Propaganda Sendiri


S Arutchelvan 
   
ULASAN | Penyatuan dua parti Melayu terbesar dengan menandatangani piagam dalam Himpunan Penyatuan Ummah kelmarin tidak boleh dilihat sebagai satu peristiwa yang remeh atau tidak signifikan.

Pakatan Harapan (PH) harus menerima peristiwa ini dengan cemas dan melakukan segala yang perlu jika mahu terus berkuasa atau tersungkur menjadi parti pemerintah untuk satu penggal sahaja.

Beberapa kenyataan PH yang memperlekehkan kerjasama ini mungkin hanyalah satu helah psikologi kepada ahli-ahli PH dan rakyat amnya yang semakin kecewa dengan persembahan PH yang sebelum ini menampilkan diri mereka sebagai alternatif yang membawa harapan baru.

Adalah harapan saya supaya PH tidak termakan dengan propaganda mereka sendiri dan melakukan segala yang perlu untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap agenda dan manifesto yang membawa mereka kepada kejayaan dalam PRU-14.

Sejarah kerjasama Umno-PAS

Dari aspek sejarahnya, kerjasama Umno dan PAS bukannya sesuatu yang mustahil memandangkan PAS lahir dari perut Umno. PAS sebenarnya ditubuhkan atas inisiatif ulama-ulama dalam Umno yang cuba mengisi ruang kerana tiadanya wadah Islam dalam Umno. Sebenarnya Bahagian Agama Umno di bawah kepimpinan Ahmad Fuad Hassan telah menganjur satu muktamar ulama-ulama Islam pada 21-22 Februari 1950 di Muar, Johor, dan diikuti dengan Persidangan Persatuan Ulama-ulama Se-Malaya yang Kedua yang berlangsung pada 23 Ogos 1951 yang melahirkan Pertubuhan Ulama Se-Malaya.

Akhirnya Persatuan Ulama Se-Malaya menjadi PAS apabila seorang bekas anggota Hizbul Muslimin, Uthman Hamzah mencadangkan namanya dipinda kepada Pertubuhan Islam Se-Malaya (PAS). Ahmad Fuad juga merupakan Presiden PAS yang pertama.

Maka, adalah tidak mengejutkan apabila dua parti ini dapat bersatu atas nama Perpaduan Ummah,
iaitu sesuatu yang susah dicabar oleh mana-mana orang Islam kerana Perpaduan Ummah dari konsepnya adalah sesuatu yang diharapkan sebagai kehendak agama.

Rakyat di peringkat akar umbi juga mahukan supaya orang Islam dapat bersatu walaupun pada realitinya wujud pelbagai pecahan dan mazhab politik yang berbeza di kalangan orang Islam sendiri mahupun agama-agama lain di negara kita.

Namun, apa yang kita kena faham adalah zaman kerjasama antara Umno dan PAS yang pertama adalah selepas Peristiwa 13 Mei 1969, iaitu selepas Pilihan Raya tahun 1969 di mana Parti Perikatan hilang majoriti dua pertiga buat pertama kalinya dalam Parlimen.

Selepas Darurat tahun 1969, Presiden PAS masa itu Mohd Asri Muda mengumumkan pada Januari 1972, selepas rundingan dengan Umno, bahawa PAS akan menyertai gabungan Perikatan yang kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional (BN). Justifikasi utama Mohd Asri untuk bergabung dengan Umno adalah, selepas rusuhan kaum 1969, perpaduan Melayu amat penting, dan ini memerlukan kerjasama antara dua parti politik etnik Melayu.

Jika kita menilai keputusan untuk penggabungan Umno-PAS pada hari ini, matlamatnya tidak banyak berubah, iaitu dalam suasana Umno hilang kuasa pda hari ini, maka ada kepentingan untuk mereka bersama.

Ini adalah matlamat politik untuk mengambil alih kuasa politik. Matlamatnya tidak banyak berbeza pada awal 1970-an, kecuali pada masa itu Umno masih berkuasa dan merupakan gabungan yang lebih kuat.

Hari ini senario mungkin lebih condong kepada PAS di mana PAS boleh dilihat sebagai rakan kongsi setaraf (equal partner) berbanding dengan senario 1970-an di mana pada masa itu PAS dilihat sebagai rakan kongsi junior kepada Umno. Zaman kedua-dua parti etnik melayu ini bersatu adalah zaman krisis, baik tahun 1969 mahupun 2019, maka kerjasama ini harus dilihat sebagai situasi menang-menang (win-win situation) untuk kedua-dua parti ini.

Jangan lempar batu jika tinggal di rumah kaca
 
Orang di rumah kaca tidak harus melempar batu. Ini adalah nasihat kepada PH. Apabila Lim Kit Siang bertanya siapakah yang bakal menjadi perdana menteri jika gabungan parti Melayu Islam ini menang, ia seperti mendorong kita bertanya, adakah Anwar akan menggantikan Mahathir.

Persoalan mengenai perdana menteri merupakan satu krisis yang wujud dalam PH, di mana misteri sama ada Anwar akan menggantikan Mahathir terus menjadi bahan yang boleh menimbulkan perpecahan dalam PH, malah konflik perpecahan utama dalam PKR juga adalah persoalan yang hangat didebat oleh seluruh rakyat.

Maka, kata pepatah sebagai nasihat kepada Kit Siang adalah jangan lempar batu jika anda tinggal di rumah kaca.
Satu lagi sikap yang memperlekehkan kerjasama antara Umno dan PAS adalah melihatnya sebagai sesuatu yang tidak akan bertahan lama kerana mereka mempunyai agenda yang berbeza. Tun Mahathir mengatakan bahawa PAS masih belum tarik balik perkataan kafir terhadap Umno.

Jika PH mempersoalkan kenapa Umno dan PAS dapat bergabung apabila satu masa dulu PAS pernah melabel Umno sebagai kafir, maka persoalan yang sama ada jawapannya dalam pengalaman kerjasama dalam PH sendiri.

Tiada sesiapa yang dapat meramalkan sebelum ini bahawa Kit Siang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim boleh bersama Mahathir dalam barisan yang sama. Jika mereka ini dapat bersama, mengapa pula Umno dan PAS tidak boleh bersama? Pernah dikatakan dan diingatkan banyak kali bahawa dalam politik tidak ada musuh dan kawan yang berkekalan.


Tugas berat untuk menangi hati rakyat

Satu masalah utama dalam PH adalah mereka tidak menunaikan janji manifesto mereka yang begitu popular, sebaliknya mereka terjerumus dalam isu-isu yang tidak popular.

Contohnya isu-isu seperti Icerd, Statut Rom, Khat, kereta nasional ketiga dan lain-lain lagi yang sebenarnya tiada dalam manifesto PH dan tidak ada rakyat yang mendesak mereka untuk berbuat demikian, tetapi mereka sendiri yang menimbulkannya dan kini mengalami padahnya.

Sementara isu-isu popular seperti memansuhkan tol, membantah Lynas, menghapuskan PTPTN yang merupakan isu-isu utama yang dijanjikan sudah dibuat U-turn pula.

Intipati utama janji-janji Manifesto PH seperti menangani kenaikan kos sara hidup, mengurangkan kuasa perdana menteri, melawan rasuah dan menghapuskan monopoli dalam industri seperti Bernas dan Astro, memang ada dilakukan.
Walaupun PH ada membawa sedikit faedah kepada rakyat dalam isu seperti Skim MySalam dan membina rumah mampu milik, namun usaha-usaha ini masih belum nampak keberkesanannya dan dikaburkan oleh isu perkauman dan agama yang menjadi agenda utama. Kronisme masih diamalkan, dan siapa yang berani kata kuasa PM sudah dikurangkan?

Selain itu, rakyat yang berpendapatan rendah terus merana. Rumah mampu milik tidak mampu dibeli oleh mereka. Pekebun kecil mendapat pendapatan yang rendah, Jabatan Kebajikan secara senyapnya mengurangkan beberapa faedah yang ada sebelum ini, Skim Pencen kepada Penjawat Awam akan dihentikan pada masa depan.

Ramai pekerja yang sebelum ini merupakan pekerja tetap dengan jaminan kerja menjadi pekerja kontrak dengan gaji minimum dan tiada jaminan kerja. Graduan susah mendapat pekerjaan dan lain-lain lagi.

Apa yang PH harus fokus sekarang adalah bagaimana memenangi hati rakyat biasa, terutamanya golongan pekerja, petani, pekebun kecil dan nelayan. Dasar PH yang tidak membantu golongan majoriti rakyat amat merungsingkan.
Lebih 40 peratus ekonomi Malaysia dikawal oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), maka kerajaan mempunyai kepentingan dan kawalan terus dalam ekonomi, namun gaji pekerja tidak naik berbanding dengan gaji jawatan tertinggi dalam GLC.

Gaji CEO GLC sebulan terlalu tinggi dan tidak menampakkan kesungguhan PH untuk mengurangkan jurang gaji. GLC juga mengawal hospital dan pendidikan swasta di samping mengenakan kos dan harga tinggi, manakala rakyat menanggung hutang tinggi untuk belajar dan mendapat rawatan. Kini kerajaan mahu membantu syarikat hartanah menjual rumah mewah pula.

Kerajaan PH nampaknya seperti lebih mengutamakan golongan korporat kerana cukai korporat dan cukai lain yang dicadangkan terhadap golongan maha kaya tidak mahu diimplementasi, dan pada masa yang sama pelbagai polisi penjimatan dilakukan dan biasanya akan disalahkan jika dilakukan oleh kerajaan yang sebelum ini.

Rakyat sudah bosan dengan alasan yang menuding jari kepada kerajaan yang sebelum ini kerana PH menjanjikan langit dan bintang dalam manifestonya.

Rumusan

PSM pernah mengatakan bahawa jika PH ingin menggerakkan negara kita ke hadapan, maka status ekonomi dan kaum tidak harus lagi dihubungkaitkan.

Ia harus mengubah pendekatan untuk memastikan semua rakyat Malaysia daripada golongan B40 menjadi penerima faedah tindakan afirmatif; memastikan program yang membantu Melayu T20 tidak merugikan B40; memastikan program yang efektif dilaksanakan untuk membina kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (SME); memastikan keseimbangan etnik yang lebih baik dalam perkhidmatan awam; dan memastikan pemikiran ekonomi neoliberal tidak menghalang usaha membentuk jaring kebajikan yang komprehensif untuk semua rakyat Malaysia.

PH masih terus dengan acuan BN walaupun membuat sedikit perubahan kosmetik. Maka tidak hairanlah apabila ada orang menggelarnya sebagai BN 2.0.

Sokongan yang semakin meningkat kepada Umno dan PAS hari ini sebenarnya adalah keluhan rakyat yang susah untuk menyara kehidupan harian. Keluhan rakyat ini dirasai oleh semua kaum, namun mereka dipesongkan oleh agenda perkauman sempit.

PH perlu menangani isu ini dengan mencari penyelesaian ekonomi berlandaskan prinsip membantu semua yang memerlukan. Kenyataan Pemuda PH yang berkata bahawa tugas PH adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak dipesong oleh Himpunan Perpaduan Ummah adalah pandangan yang

PH harus mengambil posisi menghormati musuh politiknya dan tidak sama sekali berfikir rakyat itu bodoh. Kerjasama Umno-PAS kini sudah masuk ke tahap baru dan cabaran ini sama sekali tidak boleh diketepikan, diremehkan atau diperlekehkan. PH tiada pilihan lain kecuali kena bekerja lebih keras untuk menawan semula hati rakyat.

S ARUTCHELVAN ialah Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/penyatuan-ummah-ph-tak-usah-termakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Sibuk Fokus Penyatuan Ummah Tidak Sedar Parti Sendiri Bermasalah

Amanah Sibuk Fokus Penyatuan Ummah Tidak Sedar Parti Sendiri Bermasalah

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 325 hits
Pemimpin pemimpin Parti Amanah Negara terutama Pengarah Biro Komunikasinya Khalid Abdul Samad terlalu sibuk mengenai penyatuan UMNO Pas sehingga lupa menjaga parti sendiri Perkara itu menyebabkan parti tersebut mengalami masalah sehingga Me...
Rakyat Tersentak Dengan Kerajaan Hopeless Penyatuan Ummah Jalan Penyelesaian

Rakyat Tersentak Dengan Kerajaan Hopeless Penyatuan Ummah Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 230 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat tersentak dengan apa yang berlaku dalam negara ini setelah kerajaan yang ada bukan sahaja dilihat sebagai sebuah kerajaan yang hopeless malah rakyat sedang merasai keperitan Lantaran ...
Penyatuan Ummah Ph Gelabah Beruk

Penyatuan Ummah Ph Gelabah Beruk

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 657 hits
Pada awal UMNO PAS berbincang untuk kerjasama politik sebelum lahirnya Penyatuan Ummah ramai pihak terutamanya dikalangan pimpinan Pakatan Harapan mempamer senyum kambing mereka Tak kurang juga ada mengeluarkan kenyataan usaha UMNO PAS hany...
Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 418 hits
Dr Mahathir kata Anwar Ibrahim dipecat kerana melakukan perbuatan2 tidak bermoral yg tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara Sehingga ke saat ini Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataannya Anwar terlibat dgn aktiviti homoseksual Ma...
Hayati Agenda Sebenar Penyatuan Ummah

Hayati Agenda Sebenar Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 201 hits
DEWAN Ulamak PAS Pusat menyeru rakyat Malaysia khususnya para pendukung PAS dan Umno untuk menghayati agenda sebenar penyatuan ummah PAS meletakkan asas yang kukuh bersumberkan firman Allah S W T yang bermaksud Dan tolong menolonglah kamu a...
Penyatuan Ummah Bermula

Penyatuan Ummah Bermula

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Himpunan Penyatuan Ummah yang menandakan bermulanya kerjasama dan permuafakatan secara rasmi antara UMNO dengan PAS bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan pelbagai program digerakkan sayap dua parti berkenaan Kem...
Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 458 hits
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad berkata parti keramat ini tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap kurang ajar Justeru itulah jelas beliau walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap penyatuan ummah anta...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Asan Lembu The Movie

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air