Kerajaan Patut Faham Kehendak Rakyat


GOMBAK: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu peka terhadap masalah dan kemahuan rakyat jika mahu terus kekal sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, adalah tidak mustahil sokongan rakyat akan beralih terhadap pembangkang disebabkan kegagalan kerajaan untuk memahami kehendak mereka terutama jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

“Kita perlu mendengar rakyat, buat apa yang mereka mahukan. Kalau melihatkan sentimen sekarang, jika ada pilihan raya esok pakatan UMNO dan PAS akan menang dengan mudah,” katanya pada forum bertajuk “Adakah Pilihan Raya Kecil (PRK) Meramalkan Keputusan PRU15” anjuran Unit Kajian Elektoral, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), di sini, semalam.

Forum yang dipengerusikan Pensyarah Sains Politik UIAM, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar turut membariskan dua lagi panel iaitu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Danesh Prakash Chacko dari Tindak Malaysia.

Dr Rais berkata, melihatkan kekalahan PH dalam tiga PRK lalu di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau tidak mustahil untuk pakatan pembangkang akan menang dalam pilihan raya umum akan datang jika tiada perubahan yang dilakukan kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Benar, pilihan raya kecil boleh menjadi penentu jika PH tidak melakukan sebarang perbezaan daripada apa yang mereka lakukan sekarang. Bagaimanapun, kerajaan masih mempunyai tiga tahun lebih untuk mengatasi isu yang menjadi kebimbangan rakyat dan cuba membetulkan keadaan mereka,” katanya.

Katanya, langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun belum menjamin sokongan berpihak kepada PH memandangkan pengundi muda disifatkan bukan setia kepada parti.

Beliau berkata, apa yang menjadi keutamaan pengundi muda terbabit adalah bagi mendapatkan jaminan pekerjaan untuk jangka panjang dan bukan peluang menambahkan pendapatan yang bersifat sementara.

Sementara itu, Khairy Jamaludin berkata, pakatan UMNO dan PAS membuktikan bahawa politik identiti menjadi formula penting untuk kedua-dua parti itu menang dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU14.

Bagaimanapun kemenangan yang diraih pakatan itu dalam tiga PRK selepas PRU14 lalu belum dapat menjadi petunjuk terbaik bagi keputusan PRU15 akan datang.

Katanya, ini terbukti dengan prestasi yang ditunjukkan Barisan Nasional dalam PRU12 pada tahun 2008 walaupun PRK Ijok yang diadakan setahun sebelumnya memberikan kemenangan besar kepada pihak kerajaan ketika itu.

“Bagaimanapun, dalam PRU12 setahun selepas itu, kami kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Malah PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 2016 yang dimenangi BN juga membuktikan kemenangan itu tidak membawa makna berikutan kita kalah dalam PRU 2018.

“PRK lebih bersifat lokal berbanding pilihan raya umum kerana kita bukan hanya perlu memilih ahli parlimen baru tetapi sebenarnya kemungkinan untuk menukar kerajaan,” katanya.

Beliau meramalkan bahawa PRU akan datang di negara ini dilihat masih lagi menumpukan kepada politik berasaskan kaum tidak kira sama ada perkara itu dapat diterima oleh rakyat Malaysia atau sebaliknya.

“Hakikatnya itulah pandangan politik rakyat Malaysia secara umumnya ditambah dengan ‘perkahwinan’ UMNO dan PAS yang membuktikan formula kemenangan mereka dalam beberapa PRK lalu,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2019/08/kerajaan-patut-faham-kehendak-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Menunggang Rakyat Miskin

Kerajaan Menunggang Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 583 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Keputusan pantas Kabinet meluluskan operasi Gojek sebagai teksi motosikal di Malaysia sangat mencurigakan Ia diberi kebenaran hanya beberapa minggu selepas dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq 2 Ada ta...
Kerajaan Pakatan Harapan Khianati Amanah Rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan Khianati Amanah Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 494 hits
LIM HONG SIANG Amanah diukur berdasarkan sejauh manakah seseorang berpegang kepada janjinya Antara faktor yang menjurus kepada lelahnya rakyat terhadap politik adalah retorik yang melampau Sememangnya sesetengah retorik amat terharu buat pe...
Mana Nak Cari Permaisuri Agong Tundukkan Diri Buat Rakyat Jelata

Mana Nak Cari Permaisuri Agong Tundukkan Diri Buat Rakyat Jelata

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 656 hits
Sambutan Hari Kemerdekaan beberapa hari lalu telah disambut meriah dengan kehadiran pasangan Diraja Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan permaisuri baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah...
Pks Minta Pemerintah Urungkan Rencana Menaikkan Iuran Bpjs Karena Bebani Rakyat

Pks Minta Pemerintah Urungkan Rencana Menaikkan Iuran Bpjs Karena Bebani Rakyat

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 411 hits
Menurut Jazuli Pemerintah seharusnya mengutamakan untuk membereskan masalah BPJS tersebut dibanding fokus untuk pemindahan ibu kota
Wahai Melayu By The Rational Rakyat

Wahai Melayu By The Rational Rakyat

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 771 hits
Wahai Melayu 1 Menabunglah dalam ASB 2 Jangan jual tanah 3 Perbanyakkanlah tabiat membaca 4 Jangan bagi anak bersekolah telefon 5 Jangan bergaduh adik beradik pasal durian duit dan tanah 6 Letak penama KWSP sebelum mati 7 Jangan dengki sesa...
Who Cares If Harapan Is Defeated The Rakyat Must Win

Who Cares If Harapan Is Defeated The Rakyat Must Win

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 458 hits
FRANCIS PAUL SIAH Malaysiakini I am amused very very amused Why Because our grand old man suddenly turned furious after Rais Hussin commented that Pakatan Harapan would lose if elections were held now I find it funny that a simple harmless ...
Henti Bodohkan Rakyat Konon Dap Beri Kewarganegaraan

Henti Bodohkan Rakyat Konon Dap Beri Kewarganegaraan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 411 hits
Henti bodohkan rakyat konon DAP beri kewarganegaraanOleh September 03 2019Laskar siber pembangkang disaran berhenti menimbulkan ketegangan kaum lewat fitnah kononnya pemimpin DAP memberi kewarganegaraan kepada rakyat China melalui pendaftar...
Rakyat Muak Taktik Umum Ulas Dan U Turn Menteri Ph

Rakyat Muak Taktik Umum Ulas Dan U Turn Menteri Ph

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 290 hits
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia Shahir Adnan KUALA LUMPUR Menteri Sumber Manusia mengumumkan perkara ini di media kemudian Menteri Belia dan Sukan tidak bersetuju dan mengumumkan di media sosial Menteri Sumber Manusia pula berkata...
Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 573 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang KUALA LUMPUR Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam tega...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing