Kerajaan Pas Kelantan Nak Cipta Bala Hadapan Ker Hmmmm


Projek perlombongan yang dicadangkan di Gua Musang, Kelantan menimbulkan ancaman terhadap habitat 105 spesies haiwan dilindungi dan dilindungi sepenuhnya, termasuk tapir dan gajah Asia yang terancam

Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek yang terletak berhampiran Sungai Lebir itu juga menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan pencemaran air dan kesannya terhadap masyarakat setempat

Projek untuk perlombongan bijih mangan diterajui oleh syarikat Nadi KW Sdn Bhd, cabang perlombongan NadiCorp Holdings Bhd

Pada 2019, syarikat ini diberi pajakan perlombongan selama lima tahun yang berkuat kuasa sehingga Mac 2023

NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan mengenai projek itu pada satu kenyataan semalam

Maklum balas orang ramai untuk projek itu akan ditutup pada Selasa depan (15 Jun)

Menurut laporan EIA, projek ini seluas 202.37 hektar, bersamaan keluasan 246 padang bola

Bagaimanapun, EIA menyatakan kawasan seluas 117.32 hektar tanah telah dibersihkan antaranya untuk kawasan pemprosesan, gudang, tapak pejabat dan laluan angkut dalaman. 
Dikatakan Nadi KW telah melakukan kerja-kerja pembukaan kawasan lombong dari bulan Jun hingga Ogos 2019

SAM mendakwa pembukaan tanah itu melanggar Seksyen 34 (A) (6) Akta Kualiti Alam Sekeliling, yang menyatakan bahawa tidak ada aktiviti yang ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS)

EIA berkenaan menyatakan kemungkinan kesan pembukaan tanah untuk projek tersebut adalah kehilangan habitat untuk haiwan, dan "kesan tidak dapat dipulihkan" terhadap mamalia, reptilia dan amfibi yang bergerak perlahan

Sebenarnya, tidak ada langkah-langkah mitigasi mutlak yang dapat menghilangkan kemungkinan kesan ini terhadap hidupan liar setempat, tulis laporan itu

EIA itu juga mengatakan kebimbangan mengenai pemburuan haram hidupan liar dan kegiatan menjerat burung secara haram

Terdapat juga risiko binatang yang dihalau kerana kehilangan habitat boleh mengganggu kebun di kampung berdekatan, sehingga meningkatkan kemungkinan konflik manusia-hidupan liar, kata laporan EIA

NGO alam sekitar SAM turut menyatakan kebimbangan yang serupa

Menurut EIA, “tapak projek adalah habitat hidupan liar, dan cadangan melombong adalah pencerobohan kepada habitat semula jadi hidupan liar.”
Kawasan kajian EIA itu menjadi kediaman hidupan liar seperti gajah Asia, harimau dahan (clouded leopard), memerang cakar kecil (small clawed otters), lotong bercelak (dusky langur), beruang matahari dan tapir,

Kebanyakan haiwan ini dikategorikan sebagai hampir pupus, terjejas dan haiwan liar terancam bawah Buku Data Merah 2020 Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN)

Kumpulan hidupan liar terbesar yang terkena bencana adalah burung, di mana terdapat 97 spesies di kawasan itu - termasuk kuang besar yang hampir pupus, burung enggang badak, burung rimba murai coklat dan burung daun hijau yang kurang (Chloropsis cyanopogon)

Kebanyakan spesies burung yang direkodkan dalam kawasan kajian dilindungi sepenuhnya atau dilindungi oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)

EIA berkenaan ada membuat cadangan untuk mengurangkan mudarat terhadap hidupan liar

Ini termasuk mempunyai rancangan pengurusan hidupan liar dan pasukan pemantauan bawah pengawasan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

Ia juga menyarankan supaya pekerja di lokasi perlombongan mendapat pendidikan tentang pentingnya pemuliharaan hidupan liar dan hukuman undang-undang terhadap kegiatan pemburuan haram

Terdapat juga syor dalam EIA itu untuk membuat pagar bagi mencegah akses ke kawasan hidupan liar

Risiko kekerapan banjir di hilir
Sementara itu, SAM mendakwa hasil pemodelan air dalam laporan EIA itu menunjukkan kebimbangan serius mengenai pencemaran air, walaupun dengan langkah mitigasi yang dicadangkan

"Banyak parameter, terutama sekali logam berat akan melebihi paras asal (baseline) dan diklasifikasikan sebagai kelas V, paras paling tercemar apabila operasi perlombongan bermula

"Ini amat serius terutamanya kerana Loji Rawatan Air Lebir terletak hanya 1km hilir sungai daripada tapak projek. 
"Lanjutan daripada ini, kejadian banjir baru-baru ini di kawasan hilir Sungai Kelantan meningkatkan lagi kebimbangan mengenai isu pencemaran air," kata Presiden SAM Meenakshi Raman pada satu kenyataan malam tadi

"Sementara projek yang dicadangkan mungkin tidak terjejas oleh banjir, projek itu berpotensi meningkatkan kekerapan berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan hilir sungai, sepertimana yang disahkan oleh EIA

"Saliran asid dari lombong yang dihasilkan daripada industri lombong juga menjadi satu lagi kebimbangan yang serius," dakwanya lagi

Melihat kesan negatif, SAM mendesak JAS untuk tidak meluluskan laporan EIA itu

Mereka juga meminta pihak berkuasa untuk mengarahkan syarikat projek lombong itu untuk memulihkan kawasan hutan yang telah ditebang

"Penggerak projek perlu diarahkan supaya memulihkan semula kawasan yang telah dibersihkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang memulakan projek sebelum memperoleh kelulusan

"Kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil tahu isu sosial dan alam sekitar yang berlaku akibat projek perlombongan terbuka di seluruh dunia dan daripada pengalaman tempatan sebelum ini

"Kami menggesa kerajaan negeri Kelantan dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk tidak membenarkan operasi perlombongan ini diteruskan," kata SAM lagi

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/06/kerajaan-pas-kelantan-nak-cipta-bala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Gagal Perjuang Islam Walau Dah Jadi Kerajaan

Pas Gagal Perjuang Islam Walau Dah Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 378 hits
Masih senyap tiada ketegasan termasuk RUU355 kes kematian AdibWalaupun sudah setahun PAS menganggotai Perikatan Nasional yang diuar uarkan sebagai kerajaan Melayu Islam parti itu dan PN masih senyap dalam memperjuangkan isu isu berkaitan Is...
Tak Cukup Gaji Elauns Menteri Juga Perlu Diserahkan Duit Kakitangan Awam Pun Nak Sapu Kerajaan Paling Teruk Abad Ini

Tak Cukup Gaji Elauns Menteri Juga Perlu Diserahkan Duit Kakitangan Awam Pun Nak Sapu Kerajaan Paling Teruk Abad Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 273 hits
Bukan hanya gaji menteri patut serah elaun dan imbuhan kata Tok Mat June 1 2021 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis genting ini adalah kewajipan yang sepatutnya sudah lama dipamerkan PET...
Harga Minyak Masak Naik Menggila Kerajaan Nak Tengok Saja Ke

Harga Minyak Masak Naik Menggila Kerajaan Nak Tengok Saja Ke

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 374 hits
Dua minggu yang lalu kalau tak silap aku aku ke sebuah Pasaraya untuk membeli minyak masak Terkejut juga tengok harganya dulu dalam RM28 90 sekarang dah naik jadi RM32 90 ada kenaikkan 20 disitu Itu membuat aku tertanya tanya sejak bila Min...
Hidup Kerajaan Melayu Isle Minyak Masak Naik Lagi Mana Walauncai Mana Walauncai Kami Nak Ngadu Nih

Hidup Kerajaan Melayu Isle Minyak Masak Naik Lagi Mana Walauncai Mana Walauncai Kami Nak Ngadu Nih

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 349 hits
Harga minyak masak naik lagi KPDNHEP dirayu jangan tutup mata June 7 2021 Tinjauan FMT di sebuah pasar raya di Puncak Alam Selangor menunjukkan harga minyak masak 5kg kini dijual antara RM28 90 hingga RM31 90 PETALING JAYA Kumpulan pengguna...
Panas Umno Desak Kerajaan Pas Terengganu

Panas Umno Desak Kerajaan Pas Terengganu

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 213 hits
June 14 2021 Kerajaan Terengganu perlu menambah peruntukan terhadap program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3 0 bagi membantu meringankan beban rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan penuh ketika ini Timbalan Ketua UMNO Baha...
Panas Cuepacs Tempelak Jpa Kenapa Nak Ambil Duit Orang Mati Kata Kerajaan Melayu Isle

Panas Cuepacs Tempelak Jpa Kenapa Nak Ambil Duit Orang Mati Kata Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 319 hits
June 8 2021 Tindakan kerajaan memotong sebahagian elaun kakitangan awam untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana sekali pun mereka meninggal dunia pada tempoh tertentu bulan depan mengejutkan CUEPACS Menurut pekeliling JPA yang diliha...
Pas Bidas Pas Kerajaan Gagal Kawal 23 Tauke Minyak Masak

Pas Bidas Pas Kerajaan Gagal Kawal 23 Tauke Minyak Masak

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 376 hits
Makin panas nampaknya Pas bidas pas sendiri Fuhhh Ini bukan main main Bukan kami edit Ni bukti https www malaysiakini com news 361721Terbidas diri sendiri ker bro Jadi kerajaan itu pedih bro Jadi pembangkang senang Melalut jer kerja Throwba...
Rakyat Semua Cuba Pakat Pakat Fikir Apa Yang Cuba Di Lakukan Gamaknya Dah Dapat Kesan Kerajaan Nak Tumbang Kot

Rakyat Semua Cuba Pakat Pakat Fikir Apa Yang Cuba Di Lakukan Gamaknya Dah Dapat Kesan Kerajaan Nak Tumbang Kot

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 248 hits
Ceta nya macam ni Agong titah pemimpin pembangkang menghadap baginda tak ada niat nak jatuhkan institusi beraja yang menjadi paksi dinegara ini TETIBA
Nak Kerja Kerajaan Atau Swasta

Nak Kerja Kerajaan Atau Swasta

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 213 hits
GAMBAR SEKADAR HIASANNORMAN RADZUAN Baru bicara dgn pelajar2 UMS dan Uitm di group Whatsapp Pilihan pekerjaan yg mana lebih baik utk mereka Bekerja dgn kerajaan atau swasta Saya beritahu cuba bekerja dgn kerajaan Lalu mereka tanya kenapa Sa...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Madu Dan Pesakit Kanser

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told