Harga Minyak Masak Naik Menggila Kerajaan Nak Tengok Saja Ke





Dua minggu yang lalu kalau tak silap aku, aku ke sebuah Pasaraya untuk membeli minyak masak.. Terkejut juga tengok harganya.. dulu dalam RM28.90 sekarang dah naik jadi RM32.90, ada kenaikkan 20% disitu..
Itu membuat aku tertanya-tanya sejak bila Minyak Masak ni diberi kebenaran untuk dinaikkan harga?. bagaimanapun ada yang mengatakan harga Minyak Masak ini dah mula naik sejak dari Januari lagi, mungkin aku yang tak perasan kenaikkan itu.

Ini dikatakan berpunca dari kenaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang mencecah paras tertinggi RM4,704 satu tan pada ketika ini.
Kalau dirujuk kepada data, 90 peratus hasil pengeluaran minyak sawit mentah negara adalah untuk tujuan eksport. Malangnya harga yang ditentukan untuk tujuan eksport itu tidak memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.
Sepatutnya, kerajaan memberikan keistimewaan kepada jutaan rakyat di negara ini dengan memberikan harga yang berlainan bagi kegunaan domestik dan bukan pada harga eksport. 
Tidak salah untuk kerajaan memperkenalkan dua peringkat harga; satu untuk eksport dan satu untuk kegunaan pengguna tempatan.
Tetapi.. Persoalannya, mengapa Malaysia sebagai negara pengeluar sawit terbesar dunia namun kita tidak sanggup memberikan harga yang lebih rendah kepada rakyat.
Harga eksport yang tinggi penting untuk meningkatkan pendapatan penanam sawit yang berjumlah tidak sampai satu juta, tetapi harga pengguna domestik yang rendah lebih utama kepada rakyat pengguna yang berjumlah 32 juta orang.
Tapi.. dalam banyak Ahli Parlimen yang ada tu.. hanya Najib yang mempersoalkan tentang kenaikkan harga Minyak Masak ini..
 Pada tahun 2016, harga minyak masak Malaysia pernah naik buat kali pertama dalam tempoh sedekad apabila harga minyak sawit dunia melonjak dan kerajaan BN mengambil langkah untuk hadkan subsidi kepada paket 1kg untuk melawan dan membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang semakin rancak masa itu akibat perbezaan harga yang amat tinggi yang amat merugikan negara
Oleh itu, harga minyak masak yang tidak diberi subsidi pada masa itu naik kerana mengikut harga pasaran.
Langkah itu telah membangkitkan kemarahan ramai pada masa itu dan PH (termasuk mereka yang dalam kerajaan PN sekarang) mengambil kesempatan penuh untuk mempergunakan isu ini untuk kecam saya dan salahkan GST.
Demi melindungi Rakyat masa itu, kerajaan BN mengambil langkah untuk menambah jumlah bekalan dan memperluaskan penjualan minyak sawit paket 1kg bersubsidi ke lebih banyak kedai runcit dan pasar raya.
Sekarang harga minyak masak naik lagi dahsyat berbanding tahun 2016, peluang bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara telah ditutup ketat akibat pandemik dan GST sudah dimansuhkan lebih 3 tahun.
Jadi, apakah langkah kerajaan PN untuk melindungi dan meringkan beban Rakyat?
Jangan berdiam diri sahaja. Ambil lah langkah yang sewajarnya.
Ataupun dulu korang hanya tahu kecam dan salahkan saya dengan air liur sahaja?
Ahli Parlimen yang lain buat apa ya?.. sibuk dengan agenda nak berkuasa semula ke

Laporan berkaitan..
SHAH ALAM - Orang ramai dan peniaga mula merungut dengan kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) sehingga 15 peratus dalam keadaan negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya dan kedai runcit di beberapa buah negeri pada Isnin mendapati, harga minyak masak berbeza jenama dalam botol itu mengalami kenaikan mendadak antara RM28.50 hingga RM33 sebotol.
Seorang pekerja kedai runcit yang ingin dikenali sebagai Susi, 33, berkata, kenaikan harga minyak berlaku sejak beberapa bulan lepas.
“Kalau dulu, harga minyak botol 5kg jenama Saji ialah RM27 hingga RM28, sekarang sudah naik sampai RM32. Ada juga kedai yang naikkan harga sampai RM33 sebotol.
“Pembekal hanya maklumkan ia berpunca daripada kenaikan harga minyak mentah. Itu sahaja.
“Di sini (Selangor) harga minyak masak setiap bulan memang ada kenaikan. Pelanggan memang merungut, tapi terpaksa beli juga sebab nak dapatkan minyak paket sekarang pun susah,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Pada awal Januari lalu, harga minyak masak botol 5kg dilaporkan meningkat daripada RM19 hingga RM22 kepada RM27.
Harga minyak masak dilaporkan terus meningkat selepas tiga bulan kepada antara RM28 hingga RM34 sebotol.
Harga minyak masak botol 5kg naik mendadak hingga mencecah lebih RM30 sebotol.
Sementara itu, pemilik kedai runcit, Fairuz Kunhahamu, 37 berkata, kenaikan harga minyak masak tersebut adalah disebabkan tiada subsidi yang diberikan oleh kerajaan.
“Hanya minyak masak bersaiz 1kg yang diberikan subsidi. Jadi, bila tiada subsidi untuk saiz lain, syarikat akan menaikkan harga minyak kerana tiada kawalan daripada kerajaan.
“Kalau dulu ada subsidi, minyak masak 5kg dijual pada harga RM13.50, tapi sekarang dah sampai RM28 hingga RM30,” jelasnya.
Jelasnya, pelanggan kini memilih untuk mendapatkan minyak peket berbanding botol berikutan harganya yang lebih murah.
Ada juga segelintir kedai runcit menjual minyak masak itu pada harga jauh lebih mahal berbanding pasar raya.
Seorang penyelia sebuah pasar mini di Seksyen 30 di sini, Fazilah Mohd Mukhsin berkata, minyak masak dalam botol itu mengalami kenaikan sebanyak RM3 ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari lalu.
“Antara faktor kenaikan harga itu disebabkan kekurangan bahan mentah untuk menghasilkan produk berkenaan," katanya yang memaklumkan harga minyak masak dalam botol itu mencecah RM28 berbanding RM25 sebelum ini.
Di KUALA LUMPUR, peniaga makanan dan orang ramai turut meluahkan rasa kecewa berikutan kenaikan harga minyak masak.
Seorang peniaga makanan di Setiawangsa, Rosmalizaini Ramli, 37, berkata, kenaikan harga minyak masak botol 5kg memberi kesan kepada perniagaannya.
“Walaupun harga minyak masak meningkat, saya bersyukur kerana harga barang keperluan lain untuk berniaga tidak naik sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh,” katanya yang lebih selesa membeli di kedai runcit.
Di KELANTAN, peningkatan mendadak harga minyak masak botol di pasaran ketika ini menyebabkan pengguna mula beralih tumpuan membeli bahan itu dalam bentuk peket bersubsidi.
Seorang pengguna, Siti Zakiah Abdullah, 42, berkata, sejak kenaikan harga berlaku, dia membuat keputusan untuk menukar penggunaan minyak masak botol kepada peket.
Laporan penuh silalah baca di SINI

Hmmm... Najib jugak yang bersuara.. Ahli Parlimen Pembangkang buat apa ya?.. dok sibuk kira jumlah sokongan untuk nak jadi PM lagi ke

Maka tak hairanlah kalau ramai yang berkata.. Najib ini jelas bijaknya bila menjadi Pembangkang.. 
Sepatutnya Najib ni diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Selain dari mengkritik.. Najib juga memberikan pandangan untuk mengatasi isu ini.

Cadangan saya (jika nak didengar kerajaan PN) ialah: - memandangkan kadar inflasi sudah amat tinggi pada ketika pendapatan Rakyat berkurang masa lockdown/pandemik ini; - peluang serta risiko bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara telah ditutup ketat sejak pandemik bermula; dan - hasil cukai durian runtuh bagi minyak sawit mentah melebihi jangkaan kerajaan.
Maka gunalah hasil dari cukai durian runtuh minyak sawit untuk beri subsidi bagi minyak masak 5kg dalam botol untuk tempoh 6 bulan sahaja untuk meredakan keadaan.
Pada masa yang sama, memperluaskan lagi bekalan paket minyak masak 1kg bersubsidi sedia ada ke pasaran.
Sekiranya tidak dibendung sekarang, harga makanan dijual restoran dan warung juga akan naik harga.
Lepas 6 bulan, kerajaan boleh kaji lagi.

Tak adalah dia nak kondem saja macam yang lain-lain yang dok ada tu.. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/harga-minyak-masak-naik-menggila-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Kerajaan Melayu Isle Minyak Masak Naik Lagi Mana Walauncai Mana Walauncai Kami Nak Ngadu Nih

Hidup Kerajaan Melayu Isle Minyak Masak Naik Lagi Mana Walauncai Mana Walauncai Kami Nak Ngadu Nih

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 346 hits
Harga minyak masak naik lagi KPDNHEP dirayu jangan tutup mata June 7 2021 Tinjauan FMT di sebuah pasar raya di Puncak Alam Selangor menunjukkan harga minyak masak 5kg kini dijual antara RM28 90 hingga RM31 90 PETALING JAYA Kumpulan pengguna...
Harga Minyak Masak Naik Terima Kasih Menteri Pas

Harga Minyak Masak Naik Terima Kasih Menteri Pas

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 299 hits
Kalau hari ini PAS menjadi pembangkang Semestinya mereka bersama umno akan mengajak segala kerahan tenaga kuasa melayu untuk mempertahankan harga minyak masak Mana taknya malaysia pengeluar minyak masak Mestilah dijual dengan harga murah un...
Peningkatan Harga Minyak Minyak Masak Global Kerajaan Tampung Subsidi Rm8b Tahun Ini

Peningkatan Harga Minyak Minyak Masak Global Kerajaan Tampung Subsidi Rm8b Tahun Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 251 hits
Oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz KERAJAAN bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi sehingga RM8 bilion tahun ini berikutan peningkatan harga minyak dan minyak masak di peringkat global Menteri Kewangan Tengk...
Harga Minyak Masak Konsep Tawazun Dalam Dasar Penstabilan Harga Minyak Kerajaan Ph

Harga Minyak Masak Konsep Tawazun Dalam Dasar Penstabilan Harga Minyak Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 252 hits
June 10 20211 Bukan hanya harga komoditi Sawit dan Besi Hari ini Harga minyak Dunia juga berada pada paras tertinggi Harga minyak dunia pada ukuran Brent hari ini berada pada paras USD 72 Jika diukur pada harga pasaran Harga petrol RON 95 s...
Isu Minyak Masak Dikhuatiri Dorong Harga Makanan Naik

Isu Minyak Masak Dikhuatiri Dorong Harga Makanan Naik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh Mohamad Azim Ibrahim dan Akhirudin Salleh NSTP MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI KUALA KANGSAR Isu kenaikan harga minyak masak dalam botol lima kilogram dan kesukaran mendapatkannya dalam peket 1kg bersubsidi dikhuatiri boleh mendorong p...
Harga Minyak Masak Naik Lagi Dahsyat Berbanding Tahun 2016

Harga Minyak Masak Naik Lagi Dahsyat Berbanding Tahun 2016

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 222 hits
PADA tahun 2016 harga minyak masak Malaysia pernah naik buat kali pertama dalam tempoh sedekad apabila harga minyak sawit dunia melonjak dan kerajaan BN mengambil langkah untuk hadkan subsidi kepada paket 1kg untuk melawan dan
Harga Minyak Masak Naik Lagi Kpdnhep Dirayu Jangan Tutup Mata

Harga Minyak Masak Naik Lagi Kpdnhep Dirayu Jangan Tutup Mata

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 436 hits
PETALING JAYA Kumpulan pengguna mendesak kerajaan segera campur tangan dalam isu kenaikan mendadak harga minyak masak sehingga lebih RM30 bagi 5kg Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berkata Kement...
Kerajaan Tidak Kawal Harga Minyak Masak Dalam Botol Kata Kpdnhep

Kerajaan Tidak Kawal Harga Minyak Masak Dalam Botol Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 288 hits
Minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi kata KPDNHEP PETALING JAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan kerajaan tidak menetap atau mengawal harga minyak masak dalam botol Unit Kom...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall