Kerajaan Pahang Di Rayu Beri Nasihat Dahulu Sebelum Saman Pengusaha Eko Pelancongan




RAUB - Kerajaan negeri Pahang dirayu untuk memberi nasihat terlebih dahulu kepada pengusaha dan pelabur ekopelancongan di negeri itu yang didakwa menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran sebelum bertindak mengeluarkan saman.
Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihak berkuasa sepatutnya memberi nasihat dan garis panduan, bukannya terus menyaman pengusaha terbabit.
Katanya, tindakan mengeluarkan saman tanpa berbincang itu hanya akan menakutkan pengusaha dan pelabur ekopelancongan di Pahang.
"Bagi saya, saman atau tindakan tanpa ada satu kajian serta perbincangan dengan pihak terlibat secara tidak langsung akan melemahkan ekopelancongan negara kita.
"Dalam semakan saya di Parlimen, di Raub dan Bentong sahaja ada tidak kurang 100 resort dan homestay orang kampung tempatan yang dibina di rizab sungai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada pertuduhan kes membabitkan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Shariffa Sabrina (kanan) berbincang dengan barisan peguam belanya sebelum masuk ke kamar mahkamah.
Dalam prosiding itu, Shariffa Sabrina mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah pada Jun tahun lalu menerusi pembinaan pusat peranginan mesra alam dan sebuah kafe di Mukim Ulu Dong dan Mukim Tras masing-masing di daerah ini dan di Mukim Bentong.
Pusat peranginan dan kafe itu adalah di Tanah Aina Fahad Glamping Resort, Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort dan Tanah Aina Fareena Cafe dan Restaurant.
Mengulas lanjut, Tengku Zulpuri Shah yang juga bekas Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menegaskan, semasa beliau memegang jawatan dalam kabinet, berlaku beberapa kes pengusaha menduduki rizab sungai dan pantai (menerusi pembinaan resort dan homestay).
"Ketika itu kementerian ada cadangkan solusi dengan membenarkan pengusaha terus beroperasi dengan syarat yang ketat seperti tidak membahayakan pengunjung, tidak menghalang terus laluan air sungai dan tidak menjejaskan ekosistem semula jadi di kawasan itu.
"Untuk tujuan pengangkutan dan kemudahan awam pula, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membenarkan pembinaan transit aliran ringan (LRT) di atas rizab sungai di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dengan syarat tertentu yang ketat," ujarnya.
Menurutnya, timbul persoalan adakah kerajaan akan mengambil tindakan saman kepada semua pengusaha ekopelancongan di Pahang.
"Apakah semua resort ini akan disaman? Apakah pendekatan kerajaan Pahang sekarang? Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini dan ditambah buruk dengan bencana banjir yang turut menjejaskan pengusaha," katanya.
Tambah Tengku Zulpuri Shah, kerajaan juga seharusnya mengambil kira sumbangan yang diberikan pengusaha ekopelancongan selama ini kepada mereka.
Beliau memberitahu, rangkaian resort dan kafe Tanah Aina sudah banyak menerima pengiktirafan serta anugerah daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Majlis Pelancongan Malaysia dan penghargaan daripada Tourism Pahang sendiri.
"Tanah Aina Resorts & Restaurants pula sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu dan membawa nama Pahang dalam peta ekopelancongan dunia. Saya hairan kenapa baru sekarang nak timbulkan isu ini," katanya lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/kerajaan-pahang-di-rayu-beri-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hizamri Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Swasta 14 Kawasan Eko Pelancongan

Hizamri Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Swasta 14 Kawasan Eko Pelancongan

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Sebanyak 14 kawasan eko pelancongan yang berstatus Hutan Simpan Kekal di Pahang akan berada dibawah selian Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan diswastakan Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata keputusan itu dibuat b...
Pr1ma Di Cerun Bukit Kerajaan Pahang Perlu Jelaskan Dakwaan Bercanggah Dengan Pusat

Pr1ma Di Cerun Bukit Kerajaan Pahang Perlu Jelaskan Dakwaan Bercanggah Dengan Pusat

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 176 hits
BENTONG Kerajaan Pahang digesa menjelaskan sendiri selepas Putrajaya mengesahkan ia tidak terlibat dalam projek perumahan yang dikatakan dibina di Bukit Raka dalam daerah ini Dalam satu kenyataan hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut Le...
Pendengaran Pm Kerajaan Batal Saman Batu Puteh Pada 21 Jun

Pendengaran Pm Kerajaan Batal Saman Batu Puteh Pada 21 Jun

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 150 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 21 Jun depan bagi mendengar permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman difailkan seorang individu berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah ...
7 Perkara Yang Harus Anda Lakukan Sebelum Menjelang Ramadhan

7 Perkara Yang Harus Anda Lakukan Sebelum Menjelang Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 179 hits
Tanpa kita sedar hanya kurang dari dua minggu lagi seluruh umat islam bakal menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan Bulan mulia di mana segala amalan akan menjadi ibadah dan tentunya berbaloi dengan pahala
Drama 30 Hari Sebelum Raya Lakonan Kazar Saisi Fahrin Ahmad

Drama 30 Hari Sebelum Raya Lakonan Kazar Saisi Fahrin Ahmad

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 384 hits
Tonton Drama bersiri komedi 30 Hari Sebelum Raya Full Episod terbitan Tanah Beris Film Production diarahkan oleh Shuhaimi Lua bakal menemui penonton pada bulan ramadan nanti di TV9 JUDUL 30 Hari Sebelum Raya 30harisebelumrayaTonton Full Epi...
Bagi Yang Masih Ada Emak Dan Bapa Di Kampung Bertindak Sebelum Terlambat

Bagi Yang Masih Ada Emak Dan Bapa Di Kampung Bertindak Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 177 hits
Mak ada lagi ka kat kampung Kalau masih ada berapa kerap anda balik tengok muka suci bersih dia kat kampung Ketika PKP dilaksanakan sebab wabak Covid 19 tahun lepas saya yakin anda juga macam kebanyakan orang lain Sangat rindu nak balik ten...
Mengikut Malaysia Today Jho Low Seleweng Dana 1mdb Sebelum Najib Buka Akaun

Mengikut Malaysia Today Jho Low Seleweng Dana 1mdb Sebelum Najib Buka Akaun

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 211 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low sudah lama menipu berbilion ringgit daripada 1MDB sebelum Najib Razak membuka akaun bank ...
Kenapa Penting Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 April Ini Saranan Pakar Kesihatan

Kenapa Penting Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 April Ini Saranan Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 188 hits
Kenapa penting ambil dos penggalak sebelum 1 April Ini saranan pakar kesihatan Dr Shamsul tidak menolak kemungkinan kadar peratusan rendah dalam pemberian dos penggalak berlaku berikutan kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat dan mereka...
Zahid Bayangkan Tiada Pru Sebelum 31 Julai

Zahid Bayangkan Tiada Pru Sebelum 31 Julai

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 182 hits
MalaysiakiniSelepas hebat mendesak supaya pilihan raya umum diadakansegera Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini memberi bayangan bahawa parti itu tidak terlalu tergesa gesa Zahid dan timbalannya Mohamad Hasan membayangkan Umno perlu menung...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Mastering The Skill Of Market Analysis

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Cybersecurity For Small Businesses

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila

Kasut Pallas Baharu Vgrip Beri Cengkaman Kuat Dan Lebih Selamat Untuk Anak Anak Bersekolah

Enjoy The Best Gaming Experience With Play88 Malaysia Casino

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start