Kerajaan Negeri Laksana Penguatkuasaan Penerokaan Haram Hutan Simpan Sebelum 1 Jun


 zuhayati
Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 dibentangkan di Parlimen sesi pertama tahun depan KUALA LUMPUR– Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-79 bersetuju dengan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, mesyuarat MTN semalam yang dipengerusikannya secara persidangan video itu juga bersetuju supaya semua kerajaan negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram itu selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.
Selain itu, perdana menteri berkata, mesyuarat itu juga bersetuju secara prinsip dengan pelaksanaan Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun dan memaklumkan terdapat 127,050.25 hektar Zon Pembangunan Ladang Hutan dalam HSK yang belum diluluskan kepada mana-mana syarikat.
“Sebelum moratorium dikenakan ke atas kawasan tersebut, Kerajaan Negeri yang ingin meneruskan pembangunan ladang hutan perlu melaksanakan perundingan secara terperinci dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
“Ini bagi memastikan syarikat-syarikat yang akan dilantik mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi serta lain-lain perundangan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Ismail Sabri, mesyuarat semalam juga bersetuju supaya Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 yang diluluskan Jabatan Peguam Negara pada 3 Dis 2020 dan Jemaah Menteri pada 6 Jan lepas dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama tahun depan.

Beliau menjelaskan dalam konteks itu, RUU tersebut hanya terpakai di negeri-negeri setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Enakmen Perhutanan (Pemakaian) masing-masing.

Pada masa sama, perdana menteri berkata, MTN itu juga mengesahkan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Pertama yang dipengerusikan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 16 Feb lepas.

“Keputusan-keputusan dalam mesyuarat itu perlu dibawa untuk persetujuan dan pengesahan MTN bagi membolehkan ia dipersetujui dan disahkan khususnya yang melibatkan aspek perundangan seperti Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara serta enakmen berkaitan di peringkat negeri,” katanya.
Mengenai mesyuarat semalam, Ismail Sabri berkata MTN dianggotai 10 wakil Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Menteri-Menteri Kanan serta menteri-menteri Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri atau wakil.
Beliau berkata, ia diadakan selaras dengan Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan iaitu membentuk dari semasa ke semasa, melalui rundingan dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara, suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain dan untuk mentadbirkan apa-apa undang-undang mengenainya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kerajaan-negeri-laksana-penguatkuasaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negeri Kekal Hutan Simpan Dapat Pampasan Ismail

Negeri Kekal Hutan Simpan Dapat Pampasan Ismail

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 269 hits
BERA Kerajaan bersetuju memberi pampasan kepada negeri yang mengekalkan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air dan melindungi daripada sebarang kegiatan pembalakan haram Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan melalui kemente...
Isu Penerokaan Haram Kerajaan Selangor Selesaikan Masalah Hampir 40 Tahun Dalam 7 Bulan

Isu Penerokaan Haram Kerajaan Selangor Selesaikan Masalah Hampir 40 Tahun Dalam 7 Bulan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 249 hits
Masalah penerokaan tanah kerajaan secara haram selama 40 tahun oleh penduduk di Bestari Jaya telah diselesaikan dalam tempoh 7 bulan oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari Menurut Amirudin isu Ladang Tennamaram ya...
Seramai 11 Adun Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Hari Ini

Seramai 11 Adun Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 226 hits
MELAKA Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka har...
Kedaifan Stadium Shah Alam Mebyedihkan Kerajaan Negeri Digesa Naik Taraf Segera

Kedaifan Stadium Shah Alam Mebyedihkan Kerajaan Negeri Digesa Naik Taraf Segera

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 201 hits
Kedaifan Stadium Shah Alam mebyedihkan kerajaan negeri digesa naik taraf segera Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Rizam Ismail mendesak kerajaan negeri segera menaik taraf Stadium Shah Alam yang disifatkan terlalu daif dan me...
Hubungan Baik Kerajaan Pusat Negeri Penting Untuk Kelangsungan Projek Rakyat Pm

Hubungan Baik Kerajaan Pusat Negeri Penting Untuk Kelangsungan Projek Rakyat Pm

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 218 hits
Hubungan Baik Kerajaan Pusat Negeri Penting Untuk Kelangsungan Projek Rakyat PM SERIAN Perubahan sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri akan memberi kesan besar kepada agenda pembangunan Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Merekodkan Sebanyak 68 Kes Pelbagai Kesalahan Hutan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Merekodkan Sebanyak 68 Kes Pelbagai Kesalahan Hutan

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merekodkan sebanyak 68 kes pelbagai kesalahan melibatkan hutan bermula Januari hingga 15 November tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata daripada jumlah itu sebanyak 5...
Mb Adun Tras Perang Mulut Isu Penebangan Musang King Di Hutan Simpan Batu Talam

Mb Adun Tras Perang Mulut Isu Penebangan Musang King Di Hutan Simpan Batu Talam

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 250 hits
KUANTAN Isu penebangan 15 000 pokok durian musang king yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Batu Talam Raub mencetuskan perbalahan di antara Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tras Chow Yu Hui ...
Kerajaan Laksana Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Kawal Kenaikan Harga Barangan

Kerajaan Laksana Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Kawal Kenaikan Harga Barangan

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 377 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanyakan sesuatu kepada peniaga sayur sayuran ketika mengadakan tinjauan harga barang di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN akan melaksanakan Skim Harga Maksimu...
Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 286 hits
MELAKA UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan Melaka Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Baris...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan