Kerajaan Muhyiddin







1. Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin.

2. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.

3. Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

4. Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional. Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi.

5. Sepatutnya Muhyiddin dapat persetujuan Parti Bersatu sebelum dia sertai Perikatan Nasional. Tidak ada rekod yang dia dapat persetujuan Mesyuarat Agong Bersatu atau sekurang-kurangnya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Tiba-tiba dia isytihar dia menyertai Perikatan Nasional.

6. Berkenaan dengan keluar dari Pakatan Harapan pun belum diputus secara muktamad. Sebelum Pakatan Harapan dijatuh, Muhyiddin telah adakan majlis makan malam di Sheraton dengan PAS dan UMNO.

7. Apabila saya sebagai Pengerusi Bersatu tidak bersetuju dengan tindakannya menubuh Kerajaannya, dia cuba adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang sepatutnya dipengerusi oleh saya sebagai Pengerusi parti.

8. Tiba-tiba Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Pengerusi Bersatu. Perisytiharan ini tidak mengikut perlembagaan sama sekali. Dia bukan Pengerusi atau memegang jawatan Pengerusi yang sah.

9. Untuk mengada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi setiausaha kerja mengeluar notis. Sepatutnya Setiausaha Agung (SUA) yang mengeluar notis selepas mendapat arahan dari saya sebagai Pengerusi.

10. Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ini Pengerusi dan Timbalan Presiden tidak dijemput. Oleh itu mesyuarat terpaksa dibatal.

11. Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 4 Jun 2020, Muhyiddin lucut keahlian Pengerusi, Timbalan Presiden dan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang tidak menyokongnya. Dia tidak berkuasa membuat demikian. Sebaliknya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dilantik yang menyokongnya. Perbuatan ini salah dari segi perlembagaan Bersatu. Oleh itu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak sah.

12. Ketua-ketua Bahagian yang tidak menerima tawaran jawatan olehnya dipecat. Ini juga salah.

13. Kemudian dilantik pengganti dari kalangan ketua-ketua dengan tawaran-tawaran tertentu dan janji untuk memberi duit Kerajaan untuk bantu rakyat melalui pengganti ini. Ini juga salah.

14. Untuk Jemaah Menteri ramai dilantik jika terima tawaran darinya supaya sokong. Calon ditanya “apa hendak” dan lantikan dibuat. Jika tidak ada jawatan, cipta jawatan.

15. Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah.

16. Inilah cara Muhyiddin. Perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang tidak diendah sama sekali. Tak hairanlah dia sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kerajaan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 333 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 1 Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin 2 Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional 3 Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud Tidak pernah diadakan aca...
Kerajaan Benar Rentas Negeri Mulai Rabu Muhyiddin Yassin

Kerajaan Benar Rentas Negeri Mulai Rabu Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 397 hits
Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai Rabu ini kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan umum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pem...
Inilah Cara Kerajaan Muhyiddin Mustahil Mahathir Tidak Tahu

Inilah Cara Kerajaan Muhyiddin Mustahil Mahathir Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 553 hits
Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini Tidak ...
Persidangan Belanjawan Penentu Hidup Mati Kerajaan Muhyiddin

Persidangan Belanjawan Penentu Hidup Mati Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 308 hits
Sebagai Ketua Majlis Mesyuarat Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh bertindak mengubah tarikh mesyuarat menurut perintah 11 Peraturan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Sebagaimana pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas...
Tun M Panggil Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Muhyiddin

Tun M Panggil Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 389 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai kerajaan Muhyiddin Menurut Dr Mahathir beliau terpaksa berbuat demikian kerana parti Perik...
Pkr Veep From Sarawak Quits Party Pledges Loyalty To Muhyiddin Gps

Pkr Veep From Sarawak Quits Party Pledges Loyalty To Muhyiddin Gps

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 382 hits
A PKR vice president from Sarawak has quit the party to become an independent and has pledged his support for the Perikatan Nasional federal government and the state government led by Gabungan Parti Sarawak Jugah Muyang who is the MP for Lu...
Muhyiddin Pkpp Rentas Negeri Di Benarkan Mulai Hari Rabu Ini

Muhyiddin Pkpp Rentas Negeri Di Benarkan Mulai Hari Rabu Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 582 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini PKPP antara lain membenarkan pergeraka...
Undi Percaya Dymm Agong Terhadap Pm Muhyiddin Yassin

Undi Percaya Dymm Agong Terhadap Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 369 hits
Hari ini DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengeluarkan kenyataan media menyokong usaha dan tindakan kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine