Kerajaan Konsisten Jelaskan Hutang Negara Tengku Zafrul



HARAKAH DAILY  KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa konsisten sama ada di Parlimen ataupun kepada pihak media semasa menerangkan hutang negara bahawa ia merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, kerajaan juga sentiasa telus mengenai hal ini dalam Laporan Tinjauan Fiskal.

“Terdapat banyak persoalan mengenai hutang negara baru-baru ini, termasuk bagaimana ia didefinisikan serta bagaimana ia telah bertambah dan sama ada terdapat keperluan untuk meningkatkan had hutang negara memandangkan kerajaan telah melancarkan pelbagai pakej rangsangan tahun lepas.

“Hutang Kerajaan Persekutuan merangkumi segala jenis hutang sama ada dalam atau luar negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tengku Zafrul menegaskan had setiap jenis hutang di bawah lunas undang-undang masih dipatuhi bagi memastikan disiplin dalam pengurusan fiskal negara.
Menurutnya, langkah-langkah ini telah dijelaskan dan diterima oleh agensi-agensi penilaian Antarabangsa dan para penganalisis.
Menjelas lanjut, beliau berkata, hutang dalam negara tertakluk kepada Akta Pinjaman (Tempatan) 1959, Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946. Akta-akta ini meliputi MGS, MGII dan MITB serta Bil-bil Perbendaharaan (MTB).
Di luar akta ini, hutang dalam negara turut melibatkan Sukuk Perumahan Kerajaan kerana sebelum 2016, pinjaman perumahan awam masih dianggap sebagai hutang negara, lebih kurang 3 peratus daripada keseluruhan hutang kerajaan.
Sejak 2016, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menguruskan urusan membiayai pinjaman perumahan bagi penjawat awam.
Sementara itu, hutang luar negara atau pinjaman pesisir luar adalah untuk projek seperti pinjaman daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) atau Bank Pembangunan Islam (IDB) dan pinjaman pasaran (seperti sukuk global atau Bon Samurai).
Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 turut menetapkan had sebanyak RM35 bilion sahaja dan had ini sentiasa dipatuhi.
Tengku Zafrul berkata apabila Kementerian Kewangan melaporkan hutang negara adalah sebanyak RM820.7 bilion atau 58.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) setakat hujung 2020, dan menjangkakan hutang akan mencecah 58.8 peratus pada 2021, ia adalah merujuk kepada MGS, MGII dan MITB (seperti yang ditakrif dan diperuntukkan di bawah Akta Covid-19).
Apabila mengambil kira pinjaman pesisir luar dan pinjaman-pinjaman lain, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM879.6 bilion atau 62.2 peratus daripada KDNK.
“Sebelum COVID-19, had hutang kendiri sebanyak 55 peratus telah diguna pakai bagi hutang domestik dan luar negara. Tetapi, apabila negara dilanda COVID-19, dasar fiskal yang lebih fleksibel diperlukan untuk menyelamatkan nyawa dan kelangsungan hidup.
“Oleh yang demikian, had bagi MGS, MGII dan MITB telah diubah kepada 60 peratus dan diluluskan di Parlimen melalui Rang Undang-undang (RUU) Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit virus Corona 2019 (COVID-19) 2020,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, Akta ini diluluskan dengan sokongan hampir semua Ahli Parlimen pada masa itu. Ini telah membolehkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan secara langsung kepada golongan B40 dan PKS Mikro, menyelamatkan pekerjaan melalui subsidi upah dan menyokong perniagaan-perniagaan untuk terus beroperasi.
Pada masa yang sama, siling hutang yang lebih tinggi turut membenarkan kerajaan untuk sentiasa bersedia terutama sekali di dalam memberi bantuan tambahan kepada rakyat yang masih terkesan. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/kerajaan-konsisten-jelaskan-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutang Negara Belum Lebih Had Statutori Kata Tengku Zafrul

Hutang Negara Belum Lebih Had Statutori Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 251 hits
PETALING JAYA Hutang negara dijangka hanya mencapai 58 5 daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini kata menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika menjawab kritikan berhubung hutang negara Katanya instrumen pinjaman lain mempunyai had ...
Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 301 hits
Sumbangan Korea Utara terhadap ekonomi Malaysia kecil menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ARAU Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara ini kata Menteri Kewa...
Bagaimana Kerajaan Tangani Masalah Air Negara

Bagaimana Kerajaan Tangani Masalah Air Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 899 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Gangguan bekalan air sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat susulan pelbagai isu yang timbul khususnya berkaitan pencemaran sejak beberapa tahun lepas Mana tidaknya pencemaran air yang bol...
Dr Mahathir Sindir Kerajaan Muhyiddin Tadbir Negara

Dr Mahathir Sindir Kerajaan Muhyiddin Tadbir Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 347 hits
Dr Mahathir sindir kerajaan Muhyiddin tadbir negara Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Mar 2021 7 20PM
Ketiadaan Hadi Dikaitkan Dengan Visa Dan Berkaitan Dengan Pengganas Kerajaan Perlu Jelaskan

Ketiadaan Hadi Dikaitkan Dengan Visa Dan Berkaitan Dengan Pengganas Kerajaan Perlu Jelaskan

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 217 hits
Ketiadaan Hadi dalam rombongan PM ke UAE Arab Saudi timbulkan tanda tanya March 19 2021Pemimpin Amanah Khalid Samad berkata sebagai duta khas ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang sepatutnya berada di barisan hadapan dalam rombongan perdana ment...
Kerajaan Digesa Wujudkan Rci Siasat Bekas Peguam Negara

Kerajaan Digesa Wujudkan Rci Siasat Bekas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 272 hits
Cerita Tommy Thomas jangan disenyapkan BANGI Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas Beliau berkata banyak alas...
Waktu Operasi Bazar Ramadan Amp Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

Waktu Operasi Bazar Ramadan Amp Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 268 hits
Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan mengenai kebenaran operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri telah melegakan seluruh rakyat Malaysia kerana dapat merasai kemeriahan Ramadan walaupun sedang menghadapi pandemik Covid 19 Suasana sam...
Negara Asia Tergapai Gapai Cari Sumber Alternatif Bekalan Vaksin Covid 19

Negara Asia Tergapai Gapai Cari Sumber Alternatif Bekalan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 282 hits
SEOUL MANILA Beberapa negara Asia hari ini berebut rebut mencari sumber sumber alternatif bagi vaksin COVID 19 menyusuli sekatan eksport yang dikenakan oleh pengeluar India Ini menyebabkan program pengongsian vaksin yang disokong oleh Pertu...
Pkr Undang Undang Persaingan Di Negara Ini Perlu Di Kaji Semula Hentikan Monopoli Grab

Pkr Undang Undang Persaingan Di Negara Ini Perlu Di Kaji Semula Hentikan Monopoli Grab

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 219 hits
PETALING JAYA Undang undang persaingan di negara ini perlu dikaji semula berdasarkan amalan monopoli oleh syarikat seperti Grab kata dua anggota parlimen PKR selain menyarankan agar syarikat pemula niaga bernilai berbilion dolar itu harus d...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse