Kerajaan Kleptokrasi Bebankan Rakyat Dengan Tarif Elektrik


Datuk A Kadir Jasin mendakwa empat hingga enam lesen baru lesen konsesi penjana elektrik bebas (IPP) mungkin dibatalkan kerana membebankan TNB dan rakyat sebagai pengguna. – Foto SelangorKini
oleh A Kadir Jasin
DASAR “cash is king” kerajaan lama Barisan Nasional (BN) menular secara sistematik dan berleluasa sehingga boleh dikatakan tidak ada institusi yang tidak diperalatkan.
Penyiasatan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dengan bantuan Majlis Penasihat Ekonomi (Council of Emiment Persons/CEP) mendapati sistem pemberian kontrak dan konsesi zaman kleptokrasi (kerajaan yang mencuri) merugikan negara dan membebankan rakyat jelata.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengamalkan dasar “duit adalah raja” dengan harapan mendapat taat setia dan sokongan semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian.
Antara badan yang teruk dibebani oleh amalan ini adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini berkesudahan dengan kerajaan membatalkan beberapa lesen konsesi penjana elektrik bebas (IPP) yang dikeluarkan pada beliau.
Pemberian tidak terkawal lesen IPP ini menyebabkan TNB dibebani kos operasi tambahan apabila terpaksa (atau dipaksa) membeli elektrik yang tidak diperlukan yang dijana oleh IPP.
TNB pula akan memindahkan beban kos itu kepada pengguna dalam bentuk tarif elektrik yang lebih mahal.
Dalam bahasa yang mudah, pengguna dipaksa membayar tarif yang lebih tinggi daripada sepatutnya supaya pemegang konsesi IPP mendapat keuntungan terjamin selama sehingga 25 tahun.
Walaupun penjanaan menggunakan sistem IPP telah membantu menjamin bekalan yang stabil, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak lesen IPP dikeluarkan.
Boleh dikatakan semua lesen baru ini diputuskan secara rundingan terus dan kebanyakan penerimanya adalah orang yang tidak pernah terlibat dengan penjanaan elektrik atau yang sepatutnya tidak terbabit dengan perniagaan.
Akibatnya TNB, sebagai pembeli tunggal elektrik yang dijana oleh IPP di Semenanjung, mempunyai bekalan yang tidak diperlukan yang jauh lebih tinggi daripada margin rizab (reserve margin) 30 peratus yang diperlukan.
Margin rizab ini diperlukan untuk menghadapi kemungkinan seperti permintaan yang naik secara mendadak atau apabila berlaku penutupan penjana kerana kecemasan atau untuk penyelenggaraan.
Pada 25 Oktober lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengumumkan pembatalan empat lesen IPP atas alasan gagal mematuhi syarat.
Empat lesen IPP yang dibatalkan itu adalah:
1.Usaha sama Malakoff Corp Bhd-TNB di Kapar, Selangor dengan daya penjanaan 700MW menggunakan gas;
2.Aman Majestic Sdn Bhd-TNB di Paka, Terengganu dengan keupayaan 1,400MW menggunakan gas;
3.Penjana hidro usaha sama Sabah Development Energy (Sandakan) Sdn Bhd – SM Hydro Energy Sdn Bhd di Sandakan, Sabah; dan
4.Penjanaan tenaga solar 400MW oleh Edra Power Holdings Sdn Bhd milik China. Edra ini asalnya milik 1MDB, tetapi dijual kepada China untuk bayar balik sebahagian hutang 1MDB.
Sumber-sumber memberitahu dua buah lagi projek sedang dipertimbangkan pembatalannya, iaitu Tadamax di Pulau Indah, Selangor dengan cadangan kapasiti 1,400MW dan THB Power Sdn Bhd dengan cadangan kapasiti 1,400MW juga di Gurun, Kedah.
Tanpa penjana-penjana ini pun, bekalan elektrik yang terpaksa dibeli oleh TNB dalam jangka pendek akan melebihi rizab yang ditetapkan.
Misalnya, apabila IPP Tuah milik Edra di Melaka mula beroperasi pada tahun 2021, rizab TNB akan melambung kepada 46 peratus dan jika pembinaan IPP yang sudah dilesenkan itu diteruskan, lebihan akan meningkat kepada hampir 50 peratus pada tahun 2024.
Dalam bahasa yang mudah, pengguna dijadikan mangsa dengan kadar tarif elektrik yang lebih tinggi daripada sepatutnya semata-mata bagi memperkayakan beberapa orang kenamaan dan kapitalis.
Identiti mereka bukanlah rahsia tetapi saya tidak akan dedahkannya kerana projek mereka telah pun dibatalkan dan mungkin mencetuskan satu lagi kontroversi jika dihebahkan.
Ironinya, lembaga pengarah dan pengurusan kanan TNB yang membuat keputusan merugikan itu masih belum diganti walaupun ada khabar mengatakan mereka akan ditukar tidak lama lagi.
Mereka ini wajib mengambil tanggungjawab atas keputusan yang mereka buat tidak kiralah sama ada mereka melakukannya secara bebas atau kerana wahyu daripada kerajaan lama.
Kesimpulannya, kalau BN terus berkuasa dan penjanaan elektrik yang berlebihan ini diteruskan maka TNB akan dibebani bekalan berlebihan dan pengguna dipaksa membayar kadar tarif yang lebih tinggi.
Tekanan harga elektrik tetap ada kerana kos penjanaan akan naik jika harga gas dan arang batu naik. Tetapi setidak-tidaknya buat masa ini tekanan harga kerana bekalan yang berlebihan sedang dikurangkan dengan pembatalan empat hingga enam IPP berkenaan.
Sementara itu, dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan penambahan subsidi elektrik kepada pengguna kecil daripada RM20 sebulan kepada RM40.
Wallahuaklam.
*Datuk A Kadir Jasin adalah bekas ketua unit media Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan dan merupakan pemimpin tertinggi parti BERSATU.
KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid
KLIK BACA: Rosmah, Rizal Mansor dituduh kes seleweng dana projek solar RM1.5 bilion
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil
KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…
DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1
KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Kerajaan kleptokrasi bebankan rakyat dengan tarif elektrik appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190219/kerajaan-kleptokrasi-bebankan-rakyat-dengan-tarif-elektrik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 361 hits
Buat pertama kalinya Kerajaan Pakatan membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Menteri Kewangan LIM GUAN ENG didalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ringgit Menteri K...
Wakil Rakyat Ph Gesa Kerajaan Selesai Masalah Ptptn Segera

Wakil Rakyat Ph Gesa Kerajaan Selesai Masalah Ptptn Segera

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 350 hits
Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan menggesa kerajaan mencari penyelesaian berkaitan cara pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Hassan Abdul Karim berkata ramai pelajar dan anak muda merasakan tertipu keran...
Yb Ph Kritik Bajet Sahkan Anak Muda Tertipu Kerajaan Menipu Rakyat

Yb Ph Kritik Bajet Sahkan Anak Muda Tertipu Kerajaan Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 437 hits
KUALA LUMPUR Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan menggesa kerajaan mencari penyelesaian berkaitan cara pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Hassan Abdul Karim berkata ramai pelajar dan anak muda merasakan ...
Wakil Rakyat Pkr Persoal Kerajaan Sapu Rm30 Bilion Wang Petronas

Wakil Rakyat Pkr Persoal Kerajaan Sapu Rm30 Bilion Wang Petronas

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 365 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR hari ini mempersoalkan rasional menggunakan 36 rizab tunai Petronas untuk dividen khas RM30 bilion Wong Chen berkata rizab tunai Petronas setakat tahun lalu di paras RM128 bilion dan keuntungan selepas cukai RM46 b...
Wakil Rakyat Pkr Terkejut Kerajaan Potong Subsidi Baja Pesawah

Wakil Rakyat Pkr Terkejut Kerajaan Potong Subsidi Baja Pesawah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 418 hits
November 12 2018 7 21 PMKUALA LUMPUR Datuk Johari Abdul terkejut kerajaan memotong subsidi baja untuk pesawah sehingga 50 dalam Belanjawan 2019 mengatakan pengurangan itu bakal memberi tekanan amat ketara kepada golongan itu Menurut beliau ...
Najib Selain Minta Rakyat Berkorban Esok Kerajaan Juga Akan Tuding Jari Pada Saya

Najib Selain Minta Rakyat Berkorban Esok Kerajaan Juga Akan Tuding Jari Pada Saya

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 346 hits
Suara Tanpa Sempadan SHAH ALAM Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjangkakan beliau akan menjadi sasaran sewaktu pembentangan Bajet 2019 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok Kata Najib kerajaan Pakatan Harapan pimp...
Kerajaan Ph Minta Maaf Pun Peminjam Ptptn Rakyat Tetap Kena Tipu

Kerajaan Ph Minta Maaf Pun Peminjam Ptptn Rakyat Tetap Kena Tipu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 287 hits
By Shamsul Anuar NasarahKUALA LUMPUR Sangat mudah kerajaan Pakatan Harapan memerintah jika janji gagal dilaksanakan boleh minta maaf atau sekurang kurangnya menuding jari salahkan Barisan Nasional Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri S...
Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah

Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 339 hits
Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah
Bn Harus Bekerja Dari Sekarang Kerana Rakyat Sudah Muak Dengan Janji Kerajaan Ph

Bn Harus Bekerja Dari Sekarang Kerana Rakyat Sudah Muak Dengan Janji Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 308 hits
BUTTERWORTH 4 Nov 8211 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional harus bekerja dari sekarang kerana rakyat sudah muak dan benci serta sedar sudah ditipu dengan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan 8220 8
Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Ceo Intel Warga Malaysia

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Luahan Terbaik Seorang Pelukis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penjawat Awam Terima Habuan Hingga Rm15 000 Bagi Setiap Sijil Kelahiran

Sebuah Realiti Gelap Dalam Keluarga

Adik Masak Ayam Gepuk

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Macau888 15 Slot168 Macau888 Top 95 By Claire Faro168 Co 28 25