Kerajaan Kaji Kemungkinan Haramkan Roblox Umi Nancy Shukri


Kerajaan Kaji Kemungkinan Haramkan Roblox, UMI – Nancy Shukri
KUCHING, 1 November (Bernama) — Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk mengharamkan aplikasi permainan dalam talian popular Roblox dan UMI, susulan kebimbangan mengenai keselamatan dan kandungan yang mempengaruhi golongan muda.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan, dengan keputusan muktamad akan mengambil kira langkah bakal diambil oleh Australia yang merancang melaksanakan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini.
“Kita masih menunggu dan melihat bagaimana Australia melaksanakan peraturan itu. Mereka sedang merancang, tetapi belum dilaksanakan.
“Malaysia akan menilai sama ada pendekatan itu sesuai dengan keadaan dan budaya tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun dengan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat pada Isnin lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad pada satu sidang media tiga hari lepas dilaporkan berkata motif masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainkan terganggu dan semua ‘point’ dikumpulnya hilang.
Sementara itu, kerajaan Australia sedang meneliti sekatan penggunaan Roblox bagi pengguna berusia 16 tahun ke bawah, atas kebimbangan bahawa platform tersebut boleh memberi pengaruh negatif serta dikaitkan dengan beberapa insiden yang mencetuskan perhatian masyarakat antarabangsa.
Menurut Nancy, pelaksanaan dasar di Australia akan dipantau terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan rasmi mengenai aplikasi tersebut.
“Memang benar, perkembangan teknologi seperti ini ada pengaruhnya terhadap kes-kes yang berlaku. Sebab itu kita perlu berhati-hati dan belajar daripada negara lain sebelum membuat keputusan,” katanya.
Sumber: Bernama
BACA: Kebakaran Hutan Di Salak Tinggi Berjaya Dipadamkan Selepas 13 Jam
BACA: Pemilik, Pemandu Kenderaan Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP – JPJ
BACA: Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka
The post Kerajaan Kaji Kemungkinan Haramkan Roblox, UMI – Nancy Shukri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/01/kerajaan-kaji-kemungkinan-haramkan-roblox-umi-nancy-shukri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 183 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang akan terus memperketat pemantauan aktiviti ladang haram meskipun semua kawasan hutan yang diceroboh untuk penanaman durian secara haram telah dibersihkan sepenuhnya Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wa...
Gelar Kerajaan Membohong Pdrm Diminta Ambil Tindakan Terhadap Anggota Trafik

Gelar Kerajaan Membohong Pdrm Diminta Ambil Tindakan Terhadap Anggota Trafik

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 136 hits
HarapandailyOrang ramai dilihat mendesak Polis Diraja Malaysia agar mengenakan tindakan tatatertib terhadap seorang anggota trafik yang menganggap kerajaan membohong dalam pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 Menerusi klip video tular pe...
Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 203 hits
LIPIS Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aspek tersebut juga menjadi asas kepada p...
Wan Fayhsal Dakwa Muhyiddin Tak Bincang Dengan Mt Pn Tolak Kerajaan Perpaduan

Wan Fayhsal Dakwa Muhyiddin Tak Bincang Dengan Mt Pn Tolak Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 103 hits
Ahli Parlimen Machang dakwa keputusan segera dibuat pengerusi PN di hadapan Agong ke 16 selepas dipanggil menghadap di Istana Negara pada 22 Nov 2022 Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berpandangan Perikatan Nasional sepatutnya mengambil mas...
Penyeludupan Kerajaan Pusat Lulus Rm1 5 Bilion Bina Tembok Sempadan

Penyeludupan Kerajaan Pusat Lulus Rm1 5 Bilion Bina Tembok Sempadan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 105 hits
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara baru baru ini KOTA BHARU 21 Okt Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM1 5 bilion bagi pembinaan tembok sempadan di Kelantan T...
Ahli Parlimen Kepong Mahu Kerajaan Menyiasat Dan Menahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Ahli Parlimen Kepong Mahu Kerajaan Menyiasat Dan Menahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 188 hits
Arahkan polis siasat tahan Pengkalan ChepaK PRAGALATHLim Lip Eng mahu kerajaan menyiasat dan menahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary kerana memberi gambaran bahawa masyarakat bukan Melayu bukan Islam mempunyai agenda terselindung terhadap masyara...
Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial Pm Anwar

Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 114 hits
Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial PM Anwar KUALA LUMPUR 21 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasara...
Letupan Putra Heights Buatan Manusia Boleh Cegah Penduduk Saman Kerajaan

Letupan Putra Heights Buatan Manusia Boleh Cegah Penduduk Saman Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 125 hits
Malaysiakini nbsp Seramai 36 penduduk Putra Heights telah memfailkan tindakan undang undang berhubung letupan paip gas pada 1 April lalu yang memusnahkan banyak kediaman dan mencederakan ratusan orang Dalam kenyataan hari ini Jawatankuasa P...
Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 138 hits
Roblox merupakan permainan yang popular dalam kalangan kanak kanak di Malaysia Satu kes terkini menggemparkan negara apabila seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut B...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apam Kampung

Fam Menerajui Kejohanan Futsal B 19 Kebangsaan Memupuk Bakat Muda Negara

Melangkah Ke Keagungan Royal Di Ch Teau De Fontainebleau

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As