Kerajaan Kaji Beri Dos Kedua Astrazeneca Awal



Kerajaan kaji beri dos kedua AstraZeneca awal
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata pada masa ini, tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca adalah 12 minggu atau tiga bulan.
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji sama ada tempoh masa pemberian dos kedua vaksin AstraZeneca boleh dipendekkan dari 12 minggu kepada enam minggu, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Beliau berkata, ia bergantung kepada laporan pakar terhadap situasi Covid-19 negara sama ada penerima memerlukan kesan maksimum perlindungan daripada dos kedua dengan lebih cepat.
“Kita masih perlu melakukan aktiviti penjujukan genom yang berterusan untuk mengesan jika wujud varian baru Covid-19 lebih ganas yang akan mengganggu keberkesanan vaksin AstraZeneca.
Keputusan akan dibuat oleh JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin) jika tempoh dos kedua perlu diberi dalam masa lebih cepat (enam minggu selepas dos pertama),” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Pada masa ini, tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca adalah 12 minggu atau tiga bulan.
Sementara itu, katanya kerajaan akan mengkaji laporan pakar kesihatan negara dan pihak berkuasa kesihatan Australia berikutan negara itu menghentikan penggunaan AstraZeneca kepada rakyat 60 tahun ke bawah susulan terdapat kebimbangan vaksin itu ada kaitan dengan kejadian darah beku untuk golongan tersebut.
Adham berkata, ia terutamanya bagi bekalan AstraZeneca dikeluarkan oleh pembekal dari Thailand yang akan tiba pada Julai ini.
“Pakar-pakar kita akan membuat penilaian kembali sama ada AstraZeneca kali ini sesuai diberikan kepada 60 tahun ke bawah,” katanya.
Malaysia sebelum ini membuat perolehan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca melalui dua kaedah iaitu secara terus dengan pengeluar dan melalui fasiliti COVAX.
Adham berkata, setakat ini menurut data secara keseluruhan vaksin AstraZeneca tidak melaporkan sebarang kemudaratan teruk terhadap penerima di negara ini.
Pemberian dos pertama
Mengulas mengenai “1st dose strategy” (mengutamakan pemberian dos pertama) dalam pemberian vaksin, Adham berkata buat masa ini kerajaan tidak akan melaksanakannya kerana bekalan vaksin yang ditempah adalah mencukupi untuk penduduk negara ini.
Menerusi strategi itu suntikan dos pertama vaksin Covid-19 diberikan kepada lebih ramai orang dengan melanjutkan tempoh pemberian dos kedua. Strategi berkenaan telah dilaksanakan oleh negara-negara seperti United Kingdom dan Jerman.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan menjalankan kaedah “suntik dahulu, daftar kemudian” bagi golongan yang sukar mendapat akses pendaftaran vaksinasi, terutamanya mereka di kawasan pedalaman.
Adham berkata, ia dengan mengaktifkan “mobile team” melibatkan kerjasama pelbagai kementerian bagi menjejaki golongan sasaran yang sepatutnya menerima vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
“Pada fasa dua kita sasarkan untuk suntik 9.4 juta penerima, tetapi hingga kita dapati hanya 4.4 juta sahaja yang telah berdaftar dengan MySejahtera, jadi kita sedang sedaya upaya untuk mengerah pasukan untuk kita capai semua penerima ini, baru kita boleh teruskan dengan fasa ketiga,” katanya.
Fasa kedua program imunisasi itu bermula April lepas yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpenyakit kronik.
Adham berkata, rakyat yang telah divaksinasi perlu kekal melakukan tindakan kesihatan awam kendiri agar risiko penularan jangkitan dapat dibendung dengan berkesan.
“Masih ada kebarangkalian untuk individu yang telah diberikan vaksin mendapat jangkitan Covid-19 kerana kita masih terdedah kepada risiko jangkitan virus tersebut memandangkan ia telah berada dalam komuniti. Norma baharu seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, menjaga jarak fizikal dan elak daripada mengunjungi tempat sesak serta elak daripada bersentuhan perlu terus diamalkan,” katanya.
Katanya, vaksinasi Covid-19 berfungsi melindungi penerima daripada mendapat jangkitan lebih teruk, justeru kerajaan melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan apa-apa sahaja vaksin digunakan telah dipastikan ia selamat, berkesan dan berkualiti tinggi.
Mengulas mengenai pemberian vaksin kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun, KKM kini sedang merangka strategi bagi memvaksin golongan tersebut yang berjumlah 3.5 juta.
Terdahulu, kerajaan meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty buatan Pfizer-BioNTech bagi golongan berusia 12 tahun dan ke atas. FMT
Kerajaan kaji beri dos kedua AstraZeneca awal
Artikel Menarik :
Restoren perlu surat kebenaran MITI ke? DAP kebulur nak elaun Parlimen Hibrib ke? Syed Saddiq mengeluh terpaksa guna duit sendiri Restoren daun pisang lakukan penderaan seks Resepi Kuih Lompat Tikam Resepi Udang Masak Merah Madu Layari Laman Facebook MYKMU
Durian have become rich man’s delicacy

The post Kerajaan kaji beri dos kedua AstraZeneca awal appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/06/20/kerajaan-kaji-beri-dos-kedua-astrazeneca-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Melayu Awal Di Alam Melayu

Kerajaan Melayu Awal Di Alam Melayu

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 729 hits
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera SEJARAH TAHUN 4 UNIT 7 KERAJAAN MELAYU AWAL TAJUK KERAJAAN MELAYU AWAL DI ALAM MELAYU Standard Kandungan4 1 Kerajaan Melayu Awal Standard Pembelajaran4 1 1 Menamakan Kerajaan Melayu Awal di Alam Melay...
Kerajaan Cukup Faham Denyut Nadi Rakyat Sedang Kaji Bantuan Tambahan Kata Tok Pa

Kerajaan Cukup Faham Denyut Nadi Rakyat Sedang Kaji Bantuan Tambahan Kata Tok Pa

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 211 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed berkata bantuan untuk rakyat masih ada kerana tidak semua peruntukan diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah bagaima...
Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin Astrazeneca

Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 472 hits
Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca Assalammualaikum semua Pada 13 June 2021 tibalah masa yang Ruby nantikan iaitu untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin World Trade Putra Kuala Lumpur Ruby akan menerima suntikan dos pertama vaks...
Selesai Proses Suntikan Vaksin Covid 19 Dos Kedua

Selesai Proses Suntikan Vaksin Covid 19 Dos Kedua

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera suntikan kedua ini sangat penting untuk mendapatkan imunisasi yang lengkap dan diperlukan agar vaksin tersebut dapat memberi kesan yang memberangsangkan di dalam tubuh badan untuk melawan virus virus Alha...
Saya Sudah Lengkap Dos Kedua Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer

Saya Sudah Lengkap Dos Kedua Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 414 hits
Saya Sudah Lengkap Dos Kedua Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer Hai Assalamualaikum Thanks korang sebab sudi baca entri ni Tujuan busyra tulis adalah untuk berkongsi pengalaman buat semua orang yang belum mendapatkan vaksin Mungkin ada yang dah...
Kerajaan Perlu Sediakan Latihan Skil Ibu Bapa Sebagai Guru Kedua

Kerajaan Perlu Sediakan Latihan Skil Ibu Bapa Sebagai Guru Kedua

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 321 hits
Kerajaan perlu merangka pelan jangka pendek yang mampu menambahkan ilmu ibu bapa untuk menjadi pembimbing atau guru kedua kepada pelajar pelajar yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Menurut kenyataan Jawatankuasa Pend...
Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 277 hits
Kerajaan akan mengkaji usaha pemberian vaksin secara automatik seperti dicadangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata ini termasuk mengambil kira soal ...
Vaksin Covid 19 Mama S Dos Kedua Journey

Vaksin Covid 19 Mama S Dos Kedua Journey

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 332 hits
Vaksin COVID 19 Mama s Dos Kedua Journey Alhamdulillah Dah selesai kedua dua dos Ambil tadi di Dewan Muafakat Taman Adda OK lah hari ni berbanding dos pertama itu hari Terima kasih pada semua yang melancarkan urusan Yang best Masa terbaeekk...
Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Individu Lengkap Dos Vaksin Covid 19

Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Individu Lengkap Dos Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh Rentas negeri merupakan antara beberapa kelonggaran yang sedang diperhalusi kerajaan terhadap mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid 19 GAMBAR Abd Razak Aid KEBENARAN merentas negeri merupakan antara beberapa kelonggaran yang ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid