Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin Astrazeneca



Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca. | Assalammualaikum semua! Pada 13 June 2021, tibalah masa yang Ruby nantikan iaitu untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Putra Kuala Lumpur (WTCKL). Ruby akan menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca. Sejak dapat tarikh dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), https://www.ruby.my/2021/06/pengalaman-daftar-vaksinasi-astrazeneca.html. Ruby resah, gelisah dan berdebar. Hahaha. Sebab Ruby takut jarum! Serius takut. Tapi, ku gagahkan diri. Plan asal nak ke WTCKL dengan suami. Tapi perancangan Allah s.w.t lagi manis. Ruby pergi naik Grab aje. Pada jam 11AM dah dapat Grab. Bertolak dan dalam perjalanan relax aje. Trafik pun bagus. Cuma, uncle Grab tak tahu nak turunkan Ruby di mana. Dia terus turunkan dekat Queues Starts Here tu. Hahahhaa.  
Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca.
Pengalaman ini Ruby tulis dan simpan sebagai kenangan. Kita semua adalah memori di dalam perjuangan memutuskan penularan wabak COVID-19. Jadi, kita lakukan apa yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Korang tahu tak, setelah uncle Grab turunkan Ruby. Terus Ruby terpacak depan Anggota Polis yang ingin cek janji temu MySejahtera. Adoiii dah la resah gelisah. Alamakkkk kena masuk sekarang ke. Pastu Ruby salah lorong nak masuk, Ruby ke lorong keluar. Hahaha. 
Anggota Polis: "Puan, bukan nak masuk lorong ke station 3 ke? Ikut sini Puan"

Anggota Polis: "Ehh ehh nak kemana tu? Masuk sini. Janji temu jam 12 dah boleh masuk. Jalan terus sampai nampak Station 3"
Ruby: "Errrr ok". 
Hahaha. Dalam hati nak bagi alasan nak cari makanan dulu, tapi tak tercakap! Kelu lidah. Pagi tadi Ruby sarapan simple aje dengan minum air vitamin C Guardian tu je. Hahaha. Perancangan Allah s.w.t kan manis. Jalan terus. Ruby jalan perlahan-lahan. Berdebar-debar. Lepas tu, jumpa Anggota Polis yang lain


Anggota Polis 2: "Selamat Pagi, station mana tu?"
Ruby: "Station 3"
Anggota Polis 2: "Macam mana tahu?"
Ruby: "Ada kat MySejahtera". Sambil tunjuk skrin janji temu MySejahtera. 
Anggota Polis 2: "Pandainyeee"

Ruby: "Terima Kasih. Haha". 
Tak sangka ketawa tetiba. Peramah betul. Hilang dah berdebar-debar, resah, gelisah selama dua minggu hari tu. Hahahaha

Anggota Polis mesra, mereka di bahagian luar. Bila masuk dekat pintu utama WTCKL untuk Station 3, di sini Jabatan Sukarelawan Malaysia iaitu Anggota RELA pula akan bantu korang. Apabila ke janji temu vaksinasi, pastikan korang bawa Pen, Kad Pengenalan dan Telefon Pintar yang digunakan bersama aplikasi MySejahtera.


Beratur di laluan Station 3. Masa ini korang perlu imbas MySejahtera, imbas suhu dan sanitasi tangan. Masuk dalam, beratur di Station 3 berpalang putih. Anggota Rela bantu tunjuk arah, Ruby pun berjalan ke dalam dan sepanjang perjalanan ada Sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) akan bantu di dalam dewan. 

Masuk ke dalam dewan, korang perlu isi borang sebanyak dua helai. Borang tu mudah, siap ada dua bahasa. Satu Bahasa Melayu, satu lagi Bahasa Inggeris. Baca dan fahamkan. Kemudian tanda, tulis nama, tulis nombor kad pengenalan, tulis tarikh dan sign


Setelah selesai, Sukarelawan MyVac akan panggil. Duduk di kaunter untuk mereka daftar nama korang. Masa ni Kad Pengenalan wajib bawa tau. Mereka akan cek nama penuh, no kad pengenalan dan pekerjaan. Ruby cakap Ruby housewife. Kemudian setelah selesai, duduk di kerusi menunggu untuk taklimat ringkas dengan doktor. 
Apabila doktor panggil, semak dokumen dan akan ada sesi soal jawab. Doktor tanya ada sakit apa-apa ke? Alahan kepada apa-apa ubat? Ruby cakap tiada. Senang je kan? Tapi, jika korang ada penyakit atau sedang mengamalkan apa-apa ubat / suplimen. Korang bawa je semua. Tunjuk dekat doktor. Mudah untuk doktor faham dan korang senang untuk menerangkan apa yang korang makan. Faham tak? 
Selesai tandatangan dokumen dan tanya sejarah penyakit. Ruby ke kaunter untuk vaksinasi, disini barulah korang perlu scan QR jenis vaksin kita ambil. Kecil je QR Code untuk AstraZeneca ni. Scan sampai dapat! Hehe. 

Beratur sekejap untuk tunggu giliran #CucukMyAZ. Semasa giliran Ruby, Doktor tunjuk picagari berisi 0.5ml Vaksin AstraZeneca. Semasa ingin cucuk, doktor nasihatkan jangan tegangkan tangan atau keraskan tangan. Rileks-rileks je. Hehehe. Kemudian.

"Ok dah habis" Sambil tunjuk picagari yang telah digunakan kepada Ruby. 
Ehh takda rasa jarum masuk pun. Sekejap sudah selesai. Yayy! Doktor, nak selfie satu kali boleh? 
"BOLEH"

Selesai #CucukMyAZ, Ruby perlu ke kaunter hadapan untuk ambil kad purple vaksin dari Sukarelawan MyVac. Kad ini perlu di simpan untuk suntikan dos kedua AstraZeneca. Jangan hilang tau. Ruby siap tulis nama penuh dan nombor kad pengenalan. 

Seterusnya berjalan ke bahagian pemantauan. Bagi borang yang kita dan doktor tandatangan dan mereka mengarahkan Ruby duduk selama 15 minit. Nanti mereka akan dipanggil nama penuh. Apabila dipanggil nama, petugas akan bertanya. Pening kepala tak? Ruby cakap takda. Jika ada, nanti makan panadol ya. Selesai dan boleh pulang. 
Korang baca macam lama kan perjalanan Vaksinasi AstraZeneca tu kan? Sebenarnya sekejap sangat! 11.20 AM masuk, jalan-jalan 11.31 dah divaksinasi. Pantas! 

Selesai bergambar di photobooth, Ruby pun hubungi suami. Terus dia nak ambil di WTCKL. Haha. Sebenarnya dia pun resah. Temujanji suami untuk #CucukMyAZ adalah pada 29 Jun 2021. Dia nak tengok kat mana kena masuk dan beratur. 
Simptom Selepas Vaksinasi AstraZeneca
Simptom untuk tiap penerima Vaksin AstraZeneca berbeza. Jadi, Ruby kongsikan pengalaman Ruby. Semasa selepas di vaksin, Ruby tidak berasa apa-apa. Pening pun tidak. Sakit kepala pun tidak. Tapi ada rasa lapar. Mungkin sebab sarapan pagi yang mudah sahaja. Temujanji Ruby pada waktu tengahari, maka nak makan sebelum suntikan atau selepas suntikan? Hahaha. Dilemma. 

Ruby terus makan tengahari Mekdi Chicken McDeluxe dan Milo Ais. Makan terus di dalam kereta. Sedangkan undang-undang dalam kereta tak boleh makan. Suami pun cakap, ehhh lapar betul! 
Kemudian dah sampai rumah jam 12.30pm. Rehat-rehat dan tak buat ape. Tengok meja makan dah penuh dengan nasi berterabur. Ahhh takpelah later Ibu kemas. 1.43PM dah mula macam sakit kepala. Ruby ambil Panadol Actifast 2 biji. Lega sikit. Terlelap lah juga. Jam 3.30 petang terjaga. Lapar lagi. Sedang elok, Ruby ada order Tauhu Brgedil dari Kak Jiha. Terus makan. Hahahaha. 

Kemudian terlelap balik. Kepala dah bertampal dengan Kool Fever. Air kosong memang jadi sahabat karib. Minum je bebila masa. Hehe. Kemudian jam 7 petang Ruby bangun. Sebab telinga ni macam dengar bunyi bising. Lego jatuh kat ruang tamu, rasa macam dekat sebelah telinga. Remote control jatuh. Controller PS4 anak main jatuh. Ohhh Allah s.w.t nak suruh Ruby bangun. Dah nak Maghrib. Terus pergi mandi. Masa ni baru lah plaster vaksin di lengan tertanggal. 
Ruby makan malam roti canai sekeping aje. Lepas tu Ruby rehat kat bilik. Lepas Isyak dah suruh anak tidur. Sebab 14 June 2021 sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk tahun 1 bermula semula setelah Cuti Pertengahan Tahun. Maka, esok Adam kena berdikari lah, sementara ibu sedang berehat dan ayah bekerja dari rumah. 
Ruby serius kelaparan pada jam 9 malam. Minum air kosong. Basuh pakaian dan sidai pakaian. Buat relax-relax aje. Tak selaju macam selalu. Hahaha. Kemudian jam 12 rasa macam sakit kat tempat cucuk tu. Macam rasa bengkak sikit. Tapi takda kesan biru lebam ke apa. Lenguh sikit lengan kiri tangan ni. Adoii kelaparan pula. Pening kepala, demam semua takda dah. 
Cuma, Ruby jadi burung hantu pula malam tadi. Ruby nak bagi mengantuk, main game Mobile Legends: Bang Bang sekejap. Hehehe 
Mengenai Vaksin AstraZeneca
AstraZeneca adalah syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional Britain-Sweden dengan ibu pejabatnya di Kampus Bioperubatan Cambridge di Cambridge, England. Memiliki portfolio produk untuk penyakit utama di bidang termasuk onkologi, kardiovaskular, gastrointestinal, jangkitan, neurosains, pernafasan, dan radang. Ia mungkin terkenal kerana penglibatannya dalam membangunkan vaksin Oxford-Astrazeneca COVID-19. 

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1999 melalui penggabungan Astra AB Sweden dan Kumpulan Zeneca British (yang dibentuk sendiri oleh penggabungan operasi farmasi Imperial Chemical Industries pada tahun 1993). Sejak penggabungan itu telah menjadi antara syarikat farmaseutikal terbesar di dunia dan telah membuat banyak pengambilalihan korporat, termasuk Cambridge Antibody Technology (pada tahun 2006), MedImmune (pada tahun 2007), Spirogen (pada tahun 2013) dan Definiens (oleh MedImmune pada tahun 2014). Penyelidikan dan pengembangannya tertumpu di tiga pusat strategik: Cambridge, England; Gothenburg, Sweden dan Gaithersburg di Maryland, Amerika Syarikat


Vaksin Oxford – AstraZeneca COVID-19, yang diberi nama AZD1222, dan dijual dengan nama jenama Covishield dan Vaxzevria antara lain, adalah vaksin vektor virus untuk pencegahan COVID-19. Dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca, ia diberikan melalui suntikan intramuskular, dengan menggunakan sebagai vektor chimpanzee adenovirus ChAdOx1 yang diubah. Keberkesanan vaksin adalah 76.0% untuk mencegah simptomatik COVID-19 bermula pada 22 hari selepas dos pertama dan 81.3% selepas dos kedua. Analisis lain menunjukkan bahawa, untuk jangkitan COVID-19 simptomatik selepas dos kedua, vaksin adalah 66% berkesan terhadap varian B.1.1.7 (alpha), dan 60% terhadap varian B.1.617.2 (delta). 

Sepanjang Pendemik COVID-19, Ruby banyak habiskan masa dengan membaca. Baca tentang vaksin. Korang perlu ada sedikit ilmu tentang vaksin yang korang ambil. Macam Ruby, Ruby ambil AstraZeneca. Bahan bacaan biarlah dari sumber yang tidak diragui. Biarlah dari ahli perubatan sendiri, Kementerian Kesihatan Malaysia atau dunia dan jawatankuasa khas. Terima kasih Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) tidak jemu mengeluarkan infographic bermanfaat macam ni. Mudah difahami sebab interaktif. Semua Jenis Vaksin Disahkan Halal
Video Dr Jamie Parker @drjamieparker The ##covid19 ##vaccine are ##Halal as confirmed by the British Fatwa Council ##teamhalo
♬ original sound - Jamie Parker


Baca >>1. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Oxford%E2%80%93AstraZeneca_COVID-19_vaccine2. https://www.astrazeneca.com/country-sites/malaysia.html
Lindungi Diri, Lindungi Semua
Korang, nanti kalau ada peluang untuk terima vaksin. Korang ambil peluang itu tau. Pergi tau. Jangan lah dah dapat tarikh temujanji, kotang tak muncul. Sekarang kita kena bantu selamatkan bumi Malaysia. Korang tak rindu ke berjalan merentas negeri balik kampung. Ruby serius rindu. Kami sekeluarga ni jenis ikut peraturan. Jadi, kami tak mahu langgar SOP dan bahayakan masyarakat. Tapi dari dalam sudut hati, Ruby rindu nak travel balik kampung. Nak hirup udara segar di kampung. Berhenti di R&R untuk minum teh tarik. 
Sekarang dah new norma, kita kena juga selesakan diri dengan keadaan ini. Kena Redha dan Yakin pada Qada & Qadar Allah s.w.t. Tawakal terakhir kita adalah vaksin. InsyaAllah

P/S: Sumber gambar AstraZeneca dari Google. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/06/selesai-suntikan-dos-pertama-vaksin-astrazeneca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesai Proses Suntikan Vaksin Covid 19 Dos Kedua

Selesai Proses Suntikan Vaksin Covid 19 Dos Kedua

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 299 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera suntikan kedua ini sangat penting untuk mendapatkan imunisasi yang lengkap dan diperlukan agar vaksin tersebut dapat memberi kesan yang memberangsangkan di dalam tubuh badan untuk melawan virus virus Alha...
Suntikan Vaksin Selesai Dalam 10 Minit Di Ppv Pandu Lalu Ipoh

Suntikan Vaksin Selesai Dalam 10 Minit Di Ppv Pandu Lalu Ipoh

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 194 hits
Oleh TIDAK perlu tunggu lama untuk dapat suntikan vaksin di Perak apabila pembukaan Pusat Pemberian Vaksin pandu lalu di Stadium Indera Mulia bermula hari ini membolehkan pemberian vaksin diselesaikan dalam tempoh 10 minit berbanding sejam ...
Pertikaian Vaksin Astrazeneca Selangor Pusat Selesai

Pertikaian Vaksin Astrazeneca Selangor Pusat Selesai

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 249 hits
Isu pendaftaran warga Selangor secara offline melalui ImuniSel inisiaif Kerajaan Negeri untuk golongan yang sukar akses digital selesai dengan kenyataan bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program...
Alhamdulillah Selesai Dapatkan 2 Dos Vaksin Pfizer

Alhamdulillah Selesai Dapatkan 2 Dos Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat semua Memandangkan sekarang ini ramai yang duk cerita pasal vaksin Dah daftar vaksin ke Dah panggil ke Pergi pejabat pun sama bos sebelum masuk pejabat pun tanya dah dipanggil untuk vaksin ke belum Jawapannya me...
Ini Yang Akan Berlaku Jika Anda Pergi Dapatkan Suntikan Vaksin Astrazeneca Di Wtckl

Ini Yang Akan Berlaku Jika Anda Pergi Dapatkan Suntikan Vaksin Astrazeneca Di Wtckl

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 413 hits
Dah daftar untuk dapatkan suntikan vaksin atau belum Ramai yang dah daftar sebaik saja kerajaan buka Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Bila buka MySejahtera di saat saya menulis ni paparan kemaskini maklumat program vaksin kerajaan menu...
Lengkap Suntikan Vaksin Baru Dibenar Solat Berjemaah Di Masjid

Lengkap Suntikan Vaksin Baru Dibenar Solat Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 248 hits
inforakyat netKerajaan negeri bercadang memberi kelonggaran kepada lebih ramai individu terutama mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid 19 menunaikan solat berjemaah di masjid Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Keraj...
Atlet Thai Terima Suntikan Vaksin Menjelang Paralimpik

Atlet Thai Terima Suntikan Vaksin Menjelang Paralimpik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 205 hits
SETELAH Thailand melancarkan usaha vaksinasi Covid 19 besar besaran semalam pemenang pingat emas Paralimpik wanita pertama Thailand Saisunee Jana merupakan antara atlet yang menerima suntikan vaksin di Stadium Tertutup Huamark di Bangkok Me...
Program Baru Duta Kesihatan Awam Dilancar Galak Orang Ramai Dapatkan Suntikan Vaksin Covid 19

Program Baru Duta Kesihatan Awam Dilancar Galak Orang Ramai Dapatkan Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 219 hits
5 6 2021 17 52Update 5 6 2021 18 38 Singapura KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Satu program duta kesihatan awam yang baru dilancarkan hari ini untuk menggalak lebih ramai orang mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 Lebih 150 peserta menyerta
Kpj Dilantik Sebagai Pengendali Vaksin Beri 6 000 Dos Setiap Hari

Kpj Dilantik Sebagai Pengendali Vaksin Beri 6 000 Dos Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 181 hits
Oleh OMAR ZIN Sebanyak 20 hospital KPJ seluruh negara turut serta dalam Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta GAMBAR HIASAN PETALING JAYA Kira kira 6 000 individu akan menerima suntikan dos vaksin setiap hari bermula hari ini di Pusat Pemb...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je