Kerajaan Jangan Campurtangan Biar Media Jaga Media Geramm


 

Pertubuhan memperjuangkan kebebasan media, Gerakan Media Marah (Geramm) membantah campurtangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghalang agensi selain yang dibenarkan membuat liputan sesi Parlimen 2 November hingga 23 Disember ini.
 
Menurut Geramm, hanya 15 organisasi media dibenar beroperasi mewakili 14 agensi tempatan dan satu agensi antarabangsa yang dipilih dengan alasan untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak Covid-19, adalah tidak masuk akal.
 
"Lebih malang lagi, senarai tersebut tidak melibatkan mana-mana portal online tempatan untuk hadir membuat liputan di sidang parlimen yang turut merangkumi pembentangan Bajet 2021.
 
"Setiap agensi selain RTM dan Bernama hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan dan seorang jurugambar atau juru video, serta diwajibkan menjalankan ujian saringan Covid-19 sebelum bertugas.
 
"Dengan tetap mengambil kira kepentingan menjaga keselamatan semua pihak, terutama #kawangeramm di lapangan, Geramm tegas membantah sebarang tindakan yang dilihat sebagai sekatan ke atas kebebasan media dalam menjalankan tugas.
 
"Sebaliknya, kami menyeru pihak bertanggungjawab bagi membantu memudahkan urusan media bertugas dengan menyediakan ruangan lebih luas di Parlimen untuk memenuhi prosedur penjarakan fizikal," kata kenyataan berkenaan.
 
Bagi Geramm, sesi kali ini yang melibatkan pembentangan Belanjawan 2021 memerlukan wartawan bertanya kepada Ahli-ahli Perlimen mengenai peruntukan-peruntukan yang diagihkan.
 
Begitu juga perbahasan hangat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 perlu dilaporkan secara bebas.
 
"Media berperanan penting untuk menyoal perancangan yang telah dirangka menggunakan wang rakyat.
 
"Oleh itu adalah amat penting bagi pihak pengurusan Parlimen membuka ruang yang luas kepada semua organisasi media untuk hadir membuat liputan .
 
"Geramm menyeru agar larangan pergerakan yang dikenakan kali ini tidak akan dijadikan alasan oleh mana-mana Ahli Parlimen atau menteri untuk mengelak dari menjawab apa-apa persoalan yang timbul.
 
"Antara peranan utama media adalah untuk 'menjaga kerajaan' agar tetap berperanan mengikut lunas undang-undang dan tidak melampaui batas. Sebaliknya kerajaan tidak perlu 'menjaga media' kerana 'media jaga media'!" kata kenyataan itu lagi.
 
Geramm dengan itu mengumumkan bersolidariti dengan media-media yang didiskriminasi oleh kerajaan Perikatan Nasional.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/kerajaan-jangan-campurtangan-biar-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Tolonglah Jaga Sop Amp Jangan Merayau Tak Takut Ke Lihat Angka 1 228 Kes Hari Ini

Covid 19 Tolonglah Jaga Sop Amp Jangan Merayau Tak Takut Ke Lihat Angka 1 228 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 382 hits
Berita Buat pertama kalinya kes jangkitan Covid 19 harian mencecah empat digit sejak penularan virus tersebut di negara ini Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak 1 228 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini Daripada jumlah tersebut 1
Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 331 hits
Pada 20 Oktober 2020oleh PENTADBIRPerdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa menunjukkan kepimpinan tegas dengan satu kenyataan yang jelas dan tanpa ragu ragu bahawa tidak akan ada rombakan Kabinet Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata lan...
Jangan Mungkir Janji Buat Pru Segera Biar Lebih Ramai Mati

Jangan Mungkir Janji Buat Pru Segera Biar Lebih Ramai Mati

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 433 hits
Jangan mungkir janji adakan PRU biar ratusan ribu dijangkiti Biar lebih ramai mati Politik lebih utama daripada prinsip Apa aku peduli Aku dapat katanya Kenyataan Muhyiddin itu dibuat dalam ceramah kempen PRN Sabah pada 18 September lalu Ia...
Jangan Biar Sifat Insaniah Hancur Lantik Anwar Pm9

Jangan Biar Sifat Insaniah Hancur Lantik Anwar Pm9

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 320 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap calon Perdana Menteri terbaik di tengah tengah kegawatan pandemik Covid 19 kejatuhan ekonomi dan keruntuhan sifat manusiawi dalam kalangan rakyat Malaysia kebelakangan ini Mantan pensyarah...
Anwar Tidak Punya Apa Apa Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Jadi Jangan Meroyan La Hantu

Anwar Tidak Punya Apa Apa Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Jadi Jangan Meroyan La Hantu

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 384 hits
YOB BMO INI REAL BUKAN TIPU BUKAN JAJA MACAM HANTU GIGI MELOLONG BILA TAK DAPAT TUAN BARU INI CERITA BENAR NEGERI MELAYU GUNA KERETA IMPORT LEBIH MELAYU DARI MELAYU SELAMAT MENUNGGANG TAKDIRRRRRNEGERI MISKIN CITA CITA TINGGI BIAR NAMPAK BER...
Tantangan Finansial Di Usia 20 30 40 Dan 50 Tahun Jangan Lengah Biar Nggak Nyesal Nanti

Tantangan Finansial Di Usia 20 30 40 Dan 50 Tahun Jangan Lengah Biar Nggak Nyesal Nanti

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 336 hits
Lengah sekarang tahu tahu nanti udah kepala 3 4 5 menjelang 6 ehh belum bisa pensiun Duh
Halang Tukar Kerajaan Waktu Covid 19 Pemuda Umno Jangan Hipokrit Amk

Halang Tukar Kerajaan Waktu Covid 19 Pemuda Umno Jangan Hipokrit Amk

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 332 hits
Saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan hasrat mempersembahkan sokongan majoriti Ahli Parlimen kepada Yang di Pertuan Agong dengan alasan perlunya gencat...
Pendek Akal Dan Penting Diri Muhyiddin Jangan Jadi Kerajaan Diktator Anwar Ibrahim

Pendek Akal Dan Penting Diri Muhyiddin Jangan Jadi Kerajaan Diktator Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 604 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kabinet untuk melaksanakan darurat memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator Dakwa ketua pembangkang dia bimbang dengan laporan berita yang mengandaikan kerajaan mahu menjadikan Covid 19 ...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Berkaitan Keputusan Najib

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis