Kerajaan Guna Bil Elektrik Bagi Kenal Pasti Kelayakan Pemberian Minyak Subsidi


Mekanisma bagi memberikan subsidi bersasar untuk petrol RON 95 kini dilaporkan sudah pun sedia untuk digunakan. Menurut laporan The Star dengan mengambil petikan dari Sin Chew Daily, kerajaan akan menentukan mereka yang layak untuk menerima subsidi ini dengan menggunakan bil elektrik pengguna sebagai salah satu cara, dan ia akan dihantar ke Parlimen bagi mendapatkan kelulusan pada Oktober ini.


Dalam berita tersebut, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen dilaporkan berkata hanya mereka yang berada dalam kategori B40 dengan bil elektrik sekitar RM100 hingga RM200 akan layak untuk menerima bantuan subsidi ini. “Penggunaan bil elektrik tersebut hanyalah sebagai poin rujukan,” katanya.

Menurutnya lagi bagi mereka yang layak menerimanya, mereka akan diberikan subsidi sebanyak RM30 sebulan, atau subsidi 30 sen untuk setiap liter petrol RON 95, terhad hanya 100 liter setiap orang sebulan. Bagi pengguna motosikal pula, mereka akan diberikan subsidi RM12 sebulan.

Kadar berkenaan adalah selaras dengan kadar yang telah diumumkan dalam Bajet 2019, namun kaedahnya pemberiannya telah diubahsuai dengan cara terbaharu ini. Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengatakan subsidi ini akan diberikan untuk golongan B40, yang menggunakan kereta dengan kapasiti di bawah 1,500 cc dengan kadar 30 sen seliter untuk RON 95, diberikan terhad 100 liter seorang setiap bulan, manakala motosikal pula di bawah 125 cc diberikan terhad 40 liter seorang sebulan.



Chong menjelaskan lagi bahawa wang subsidi berkenaan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima, sama seperti cara yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Julai lalu, yang akan menyaksikan wang tunai berkenaan akan diberikan kepada golongan B40 yang telah disahkan layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup (BSH), sama seperti kaedah program BSH itu sendiri.

Cara penentuan dan kaedah agihan subsidi ini sepatutnya diumumkan pada suku pertama tahun ini, dan perlaksanaannya dijangka pada suku kedua 2019. Namun ia kemudiannya diumumkan akan ditunda pada September. Dengan bermulanya pemberian subsidi ini nanti, harga RON 95 yang buat masa sekarang dijual pada harga maksimum RM2.08 seliter akan ditarik balik oleh kerajaan dan ia akan kembali dijual mengikut harga semasa secara mingguan.

Berdasarkan pengiraan Mekanisma Harga Automatik (APM), minggu ini RON 95 sepatutnya dijual pada RM2.49 seliter jika harga maksimum berkenaan tidak berkuatkuasa. Menurut kerajaan, sehingga kini purata RM133 juta telah dibelanjakan setiap minggu bagi memberikan subsidi untuk mengekalkan harga petrol tersebut.

Untuk minggu ini (28 September hingga 4 Oktober), kerajaan menyatakan bahawa kira-kira RM173.26 juta subsidi akan diberikan bagi menyerap lebihan harga petrol RON 95 berkenaan.

Paultan.org

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/kerajaan-guna-bil-elektrik-bagi-kenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serangan Di Arab Saudi Jika Minyak Naik Kerajaan Beri Subsidi

Serangan Di Arab Saudi Jika Minyak Naik Kerajaan Beri Subsidi

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 357 hits
Serangan di Arab Saudi Jika minyak naik kerajaan beri subsidiOleh September 16 2019Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega dengan jamianan terbaharu kerajaan Pakatan Harapan akan kekal memberi subsidi jika harga minya dunia meningkat susul...
Ramai Dah Guna Minyak Mengkudu Aura Terapi Ni Memang Sangat Melegakan Dapatkan Sekarang

Ramai Dah Guna Minyak Mengkudu Aura Terapi Ni Memang Sangat Melegakan Dapatkan Sekarang

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 721 hits
MINYAK MENGKUDU AURA TERAPI Pertama di Malaysia KELEBIHAN MINYAK MENGKUDU AURA TERAPI Buang Angin Sakit Perut Gangguan Jin dan Sihir Sukar Tidur Malam Sakit Urat Lenguh Sakit Dada Sesak Nafas Gatal Gatal Kulit Sembelit Minyak Celak Bayi Gou...
Kes Amuk Bayan Lepas Polis Kenal Pasti Tiga Suspek Keluar Kenyataan Sensitif

Kes Amuk Bayan Lepas Polis Kenal Pasti Tiga Suspek Keluar Kenyataan Sensitif

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 356 hits
Kuala Lumpur Polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang disyaki mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung kes polis tembak mati seorang individu dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang pada Isnin Ketua Penolong Pen...
Dr M Janji Lagi Beri Subsidi Minyak Naik

Dr M Janji Lagi Beri Subsidi Minyak Naik

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 332 hits
Dr Mahathir jamin kerajaan beri subsidi jika harga minyak naikPUTRAJAYA 15 Sept Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan akan memberi subsidi jika harga minyak naik ekoran serangan terhadap loji minyak Aramco di Arab Saudi semalam P...
Subsidi Petrol Mana Janji Belanjawan 2019 Kerajaan Ph

Subsidi Petrol Mana Janji Belanjawan 2019 Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 577 hits
1 Merujuk kepada Ucapan Belanjawan 2019 oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng Kerajaan Pentadbiran Pakatan Harapan berjanji untuk melaksanakan Subsidi Petrol Bersasar yang didakwa boleh memberi manfaat kepada lebih 4 juta pemilik kereta dan...
Tarif Elektrik Berbeza Ikut Waktu

Tarif Elektrik Berbeza Ikut Waktu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 407 hits
Pengguna elektrik bagi sektor domestik akan dikenakan tarif berbeza mengikut waktu penggunaan apabila Tenaga Nasional Bhd dijangka memperkenalkan mekanisme harga berubah ubah bermula suku pertama 2021 Menerusi mekanisme itu penggunaan elekt...
Toyota Membangunkan Kereta Elektrik Yang Menggunakan Kuasa Solar Sepenuhnya

Toyota Membangunkan Kereta Elektrik Yang Menggunakan Kuasa Solar Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 695 hits
Kenderaan elektrik adalah mesra alam sekitar tetapi di negara seperti di Malaysia penggunaannya masih belum praktikal kerana kurangnya jumlah stesen pengecas Kekurangan ini membuatkan ia masih belum mampu menggantikan kereta bahan api fosil...
3 Minggu Dengar Tangisan Akibat Didera Pengasuh Ibu Kenal Pengasuh Di Facebook

3 Minggu Dengar Tangisan Akibat Didera Pengasuh Ibu Kenal Pengasuh Di Facebook

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 536 hits
Pada Ahad lepas pihak polis telah menerima panggilan pada kira kira 1 20 tengah hari melaporkan bahawa terdapat seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Yadi Klang dan kematian kanak kanak i...
Joylee Ipump Pengepam Susu Elektrik Mudah Alih Yang Sangat Praktikal Buat Ibu Yang Menyusukan

Joylee Ipump Pengepam Susu Elektrik Mudah Alih Yang Sangat Praktikal Buat Ibu Yang Menyusukan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 445 hits
JOYLEE Ipump pengepam susu elektrik mudah alih moden Menyambut kelahiran bayi merupakan saya pengalaman yang dinanti nantikan dan cukup bermakna bagi pasangan yang baru berumahtangga Bukan kita sahaja yang teruja malah seluruh ahli keluarga...
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Breaking News Legal Problems Are Rising For Scout

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Liga Super Selangor Fc Raih Kemenangan 2 0 Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang Fc


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Resepi Makmur Pandan

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik