Tarif Elektrik Berbeza Ikut Waktu


Pengguna elektrik bagi sektor domestik akan dikenakan tarif berbeza mengikut waktu penggunaan apabila Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka memperkenalkan mekanisme harga berubah-ubah bermula suku pertama 2021.

Menerusi mekanisme itu, penggunaan elektrik pada waktu puncak iaitu antara jam 12 tengah hari hingga 6 petang akan dikenakan tarif lebih tinggi berbanding di luar waktu puncak. Ketika ini, pengguna dikenakan tarif secara purata mengikut jalur penggunaan. Kadar tarif asas kini adalah 39.45 sen per kilowatt jam (kWh).


Bagi jalur penggunaan 200kWh pertama, kadar tarif ialah 21.80 sen/kWh; bagi jalur 201-300kWh, kadarnya ialah 33.40 sen manakala bagi jalur 301-600kWh ialah pada 51.60 sen bagi setiap kWh.


Mekanisme baharu itu adalah antara penyelesaian inovatif yang dirumus di bawah inisiatif Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 yang memberi peluang kepada rakyat menggunakan elektrik pada tarif lebih rendah di luar waktu puncak berdasarkan tempoh masa guna tenaga (Enhanced Time of Use, ETOU).

Ketika ini, TNB melaksanakan skim EToU kepada pelanggan komersial dan industri yang dikenakan kadar tarif berbeza mengikut tiga zon waktu guna iaitu waktu puncak, pertengahan puncak dan di luar puncak.


Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata konsep tarif elektrik mengikut permintaan pasaran itu akan lebih mudah difahami selepas hala tuju peruncitan tenaga diperkenalkan pada suku keempat 2020.

Berbeza kini, katanya, pengguna domestik membayar tarif tenaga elektrik mereka pada kadar purata sedangkan harga elektrik sangat dinamik dan berubah-ubah setiap setengah jam bergantung kepada permintaan pasaran.

“Dalam sehari kita lihat ada waktunya permintaan rendah, harga elektrik akan turun namun pengguna domestik membayar tarifnya secara purata.

“Kelak, pengguna boleh memilih untuk merebut peluang mendapatkan penjimatan guna tenaga dengan mengubah sikap mereka menggunakan elektrik pada waktu tarif yang rendah.

“MESI 2.0 dirangka supaya menggalakkan inovasi memberi manfaat kepada pengguna dan membuka peluang perniagaan supaya wujud peruncit tenaga lain menawarkan pakej tenaga paling inovatif kelak,” katanya dalam temu bual eksklusif di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Bee Yin, berkata kerajaan memberi jaminan, insentif sedia ada untuk kelompok pengguna terendah seperti subsidi elektrik program e-Kasih sebanyak RM40 dan subsidi pengguna elektrik bawah 600 kWj akan diteruskan.

“Kadar tarif bagi pengguna dalam Jalur Penggunaan Asas 200 kWj pertama pada 21.8 sen setiap kWj kini kekal sebagai caj terendah di rantau ini,” katanya.

BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/tarif-elektrik-berbeza-ikut-waktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyik Minta Susu Waktu Makan Selalu Ngelat Perlu Bijak Rancang Menu Ikut Favourite Anak

Asyik Minta Susu Waktu Makan Selalu Ngelat Perlu Bijak Rancang Menu Ikut Favourite Anak

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 492 hits
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi sup atau roti anak tetap enggan Apatah lagi buah buahan dan sayur mem...
Anies Nilai Butuh Waktu Agar Jalur Sepeda Steril Dari Pemotor

Anies Nilai Butuh Waktu Agar Jalur Sepeda Steril Dari Pemotor

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 279 hits
Kendati banyak jalur sepeda disalahgunakan Anies menegaskan Pemprov DKI tetap mendorong warga untuk mulai lebih sering bersepeda Salah satu alasannya agar polusi diakibatkan kendaraan bermotor dapat berkurang
Pendapat Ulama 4 Mazhab Mengenai Waktu Pelaksanaan Shalat Istisqa

Pendapat Ulama 4 Mazhab Mengenai Waktu Pelaksanaan Shalat Istisqa

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 290 hits
Ketika terjadi kekeringan di suatu daerah atau tempat tertentu atau kita sedang membutuhkan turunnya hujan karena terjadi kebakaran Maka kita dianjurkan untuk memohon turunnya hujan kepada Allah melalui doa dan shalat Istisqa Adapun mengena...
Rawatan Atau Ruqyah Perlu Ikut Sunnah

Rawatan Atau Ruqyah Perlu Ikut Sunnah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 342 hits
Ustaz boleh rawat dari jauh Nanti saya forward photo pesakit Ustaz boleh tengokkan suami saya tak Nama suami saya Perangai dia dah berubah 360 darjah Boleh ustaz tolong pulihkan tak Itulah di antara banyak banyak soalan yang pernah diajukan...
Sasterawan Negara Ke 14 Dipilih Ikut Pintu Belakang

Sasterawan Negara Ke 14 Dipilih Ikut Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 229 hits
Malim Ghozali KUALA LUMPUR Tokoh Sasterawan Perak Dr Malim Ghozali mendakwa keputusan pemilihan Sasterawan Negara Ke 14 yang diumumkan hari ini sebagai suatu bentuk tindakan pintu belakang Beliau turut memberi gambaran wujud campur tangan d...
Punca Berpeluh Ketika Tidur Pada Waktu Malam

Punca Berpeluh Ketika Tidur Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 598 hits
Pada kebanyakan masa berpeluh pada waktu malam disebabkan oleh faktor luaran seperti suhu bilik tidur atau pakaian Bagaimanapun ada juga beberapa sebab lain membabitkan kesihatan dania sememangnya boleh menyebabkan gangguan tidur apatah lag...
Kapan Waktu Sholat Istisqa

Kapan Waktu Sholat Istisqa

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 318 hits
Kapan Waktu Sholat Istisqa Skrg sdg musim kemarau kan kita disunnahkan shokat istisqo kpn Ustadz waktu pelaksanaan sholat istisqo Jawaban Bismillah wal hamdulillah washsholaatu wassalaamu ala rosuulillah wa ba du Istisqa adalah meminta huja...
Kesihatan Jaga Kesihatan Kita Di Waktu Musim Jerebu Ini

Kesihatan Jaga Kesihatan Kita Di Waktu Musim Jerebu Ini

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 3793 hits
Kesihatan Jaga kesihatan kita di waktu musim jerebu ini memang tebal asap jerebu yang melanda negara kita sekarang ini Siap kaler putih tebal macam dah duduk dalam sauna dah is rasa Ikuti langkah langkah kesihatan yang is kongsikan dalam ga...
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana Chord

Lirik Lagu Hari Mulia Amir Jahari Ft Beto Kusyairy

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Resipi Kuih Lapis

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life