Kerajaan Gagal Gagal Mengurus Kata Prof Agus


 






FADLI RADZI


Ekonomi negara ini berada pada tahap teruk biarpun menteri menyatakan semuanya baik, tegas Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Menurutnya, kadar pengangguran tinggi walaupun Jabatan Perangkaan melaporkannya menurun dari 4.6 peratus pada April kepada 4.5 peratus iaitu 728,100 orang Mei lalu.

“Tengok sahaja berapa kilang SME (Perusahaan Kecil Sederhana) tutup, kedai tutup, hotel tutup,” katanya.

Mengulas penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung dakwaan Malaysia sebuah negara gagal dalam pengurusan Covid-19, Agus berkata, terdapat perbezaan antara negara gagal dan kerajaan gagal.

“Kata menteri, bagaimana boleh kata gagal jika institusi negara seperti jabatan kesihatan dan jabatan kerajaan masih berfungsi?

“Saya bersetuju dengan kenyataan negara tidak gagal, tetapi kerajaan gagal – gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat.

“Rakyat juga tidak kata negara gagal, rakyat cuma kata kerajaan gagal. Antara negara gagal dengan kerajaan gagal itu berbeza,” tegas Agus.

Terdahulu, laporan Bloomberg memaklumkan, Malaysia berada di tangga tercorot dalam senarai kemajuan 53 negara membuka semula ekonominya di tengah krisis pandemik Covid-19.

Senarai Kebingkasan Covid-19 bagi Jun menempatkan Malaysia di tangga ke-51, hanya di atas Filipina dan Argentina.

Mengulas lanjut, Agus dalam hantarannya di Facebook sempena ulang tahun kelahirannya hari ini menasihatkan pemimpin agar tidak menjadi diktator yang dipilih.

“Terjadinya begini kerana sejak krisis kewangan 1998, pemimpin kita jauh dari naluri rakyat. Mereka ramai yang mempunyai sindrom penafian.

“Tindakan dan dasar mereka banyak yang tergelincir dari realiti. Mereka semuanya ‘diktator yang dipilih’,” katanya lagi.

Tekanan hidup

Sehubungan itu, beliau menyifatkan politik tahun ini kacau dengan kerajaan mengisytiharkan darurat untuk mengawal Covid-19 tetapi ternyata tidak berkesan.

“Akibat darurat Parlimen dikunci. Demokrasi digantung. Impaknya tidak ada semak dan imbang.

“Lebih teruk SOP dua darjat. Hukuman pula bukan untuk mendidik dan mencegah, tetapi menghukum. Denda dikenakan di luar kemampuan rakyat,” tegasnya.

Bahkan, Agus berpendapat siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan rakyat semakin susah sehingga ada yang bunuh diri kerana tekanan hidup.

“Muncul kempen rakyat bantu rakyat dengan cara mengangkat bendera putih, tetapi usaha rakyat sebegini pun tidak disukai sesetengah pemimpin.

“Matikah jiwa pemimpin sehingga memperlekehkan usaha rakyat?’ tempelak Agus lagi.

Setakat semalam, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 827,191 kes.

Kes harian pandemik itu sudah mencatatkan angka melepasi 9,000 kes bagi dua hari berturut-turut dengan semalam sebanyak 9,353 kes sekali gus angka kes harian tertinggi sejak penularan virus berkenaan di negara ini tahun lalu.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/kerajaan-gagal-gagal-mengurus-kata-prof.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Kerajaan Gagal Gagal Mengurus

Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Kerajaan Gagal Gagal Mengurus

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 443 hits
FAZLI RADZIEkonomi negara ini berada pada tahap teruk biarpun menteri menyatakan semuanya baik tegas Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Menurutnya kadar pengangguran tinggi wa...
Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 347 hits
Disaat seluruh rakyat terkesan dengan pandemik Covid 19 serta kegagalan kerajaan untuk bertindak cepat di dalam proses vaksinasi Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PN tetap mengatakan bahawa kerajaan PN ini tidak gagal malah mereka b...
Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 265 hits
The text is taken from here Also reported here https negaramerdeka com bukan kerajaan sebaliknya rakyatlah yang gagal bantu kerajaan muslimat pas Cukup cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah olah kerajan gagal tetapi pada masa yang s...
Umno Bercanggah Pendapat Untuk Cari Titik Persamaan Jadi Tunjang Kerajaan Kata Ahli Mkt

Umno Bercanggah Pendapat Untuk Cari Titik Persamaan Jadi Tunjang Kerajaan Kata Ahli Mkt

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 224 hits
Walaupun kepimpinan Umno ketika ini dilihat mempunyai pelbagai kabilah namun ia tidak bermaksud parti Melayu terbesar itu tidak boleh bersatu di meja rundingan kata seorang ahli MKT PETALING JAYA Percakaran demi percakaran yang berlarutan d...
Gagal Kemudi Kerajaan Urus Covid 19 Ph Desak Muhyiddin Lepas Jawatan Serta Merta

Gagal Kemudi Kerajaan Urus Covid 19 Ph Desak Muhyiddin Lepas Jawatan Serta Merta

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 226 hits
July 9 2021 Kenyataan Majlis Presiden PH itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim Presiden Amanah Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Pakatan Harapan mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ...
Umno Hanya Setuju Bentuk Kerajaan Sementara Dengan Bersatu Kata Najib

Umno Hanya Setuju Bentuk Kerajaan Sementara Dengan Bersatu Kata Najib

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 339 hits
July 9 2021 Najib Razak berkata ia adalah kesilapan besar yang menghalang pilihan raya umum diadakan walaupun sudah diberi kuasa penuh darurat selama tujuh bulan PETALING JAYA Najib Razak berkata melihat ketidakstabilan politik yang berlaku...
Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 231 hits
MMALAYSIA NOW Setakat ini masih tidak ada fakta yang jelas menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak memiliki kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat Peguam Negara Idrus Harun Gambar Bernama Peguam Negara Idrus Harus hari ini berkat...
Wanita Pn Sokong Pm Sangkal Dakwaan Kerajaan Gagal

Wanita Pn Sokong Pm Sangkal Dakwaan Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 277 hits
Ketua Wanita PN Rina meluahkan kekecewaannya dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno KUALA LUMPUR Wanita Perikatan Nasional hari ini menyangkal dakwaan bahawa kerajaan PN gagal dalam beberapa isu yang dijadikan alasan kepada pendirian ...
Kecuali Mageran Elok Tun Jangan Terjebak Dengan Kerajaan Gagal

Kecuali Mageran Elok Tun Jangan Terjebak Dengan Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 330 hits
Kalau tidak tersepit masakan Tempua bersarang rendah Disahkan palsu PMO
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi