Kerajaan Digesa Segera Bertindak Terhadap Kartel Beras Tipu Rakyat


bharian.com.my
Oleh Mohamed Farid Noh 
[email protected]
- Februari 27, 2025
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim
JOHOR BAHRU: Kerajaan digesa mengambil tindakan segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang didakwa mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import seterusnya menjualnya pada harga lebih tinggi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), tidak perlu menunggu pindaan Akta Kawalan Beras dan Padi 1994 (Akta 522) dibentangkan di Parlimen untuk bertindak terhadap kilang, pemborong dan peruncit yang terbabit.

"Saya mengesyorkan kepada dua menteri ini supaya tidak bertangguh lagi dalam mengambil tindakan terhadap kilang-kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import, lalu menjualnya pada harga tinggi sebagai beras import.

"Ini kerana hasil analisis saintifik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membuktikan terdapat perbezaan DNA antara beras putih tempatan dan beras putih import, sekali gus memberi asas kukuh untuk siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang menipu pengguna.

"Kementerian berkaitan perlu segera mengambil tindakan tegas terhadap kartel yang menipu rakyat selama lebih dua tahun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan, analisis MARDI mendapati antara 40 hingga 50 peratus daripada 5,000 sampel beras adalah campuran beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI).

Sampel beras dianalisis MARDI itu diterima daripada pihak berkuasa iaitu Pejabat Kawal Selia dan Beras serta KPDN, yang diambil daripada pengilang untuk menjalankan analisis bagi mengenal pasti varietinya.

Analisis itu dilaporkan bagi mengesahkan dakwaan banyak pihak sebelum ini ada kegiatan mencampur BPT dan BPI dipercayai untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (Genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Mohd Syahril Firdaus Ab Razak, dilaporkan berkata analisis itu menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras yang dilaksanakan sepanjang 2023 dan 2024.

Mengulas lanjut, Hasaan menegaskan bahawa kerajaan boleh menggunakan beberapa akta sedia ada untuk menyiasat, menahan dan mendakwa pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

Katanya, ia membabitkan Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730); Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Makanan 1983.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/kerajaan-digesa-segera-bertindak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 219 hits
harakahdaily netFebruary 27 2025Ahmad Fadhli ShaariSekali lagi kerajaan berjaya menampilkan kebolehannya dalam satu perkara membiarkan rakyat ditipu tanpa tindakan tegas Kali ini skandal yang terbongkar melibatkan makanan ruji rakyat Malays...
Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 186 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan model unit rumah pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di Kuala Selangor Selangor pada Sabtu 15 Februari 2025 Foto Afiq RazaliKUALA SELANGOR 15 Feb Kerajaan menga...
Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 259 hits
harakahdaily netFebruary 28 2025SHAH ALAM Hasil kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia berkenaan percampuran antara beras tempatan dan beras import menunjukkan rakyat Malaysia telah ditipu dan dipergunakan untuk kepent...
Kerajaan Negeri Anjur Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat Tanda Solidariti Rakyat Kepada Institusi Diraja

Kerajaan Negeri Anjur Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat Tanda Solidariti Rakyat Kepada Institusi Diraja

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan satu Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat bagi menunjukkan solidariti rakyat Pahang kepada Institusi Diraja Pahang Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Keraja...
Menteri Perpaduan Gesa Pdrm Skmm Bertindak Terhadap Sesiapa Persenda Hina Agama

Menteri Perpaduan Gesa Pdrm Skmm Bertindak Terhadap Sesiapa Persenda Hina Agama

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 135 hits
K PRAGALATHMarch 6 2025Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang memohon Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana mana pihak yang menghina dan mempersen...
Kpkm Diarah Segera Pulihkan Bekalan Beras Tempatan Pm Anwar

Kpkm Diarah Segera Pulihkan Bekalan Beras Tempatan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 153 hits
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 3 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Mar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterja...
Kerajaan Atap Fungsi Sakau Duit Rakyat

Kerajaan Atap Fungsi Sakau Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 137 hits
Jor DSJanawibawa 230 jutaCash 170 juta jongkongDuit Syed Mokhtar 200juta masuk acc parti Bersatu atas kapasiti sbg PMCuri minyak masakKeluarga Msia 700 jutaMenantu lariMenantu Hadi Idris Ahmad kes tipu invois dan tipu derma dana awamAnak MB...
Dividen Kwsp 6 3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan Madani Pm Anwar

Dividen Kwsp 6 3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 243 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI adalah faktor dividen KWSP lebih tinggi pada 202...
Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 293 hits
MALAYSIA mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 5 1 peratus pada 2024 mengatasi unjuran awal antara 4 peratus hingga 5 peratus yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 nbsp Dalam masa yang sama defisit fiskal berjaya dikurang...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi