Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu


harakahdaily.net
February 28, 2025
SHAH ALAM: Hasil kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkenaan percampuran antara beras tempatan dan beras import menunjukkan rakyat Malaysia telah ditipu dan dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar berkata, kerajaan didesak bersikap jujur dan agresif terhadap isu beras yang masih tidak selesai hingga ke saat ini.

“Apakah yang menjadi halangan untuk kerajaan bertindak dengan cekap bagi menangani masalah ini? Sampai bila rakyat perlu ditabur dengan harapan palsu? Hari ini, rakyat terpaksa membeli beras import yang jauh lebih mahal berbanding harga beras tempatan yang dijual pada harga RM2.60 sekilogram.

“Secara logik, beras tempatan mustahil hilang begitu sahaja kerana padi masih tetap ditanam dan dituai. Malah beras tempatan sepatutnya mampu menampung permintaan lebih 60 peratus rakyat di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan kerajaan yang dilihat lambat bertindak di dalam polemik beras tempatan yang ‘ghaib’ di pasaran tempatan selama lebih dua tahun walaupun mempunyai kuasa sejak awal isu ini berlaku.

“Hasil percampuran beras ini dipercayai dilakukan oleh pengilang yang sengaja mahu mengaut keuntungan lebih apabila dapat menjual campuran beras ini pada harga yang lebih mahal.

“Namun, tindakan ini seakan direstui Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sendiri apabila mencadangkan pada Januari lepas berkenaan percampuran beras untuk mencukupkan bekalan beras.

“Idea ini seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat dan mahu menormalisasikan manipulasi beras yang sedang dilakukan,” ujarnya.

Justeru, beliau memaklumkan pihaknya dengan tegas menggesa kerajaan untuk mengambil serius dalam isu berkenaan.

“Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan tetapi mahu melihat tindakan. Semoga pengumuman penjualan beras tempatan RM26 untuk kampit 10 kilogram mulai 1 Mac ini bukanlah suatu janji palsu,” katanya.
 – HARAKAHDAILY 28/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/isu-beras-kajian-mardi-buktikan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 3085 hits
harakahdaily netFebruary 27 2025Ahmad Fadhli ShaariSekali lagi kerajaan berjaya menampilkan kebolehannya dalam satu perkara membiarkan rakyat ditipu tanpa tindakan tegas Kali ini skandal yang terbongkar melibatkan makanan ruji rakyat Malays...
Kerajaan Digesa Segera Bertindak Terhadap Kartel Beras Tipu Rakyat

Kerajaan Digesa Segera Bertindak Terhadap Kartel Beras Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 300 hits
bharian com myOleh Februari 27 2025Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul KarimJOHOR BAHRU Kerajaan digesa mengambil tindakan segera terhadap kilang beras pemborong dan peruncit yang didakwa mencampurkan beras putih tempatan dengan beras p...
Mp Bersatu Ni Diminta Buat Kajian Sebelum Komen Isu Dividen Kwsp

Mp Bersatu Ni Diminta Buat Kajian Sebelum Komen Isu Dividen Kwsp

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 331 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Parlimen Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal perlu membuat kajian sebelum mengkritik pembayaran dividen tinggi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk 2024 kata aktivis Liyana Marzuki Ini berlaku selepas ahli parli...
Mou Program Residensi Rakyat Satu Babak Baharu Selesaikan Isu Perumahan Rakyat Pahang

Mou Program Residensi Rakyat Satu Babak Baharu Selesaikan Isu Perumahan Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Memorandum Persefahaman yang ditandatangi untuk Program Residensi Rakyat merupakan satu babak baharu untuk menyelesaikan isu perumahan rakyat kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Menerusi hantaran di laman ...
Ekasih Sabah Bantuan Rakyat Sabah Rm300 Sebulan

Ekasih Sabah Bantuan Rakyat Sabah Rm300 Sebulan

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 326 hits
eKasih Sabah Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Bantuan Rakyat Sabah RM300 sebulan Berita baik untuk rakyat Sabah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor baru baru ini memaklumkan bahawa rakyat Sabah bakal menerima bantuan RM300 setiap ...
Turunkan Lebih 18 Ribu Kandungan Jelik Bukti Mcmc Komited Lindungi Rakyat

Turunkan Lebih 18 Ribu Kandungan Jelik Bukti Mcmc Komited Lindungi Rakyat

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 252 hits
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata daripada statistik berkenaan sejumlah 40 laman sesawang juga sudah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam Foto Facebook Fahmi FadzilKUALA LUMPUR 26 Feb Suruhanjaya Komunika...
Kerajaan Negeri Anjur Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat Tanda Solidariti Rakyat Kepada Institusi Diraja

Kerajaan Negeri Anjur Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat Tanda Solidariti Rakyat Kepada Institusi Diraja

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 286 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan satu Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat bagi menunjukkan solidariti rakyat Pahang kepada Institusi Diraja Pahang Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Keraja...
Senjata Rahsia Elit Untuk Kuasai Hartanah Rakyat

Senjata Rahsia Elit Untuk Kuasai Hartanah Rakyat

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 264 hits
harakahdaily netFebruary 21 2025Akta Pembaharuan Semula BandarKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim menegaskan bahawa salah satu bahaya besar Akta Pembaharuan Semula Bandar ialah apabila jentera kerajaan digun...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia