Jangan Musuhi Penjawat Awam Presiden Pas




KONSEP demokrasi di Malaysia adalah pemisahan kuasa di antara legislatif dan eksekutif, laksana pemisahan di antara badan kereta, enjin dan pemandunya.Seringkali betapa baiknya kereta dan enjin, tetapi kalau pemandunya tidak cekap memandu dan mengurus sama ada tidak berlesen atau mendapat lesen terbang, maka perjalanannya juga tidak akan selesa dan selamat.Begitu juga kalau pemandunya tidak kenal arah hala tuju atau tidak tahu membaca peta perjalanan (road map) yang bercelaru adalah lebih malang, mungkin tidak sampai ke destinasi yang dituju atau terlalu lambat sehingga menghilangkan waktu dan membazirkan minyak. Apatah lagi kalau pemandunya tidak tahu membezakan di antara petrol dan diesel, kalau tersilap minyak yang digunakan boleh merosakkan enjin, lagilah malangnya datang tidak berbau.Saya sangat menghormati YAB Perdana Menteri yang sangat berpengalaman memimpin negara beberapa penggal sehingga menaikkan nama negara kita di persada antarabangsa.Saya tetap mengakuinya walaupun sepanjang masa menjadi pembangkang. Malangnya sekarang beliau dibantu oleh Jemaah Menteri yang tidak boleh menolongnya, lebih malang kalau ada yang seperti mahu menolak imam sebelum habis sembahyang yang bukan boleh dibatalkan begitu sahaja, lebih parah lagi kalau terjadi seperti menebuk kapal dalam perjalanan.Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:إِذَا أرَادَ اللَّه بالأمِيرِ خَيْراً، جَعَلَ لَهُ وزيرَ صِدقٍ، إنْ نَسي ذكَّرهُ، وَإن ذَكَرَ أعَانَهُ، وَإذا أَرَاد بهِ غَيرَ ذَلِكَ جعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إنْ نسي لَمْ يُذَكِّره، وَإن ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ". رواه أَبُو داود بإسنادٍ جيدٍ عَلَى شرط مسلم. رياض الصالحين ط الرسالة (ص: 227)."Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang pemimpin itu, nescaya diadakan bersamanya menteri yang benar (baik), kalau pemimpin itu lupa diperingatkannya, kalau pemimpin itu sudah ingat (tidak lupa) nescaya ditolongnya. (Sebaliknya) kalau Allah menghendaki bagi seseorang pemimpin itu keburukan, nescaya diadakan bersamanya menteri yang tidak baik, kalau pemimpin itu lupa nescaya tidak diperingatkannya, dan kalau pemimpin itu sudah baik nescaya tidak ditolongnya". (Riwayat Abu Daud)Dalam urusan berkaitan hal ehwal agama Islam, sekiranya tidak diurus dengan baik, maka tidak mendapat petunjuk ke jalan yang betul mengikut petunjuk agama yang betul, seperti semua perkara agama digunakan akal semata-mata tanpa hidayah dan ilmunya berkenaan Al-Din atau tidak mempedulikan ciri-ciri rohaninya.Contohnya, sekolah-sekolah agama Islam dan Tabung Haji diserahkan atau dicampur urusannya oleh anasir bukan Islam yang tidak sepatutnya dari segi roh dan moral atau kalangan yang jahil berkenaan Islam, maka tujuannya tidak tercapai walaupun niatnya baik dan ikhlas, kesudahannya menjadi lebai malang.Begitu juga dalam urusan kewangan sama ada banyak duit dalam simpanan atau berhutang sebanyak-banyaknya, kalau salah urusnya jadilah boros seperti mencurah garam ke dalam laut yang sudah masin, atau jadilah bakhil seperti garam yang sedikit tidak sepadan makanan yang hendak dicukupkan masinnya.Sama malangnya kalau tukang masak yang kemahirannya menggunakan senduk dan sudu ditugaskan dalam perkara senjata canggih mempertahankan negara, kerani yang pandai menulis sahaja disuruh menanam padi, dan penghulu kampung ditugaskan menjaga bandar raya.Sebenarnya kita mempunyai penjawat awam yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman dalam kerjayanya. Maka janganlah disalahkan mereka, sekali pun berlaku banyak perkara yang tidak menyenangkan rakyat. Apabila rakyat yang memilih kerajaan melalui pilihan raya, maka jangan menyalahkan penjawat awam yang menjadi jentera kerajaan.Dalam negara demokrasi, rakyat laksana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang meluluskan lesen memandu, kalau silap mengundi maka laksana meluluskan lesen terbang kepada pemandu.Rakyat juga boleh diumpamakan seperti penumpang yang memilih kenderaan untuk ke destinasi. Kalau mahu pergi ke Utara Semenanjung, janganlah menaiki bas ekspres yang menghala ke Singapura atau sebaliknya, hanya merugikan masa dan duit sahaja. Maka jangan disalahkan jentera yang menjalankan kenderaan itu. Marah kepada diri sendiri atau tegur pemandu itu baik-baik, pasti semuanya selamat.Kita dapati di negara maju rakyatnya berilmu, menjadikan pilihan raya satu perkara yang sangat diberi perhatian, maka mereka tidak sewenang-wenangnya memilih kerajaan dan pemimpinnya, sehingga boleh diatur dengan bijak bagi menyelamatkan rakyat dan negara.Para pemimpinnya pula bermaruah, sehingga ada menteri yang meletakkan jawatan kalau dirinya sendiri merasa bersalah. Bahkan dilakukan islah di tengah perjalanan tanpa menyusahkan rakyat dan merosakkan negara.Rasulullah S.A.W. menyuruh umatnya sangat berhemat memilih pemimpin dan jangan terlalu bernafsu mahu jadi pemimpin. Sabdanya:نا والله لا نولِّي هذا العمل أحداً سأله، أو أحداً حرص عليه (متفق عليه)"Sesungguhnya Demi Allah! Kami tidak melantik seorang yang meminta-minta jawatan atau terlalu rakus kepada jawatan"Pendirian politik pilihan raya tidak seharusnya dipandang remeh seperti tertarik kepada syarahan penjual ubat yang petah bersyarah tanpa ilmu perubatan dan penyakitnya, sehingga memilih apa sahaja dan siapa sahaja yang sedap didengar dan dipandang. Akhirnya terpilihlah meraka yang sesat ideologinya atau tersasul memilih yang bercampur aduk pemikirannya atau tunggul kayu yang tidak berfungsi."Islam Memimpin"ABDUL HADI AWANG
Presiden PASBertarikh: 13 Syaaban 1440 / 19 April 2019 - HARAKAHDAILY 19/4/2019


Lihat sebelum ini..E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/jangan-musuhi-penjawat-awam-presiden-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ong Umum Pemutihan Penjawat Awam Pemuda Umno

Kenapa Ong Umum Pemutihan Penjawat Awam Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 277 hits
News Diterbitkan Hari ini 5 02 petangPemuda Umno menggesa kerajaan menjelaskan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming mengenai langkah untuk meneruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam Menu...
Terkini Penjawat Awam Ada Sikap Daulah Terpendam Khalid Samad

Terkini Penjawat Awam Ada Sikap Daulah Terpendam Khalid Samad

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 285 hits
Penjawat awam perlu menerima realiti mereka kini berkhidmat dengan ketua yang baharu dalam kerajaan kata Khalid Samad Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata mereka kini dalam fasa pembaharuan selepas lebih 60 tahun dibentuk oleh cara kepim...
Pengecilan Penjawat Awam Kuota 1 Peratus Oku Tak Terjejas

Pengecilan Penjawat Awam Kuota 1 Peratus Oku Tak Terjejas

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 319 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil diiringi Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia Tan Sri Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar bergambar kenangan bersama penerima anugerah ahli ahli P...
Marah Kalah Prk Rantau Ph Ancam Penjawat Awam

Marah Kalah Prk Rantau Ph Ancam Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 597 hits
Kalau kita imbas kembali kemenangan PH menumbangkan BN dalam PRU 14 banyak di bantu oleh penjawat awam Dr Mahathir sendiri sebelum PRU 14 telah menulis surat untuk di edarkan kepada penjawat awam kerana menyedari begitu pentingnya sokongan ...
Penjawat Awam Malah Budak Pejabat Pun Berkuasa Kata Dr Mahathir

Penjawat Awam Malah Budak Pejabat Pun Berkuasa Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 308 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan penjawat awam kerajaan Foto Astro Awani Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Putrajaya tempoha...
Halang Tugas Penjawat Awam Kdn Serah Siasatan Kepada Polis

Halang Tugas Penjawat Awam Kdn Serah Siasatan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 342 hits
MALAYSIA GAZETTE Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri menyerahkan siasatan kepada polis berhubung isu sekumpulan lelaki yang dipercayai bertindak memeriksa sebuah kererta peronda polis semasa Pilihan Raya Keci...
Kerajaan Dap Ph Janganlah Aniayai Penjawat Awam

Kerajaan Dap Ph Janganlah Aniayai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 388 hits
KERAJAAN JANGAN ANIAYAI PENJAWAT AWAM 1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming bahawa kerajaan masih buat dan perlu terus buat cleanin...
Kenapa Perlu Ragui Kesetiaan Penjawat Awam Berkhidmat Untuk Ydpa Atau Parti Politik

Kenapa Perlu Ragui Kesetiaan Penjawat Awam Berkhidmat Untuk Ydpa Atau Parti Politik

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 393 hits
Kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu khuatir dengan kesetiaan penjawat awam terhadap mereka kata Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Presiden Cuepacs Azih Muda memberi jaminan penjawat awam setia dengan kerajaan PH dan menjadi ...
Informasi Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa Tasimu Presiden Pas

Informasi Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa Tasimu Presiden Pas

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 312 hits
TANJUNG MALIM Umat Islam Melayu di negara ini menghadapi cabaran berupa perpecahan umat dan kelemahan ilmu Islam disamping berdepan idealogi ciptaan musuh serta perkara yang merosakkan asas bernegara Demikian perkara dibentangkan Presiden P...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ditegur Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Ai Nora Ariffin Terima Dengan Hati Terbuka Saya Akan Lebih Berhati Hati

Dah Tumpang Bermalam Pandai Pandai Je Kemas Rumah Orang

Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source