Kerajaan Dalam Kedudukan Selamat Ongkili


Ongkili berkata PBS akan terus berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional.


KOTA KINABALU: Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kedudukan yang selamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Justeru Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa rakyat Sabah agar bertenang di tengah-tengah gerakan politik oleh pembangkang di peringkat Persekutuan.

"Perdana Menteri telah berkata usul undi percaya kepadanya untuk menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Sept, dan kami akan mengundi. Semua Kabinet (menteri) berada di belakang beliau dan kami yakin Perdana Menteri akan terus meraih majoriti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata pembangkang sengaja menimbulkan kekecohan semasa sidang Parlimen baru-baru ini untuk 'mengganggu' usaha kerajaan memerangi penularan COVID-19 yang bagi pembangkang adalah perkara kedua.

"Sudah jelas bahawa usaha memerangi COVID-19 adalah perkara kedua bagi pembangkang. Mereka hanya dahagakan kekayaan dan terus menimbulkan kekacauan... mereka bukan hanya mengganggu sidang Parlimen, tetapi juga menjejaskan usaha kerajaan untuk memerangi virus maut ini," katanya.

Ongkili berbual dengan penerima semasa Program Jangkauan Vaksinasi di Pusat Inokulasi di Marak Parak, Kota Marudu. Ongkili berkata PBS akan terus berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional, dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu akan terus bekerja keras dan menyokong pemimpin, baik di peringkat Persekutuan dan negeri.

"PBS akan terus menyokong Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Bagi kita, keutamaan adalah untuk memerangi COVID-19. Dan untuk kerajaan berfungsi dengan baik, ia memerlukan kestabilan untuk terus bekerja dan meningkatkan ekonomi negara, serta kesejahteraan rakyat," katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata pembangkang mesti berhenti bermain politik dan membenarkan Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan untuk rakyat pulih daripada cabaran COVID-19.

Ahli Parlimen Keningau itu berkata pihaknya menyokong penuh kerajaan sekarang yang diterajui Muhyiddin, dan gangguan politik berterusan boleh melemahkan usaha kerajaan untuk mengawal penularan pandemik itu dan membantu pemulihan ekonomi.

"Apa yang menyedihkan saya ialah semasa sidang Parlimen, pihak pembangkang berkeras mahu bermain politik dan tidak menyumbang apa-apa untuk memerangi COVID-19.

"Apa yang kita perlukan sekarang ialah adalah komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan Malaysia berada di jalan yang betul ke arah pemulihan ekonomi di samping sentiasa mengingati untuk menjaga kepentingan rakyat," kata Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dalam kenyataan.

-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kerajaan-dalam-kedudukan-selamat-ongkili.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Kedudukan Kerajaan Johor Akan Diuji Pada Sidang Dun 12 Ogos

Panas Kedudukan Kerajaan Johor Akan Diuji Pada Sidang Dun 12 Ogos

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 261 hits
August 5 2021 Berubah di Persekutuan berubahlah di negeri Itu naratif yang menjadi kepercayaan pemerhati politik tanah air ketika ini terhadap negeri negeri yang mungkin terancam sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tumbang Tidak terkecual...
Ahli Parlimen Tidak Divaksin Kerajaan Gagal Disiplinkan Anggota Sendiri

Ahli Parlimen Tidak Divaksin Kerajaan Gagal Disiplinkan Anggota Sendiri

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 261 hits
POSTED BY AMIR WRLRKeengganan beberapa Ahli Parlimen untuk mengambil vaksin Covid 19 mengejutkan rakyat di seluruh negara Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan Mohd Hafiz Mohamad keadaan itu menimbulkan tanda tanya kerana Ahli P...
Doktor Kontrak Masih Berharap Kerajaan Pertimbang Rayuan

Doktor Kontrak Masih Berharap Kerajaan Pertimbang Rayuan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Pegawai perubatan kontrak tetap menaruh harapan supaya kerajaan mempertimbang rayuan mereka untuk diserap ke jawatan tetap walaupun kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak mereka bagi tempoh maksimum empat tahun ke atas Seorang ...
Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 345 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda kata Datuk Penge...
Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 312 hits
agendadaily com29 7 2021Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad HashimCadangan supaya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan ubat antiparasit haiwan Ivermectin bagi...
Kerajaan Ph Terbaik Perjuangkan Nasib Doktor Kontrak

Kerajaan Ph Terbaik Perjuangkan Nasib Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 375 hits
Pemerhatian saya sebagai kakitangan KKM yang bekerja dalam era 3 blok politik Jawapan saya pun dari sudut pandang politik Mungkin saya bias tapi bias saya berpandukan fakta Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016 ...
Matlamat Pembangkang Adalah Untuk Sabotaj Dan Gagalkan Kerajaan

Matlamat Pembangkang Adalah Untuk Sabotaj Dan Gagalkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 428 hits
Apa yang sedang berlaku di Parlimen adalah perkara biasa dan kita tak perlu terkejut Matlamat pembangkang adalah untuk sabotaj dan gagalkan kerajaan jadi mereka akan buat apa saja untuk mencapai matlamat mereka Kita tidak perlu menaruh hara...
Kerajaan Akan Tentukan Harga Siling Vaksin

Kerajaan Akan Tentukan Harga Siling Vaksin

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 337 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI PETALING JAYA Kerajaan akan menentukan harga siling untuk penjualan vaksin di pasaran swasta pada masa akan datang Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata penjualan ...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Belajar Saham Global Dengan Moomoo Panduan Untuk Pemula

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000

Poco Launches Poco F8 Series

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Sinonim Dengan Islam

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Top 45 By Brenna Panama888 5 Pgslot Jili Sa Gaming Panama888 27 2026

Brazil999 Top 6 By Jamila 25 November 2568