Kerajaan Buat Kesilapan Besar Potong Subsidi Petani Nelayan Johari


ALOR SETAR – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri menyifatkan bahawa kerajaan telah membuat kesilapan besar apabila membuat keputusan memotong subsidi para petani dan nelayan, yang begitu dirasai golongan itu dan orang Melayu secara amnya.
Menurut Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, apatah lagi keputusan tersebut dibuat enam bulan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu di saat seluruh rakyat mengharapkan sesuatu yang positif daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi meringankan beban sara hidup mereka.
Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan supaya bukan sahaja mengembalikan semula subsidi berkenaan yang sebelum ini dinikmati semasa pemerintahan kerajaan terdahulu tetapi sebaliknya menambah baik pemberiannya lagi.
“Harus diingat bahawa elemen kos sara hidup ini sangat penting untuk kerajaan tangani segera kerana rakyat sedang ‘writing on the wall’ (mencatat untuk memberi peringatan).

“Di Kedah, kita mendapat mesej (peringatan) ini hampir setiap hari. Justeru, kita harus bertindak cepat,” katanya dalam sidang akhbar sempena makan malam bersama media di sini, semalam.
Menurut Johari, kerajaan harus memahami bahawa apabila subsidi dan insentif pertanian dipotong, hasil pengeluaran pertanian dan perikanan tempatan akan terjejas sekali gus menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk mengimport produk-produk terlibat daripada negara lain.
“Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu memberi penekanan terhadap isu kos sara hidup rakyat dan sehubungan itu mengambil keputusan untuk turun berjumpa golongan terlibat dan merasai denyut nadi mereka di Kedah sehari suntuk pada 31 Mac ini.
“Beliau (Anwar) akan turun melawat golongan nelayan di Kuala Kedah, Pokok Sena (pesawah) dan Padang Terap (penoreh getah),” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Johari memberitahu bahawa MPN PKR negeri akan memulakan siri jelajah MPN 2019 di setiap kawasan Parlimen di negeri ini bermula 15 Mac ini sehingga di lokasi terakhir di Langkawi pada 27 April depan.
“Siri jelajah ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelbagai lapisan masyarakat termasuk anak-anak muda tentang prestasi kerajaan PH, apa kehendak dan masalah rakyat.
“Hasil daripada jelajah ini akhirnya, kita akan sediakan laporan yang komprehensif seterusnya membentangkannya kepada agensi kerajaan terlibat untuk kita tangani bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/kerajaan-buat-kesilapan-besar-potong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Kesilapan Besar Yang Kerap Dilakukan Di Dalam Bilik Air Yang Sering Buat Rileks Media

8 Kesilapan Besar Yang Kerap Dilakukan Di Dalam Bilik Air Yang Sering Buat Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 444 hits
Pernah tak dengar ungkapan kalau nak tengok kebersihan seseorang tu tengok bilik air nya kenapa ye Sebab bilik air lah tempat kita membersihkan diri Kalau bilik air pun kotor macam mana kebersihan diri pula Walaupun dah dicuci hari hari dan...
Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 361 hits
Walau bukan kewajipan kerajaan kekal subsidi jemaah hajiPosted By on February 24 2019SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaik...
Rugi Kalau Solat 5 Waktu Tapi Tak Solat Sunat Rawatib Amat Besar Ganjarannya

Rugi Kalau Solat 5 Waktu Tapi Tak Solat Sunat Rawatib Amat Besar Ganjarannya

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 1348 hits
Apakah solat sunat rawatib Bagaimana cara mengerjakannya Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang terbaik dalam panduan ini Anda akan dibimbing langkah demi langkah s...
Hitung Hitungan Gaji Pns Dari Golongan Rendah Sampai Besar Setelah Naik 5 Persen

Hitung Hitungan Gaji Pns Dari Golongan Rendah Sampai Besar Setelah Naik 5 Persen

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 315 hits
Ini merupakan kabar gembira bagi para PNS lantaran cukup lama menanti soal kenaikan gaji
Hiburan Nadiyah Shahab Tidak Faham Mengapa Foto Kek Bentuk Alat Sulit Bachelorette Party Jadi Isu Besar

Hiburan Nadiyah Shahab Tidak Faham Mengapa Foto Kek Bentuk Alat Sulit Bachelorette Party Jadi Isu Besar

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 664 hits
Pelakon Nadiyah Shahab antara salah seorang rakan karib Nelydia Senrose yang turut hadir memeriahkan majlis Bachelorette Party tidak sangka foto cupcake bentuk alat sulit lelaki dan payudara wanita akan mengundang kecaman netizen Memuat nai...
Walaupun Tak Besar Macam Rumah Aliff Syukri Wanita Ini Deko Rumah Sempit Jadi Mewah

Walaupun Tak Besar Macam Rumah Aliff Syukri Wanita Ini Deko Rumah Sempit Jadi Mewah

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 999 hits
Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik Walaupun ruangnya agak sempit tetapi wanita ini berjaya mengubah ruang kecil tampak lebih menarik dan hebat Watiey Abdullah dan...
Pas Cadang Wujudkan Jawatan Timbalan Menteri Besar Kedah

Pas Cadang Wujudkan Jawatan Timbalan Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 359 hits
Perang mulut antara Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berlarutan dengan kali ini Menteri Besar itu diminta tidak cepat gelabah dan melatah Katanya beliau tidak pernah sama sekali me...
Dalam Masa Satu Minit 7 Amalan Boleh Dilakukan Tetapi Besar Ganjarannya Rileks Media

Dalam Masa Satu Minit 7 Amalan Boleh Dilakukan Tetapi Besar Ganjarannya Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 302 hits
Di dalam kesibukkan dunia hari ini minit demi minit berlalu dengan cukup pantas Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan Kita selalu merasakan diri kitalah yang ter...
Misi Besar Naib Juara

Misi Besar Naib Juara

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 204 hits
LAYAK ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan memenangi sekurang kurangnya satu kejohanan musim ini menjadi misi baharu naib juara Seluruh England Aaron Chia Soh Wooi Yik Bagi beregu lelaki negara itu misi layak ke Sukan Olimpik bermula dengan kemp...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Memohon Cinta Allah Kekasih Nya Dan Amal Terbaik

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447

Pengkhianat Sabah Hukuman Buang Kerakyatan Mungkin Setimpal