Dalam Masa Satu Minit 7 Amalan Boleh Dilakukan Tetapi Besar Ganjarannya Rileks Media


Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya.
Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.
#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa.
Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.
Hadis Riwayat Ahmad
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.-Hadis Riwayat Muslim
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
#3 – Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.- Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
#4 – Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kema tiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim.- Hadis Riwayat Bukhari
#5 – Lafaz Tasbih
Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim.-Hadis Riwayat Muslim
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam. Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.
Hadis Riwayat Bukhari
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
#7 – Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita. Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.- Hadis Riwayat al-Thabarani
#8 – Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.-Hadis Riwayat Muslim
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!
Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas. Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.
Source link
The post Dalam Masa Satu Minit 7 Amalan Boleh Dilakukan Tetapi Besar Ganjarannya – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/dalam-masa-satu-minit-7-amalan-boleh-dilakukan-tetapi-besar-ganjarannya-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Kesilapan Besar Yang Kerap Dilakukan Di Dalam Bilik Air Yang Sering Buat Rileks Media

8 Kesilapan Besar Yang Kerap Dilakukan Di Dalam Bilik Air Yang Sering Buat Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 386 hits
Pernah tak dengar ungkapan kalau nak tengok kebersihan seseorang tu tengok bilik air nya kenapa ye Sebab bilik air lah tempat kita membersihkan diri Kalau bilik air pun kotor macam mana kebersihan diri pula Walaupun dah dicuci hari hari dan...
Allah Beri Dugaan Kecil Supaya Kita Terselamat Dari Dugaan Lebih Besar Pesanan Ustaz Ebit Lew Rileks Media

Allah Beri Dugaan Kecil Supaya Kita Terselamat Dari Dugaan Lebih Besar Pesanan Ustaz Ebit Lew Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 360 hits
Kita sering mengeluh apabila apa yang dirancang tidak menjadi Hakikatnya tanpa kita sedari semua yang berlaku itu ada hikmahnya Kebiasaannya hanya selepas sesuatu perkara itu berlaku barulah kita menyedari mengapa sesuatu yang kita rancang ...
Cara Elakkan Habuk Debu Melekat Pada Kipas Untuk Masa Yang Lama Rileks Media

Cara Elakkan Habuk Debu Melekat Pada Kipas Untuk Masa Yang Lama Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 435 hits
Anda Tahu Cara Elakkan Habuk Debu Melekat Pada Kipas Untuk Masa Yang Lama Kewujudan debu dan habuk pada bilah kipas pastinya merupakan sebuah pemandangan yang menya kitkan mata Tambahan pula bagi mereka yang amat mementingkan kebersihan Sek...
Inilah Amalan Sebelum Menerima Lamaran Ramai Terlepas Pandang Rileks Media

Inilah Amalan Sebelum Menerima Lamaran Ramai Terlepas Pandang Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 280 hits
Meni kahlah dengan niat ibadah Meni kahlah untuk menjalankan sunnah Nabi Meni kahlah untuk menjaga diri dari dosa dan mak siat Namun jangan asal meni kah Jangan langsung menerima lamaran yang datang tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu...
Selain Murahkan Rezeki Solat Ini Juga Boleh Buat Wajah Cantik Dan Berseri Bagi Yang Melaksanakannya Rileks Media

Selain Murahkan Rezeki Solat Ini Juga Boleh Buat Wajah Cantik Dan Berseri Bagi Yang Melaksanakannya Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 324 hits
Faedah solat dhuha memang sangat banyak baik untuk jasmani ataupun rohani sehingga akan begitu baik bila dikerjakan setiap hari Pada kesempatan kali ini akan dibicarakan tentang faedah dari solat dhuha Solat dhuha sendiri adalah solat yang ...
11 Amalan Syirik Ini Menjadi Adat Hingga Kini Moga Kita Terhindar Daripadanya Rileks Media

11 Amalan Syirik Ini Menjadi Adat Hingga Kini Moga Kita Terhindar Daripadanya Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 425 hits
Dipanggil pak lebai atau tuan haji bahkan digelar ustaz sekalipun bukanlah tiket yang membebaskan seseorang itu dari perkara syirik Sesungguhnya syirik ini membatalkan aqidah manusia dan amat diben ci oleh Allah SWT Hari ini walaupun manusi...
Sebab Kenapa Tidak Boleh Tidur Waktu Pagi Dan Lewat Petang Rileks Media

Sebab Kenapa Tidak Boleh Tidur Waktu Pagi Dan Lewat Petang Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 280 hits
Dapatan kajian yang disampaikan oleh salah seorang anggotanya Dr Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738 kanak kanak yang berusia dua tahun ke atas mendapati mereka yang tidur lewat petang terb...
Vivo Iqoo Boleh Dicas Sepenuhnya Dalam Masa 46 Minit

Vivo Iqoo Boleh Dicas Sepenuhnya Dalam Masa 46 Minit

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 250 hits
Rekaan Vivo iQOO telah diperlihatkan sendiri oleh pengeluar beberapa hari yang lalu Ini ialah peranti mercu dengan pemproses Snapdragon 855 serta sistem pengecasan pantas 44W Selamat rakaman skrin dari akaun bang gogo menunjukkan peranti in...
Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Rileks Media

Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 449 hits
SYARAT SUJUD ADA 7 Harus sujud dengan 7 anggota badan Harus dengan dahi yang terbuka Kepala harus ditekan Tidak boleh ada hawa lainnya Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud Kepalanya harus lebih ren...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024