Kerajaan Boleh Stabil Jika Jujur Tak Tikam Belakang Puad Zarkashi


by - Cinca 
on - 11/24/2020 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terpaksa membayar "harga yang mahal" untuk mempertahankan kerajaannya termasuk cubaan mendapatkan perisytiharan darurat yang gagal.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi, berkata harga yang mahal itu terpaksa dibayar Muhyiddin kerana tiada kejujuran politik.

Jelasnya, kerajaan Muhyiddin yang lemah boleh distabilkan jika tiada "permainan" untuk menikam dari belakang.

"Macam macam boleh berlaku minggu ini. Bajet (belanjawan) lulus, bajet ditolak, undi tidak percaya, parlimen bubar, Muhyiddin PM (perdana menteri) paling singkat dan mungkin akan ada PM baru," katanya katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, pagi ini.

Menurut bekas ahli parlimen Batu Pahat itu lagi, masalah dihadapi Muhyiddin itu berpunca daripada wujudnya kerajaan lemah - yang digelarnya sebagai 'kerajaan 113' merujuk kepada jumlah sokongan yang didakwa diterima perdana menteri.
Sebenarnya kata Puad kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang boleh menjadi stabil. Untuk mendapatkan keadaan itu, katanya, apa yang diperlukan ialah "kejujuran politik" berbanding gerakan menikam dari belakang.

"Sebenarnya kerajaan ini boleh stabil jika ada kejujuran politik. Terlalu banyak game plan untuk menikam dari belakang.

"Maka inilah harga mahal yang terpaksa dibayar oleh Muhyiddin," katanya.

Hentikan ego, balas dendam

Sejak akhir-akhir ini sekumpulan pemimpin dan veteran Umno membangkitkan - secara berkias - isu kejujuran politik dalam kerjasama parti itu dengan PN khususnya Bersatu dan PAS.

Selain Puad, turut lantang menyatakan isu itu ialah presiden Umno sendiri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Puad Muhyiddin juga memerlukan keajaiban untuk menyelamatkan kerajaan PN selepas usahanya mendapatkan pengisytiharan darurat ditolak Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin dan PN kini berdepan cabaran kelangsungan pada Khamis ini apabila Belanjawan 2021 dibuka untuk undian, sama ada diterima atau ditolak.

Jika gagal mendapatkan sokongan majoriti, ia adalah simbolik kepada penolakan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri dan lazimnya pemimpin terbabit akan berundur.

Umno sebelum ini meletakkan beberapa syarat untuk memberikan sokongan kepada belanjawan berkenaan namun disindir oleh PAS pula dengan mengumpamakannya seperti kisah Puteri Gunung Ledang.

Sementara itu Puad yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata rakyat sudah bosan dengan kemelut politik hari ini.

Justeru katanya Muhyiddin perlu mengetepikan ego dan kembali kepada kejujuran politik.

"Hentikan ego dan balas dendam. Balik kepada kejujuran politik," katanya.
 – Mkini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/11/kerajaan-boleh-stabil-jika-jujur.html#ixzz6eh0TGKFq

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/kerajaan-boleh-stabil-jika-jujur-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda Ini Sebab Kenapa Kerajaan Tidak Boleh Print Wang Ringgit Sesuka Hati

Tahukah Anda Ini Sebab Kenapa Kerajaan Tidak Boleh Print Wang Ringgit Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 379 hits
855 total views 412 views today Pernah tak anda terfikir sekiranya kerajaan tidak mempunyai wang kenapa Bank Negara Malaysia tidak mencetak sahaja wang tersebut bukan Ya perkara itu mungkin pernah menjengah ke dalam pemikiran kita sebelum i...
Anuar Musa Selamba Hentam Umno Kerana Pertahankan Kerajaan Pintu Belakang Muhyiddin

Anuar Musa Selamba Hentam Umno Kerana Pertahankan Kerajaan Pintu Belakang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 164 hits
Hebat Anuar Musa Selamba je dia sound parti dia sendiri untuk membela Muhyiddin Dia minta umno sedar diri jangan minta lebih lebih kerana Umno parti kalah tak berhak tuntut bukan bukan dari kerajaan pintu belakang Muhyiddin Eh Anuar Musa lu...
Elak Serabut Ini Alat Boleh Cuba Guna Untuk Sorok Wayar Belakang Tv

Elak Serabut Ini Alat Boleh Cuba Guna Untuk Sorok Wayar Belakang Tv

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 306 hits
Ruang televisyen merupakan antara ruang yang kerap di pandang oleh isi rumah Apa tidaknya setiap kali menonton drama atau filem sudah pastinya mata akan meliar di kawasan sekitarnya
Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 314 hits
Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak...
Pendakwaan Terpilih Boleh Jatuhkan Kerajaan

Pendakwaan Terpilih Boleh Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 203 hits
Seorang pemimpim veteran Umno meminta kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mengamalkan sikap pendakwaan dan penyiasatan terpilih seperti yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini Mohamed Nazri Abdul A...
Kerajaan Pn Tidak Jujur Sentiasa Tergugat

Kerajaan Pn Tidak Jujur Sentiasa Tergugat

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 184 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terpaksa membayar harga yang mahal untuk mempertahankan kerajaannya termasuk cubaan mendapatkan perisytiharan darurat yang gagal Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi berkata harga yang mahal itu te...
Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 351 hits
Ketika hamil bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan Pun begitu sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak Sakit yang tera...
Berapa Lamakah Makanan Boleh Hadam

Berapa Lamakah Makanan Boleh Hadam

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 855 hits
Berapa Lamakah Makanan Boleh Hadam Anda suka makan dan kerap pulak tu Salahkah kalau kita kerap makan Apa akan jadi jika makanan yang dimakan itu lambat hadam Adakah ia akan tersekat pada usus atau terus masuk ke perut Haha pertanyaan macam...
Nadiem Orang Tua Boleh Tak Perkenankan Anaknya Datang Ke Sekolah

Nadiem Orang Tua Boleh Tak Perkenankan Anaknya Datang Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 164 hits
Para Menteri Jokowi yakni Mendikbud Nadiem Makariem Menag Fachrul Razi Mendagri Tito Karnavian Menko PMK Muhadjir Effendi dan Menkes Terawan telah mengevaluasi surat keputusan bersama terkait penyelenggaraan pembelajaran pada semester Genap...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya