Mb Baru Ikrar Jadikan Kedah Periuk Nasi Malaysia



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baru, Muhammad Sanusi Md Nor berikrar menyingkirkan imej “negeri termiskin” dengan mengambil langkah drastik membasmi kemiskinan dan memfokuskan ekonomi berasaskan pertanian.

Katanya, Kedah di bawah kepimpinannya akan menjadi negeri jaminan keselamatan makanan yang mampu memenuhi permintaan seluruh negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pengimportan makanan.

Beliau juga akan menumpukan perhatian untuk menyediakan bekalan air bersih, internet berkelajuan tinggi dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

“Kami akan bekerja keras untuk menangani isu yang membelenggu kami selama ini. Kami juga berharap untuk mendapat maklum balas membina daripada semua,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik menjadi menteri besar Kedah hari ini.

Sanusi berkata, beliau akan “menekan butang set semula” bagi projek pembangunan tertentu di bawah kerajaan terdahulu, selain melaksanakan “projek penting” dan menambah baik projek lain.

Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) dalam sidang media pertamanya di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Turut hadir pegawai kewangan negeri, Isahak Murat. (Gambar Istana Kedah)

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Perikatan Nasional, termasuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Kedah.

“Kerajaan Kedah komited untuk bekerjasama dengan perdana menteri, Kabinetnya dan jentera persekutuan.

“Kami mahu menyelesaikan isu dan memenuhi keperluan rakyat.”

Katanya, beliau akan memilih barisan exconya dalam masa terdekat.

Sanusi turut mengucapkan terima kasih kepada Mukhriz Mahathir atas sumbangannya dan kerjasama dalam memastikan peralihan kerajaan negeri yang lancar.

Mengenai sokongan PAS Kedah kepada Mukhriz sebagai MB sebelum ini, Sanusi berkata, ia adalah jangka masa berbeza.

“Masa itu, saya pergi berjumpanya dan memberi sokongan kepadanya untuk menjadi MB. Saya berbuat demikian supaya beliau dapat mengelakkan pertembungan politik yang akan merugikan rakyat. Hubungan (dengan kerajaan persekutuan) mula berubah ketika itu.

“Kita perlu sedar yang perubahan kerajaan ini bukan daripada PAS, tetapi daripada Pakatan Harapan sendiri,” katanya merujuk 2 wakil rakyat PKR, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin yang keluar parti Selasa lalu serta menyokong PN.

Tindakan 2 Adun itu serta 4 lagi Adun PPBM yang menyokong PN menyebabkan ia mendapat sokongan 23 daripada 36 wakil rakyat.

Susulan itu, Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar selepas hilang sokongan majoriti.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/mb-baru-ikrar-jadikan-kedah-periuk-nasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Baru Di Dua Negeri Zon Hijau Kelantan Dan Kedah

Kes Baru Di Dua Negeri Zon Hijau Kelantan Dan Kedah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 374 hits
Jangkitan baru dikesan di Kelantan dan Kedah dua negeri yang sebelum ini diisytiharkan sebagai zon hijau iaitu kawasan yang bebas Covid 19 Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan ...
Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 432 hits
Sidang media memperkenalkan barisan Exco Perikatan Nasional Kedah di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini ALOR SETAR Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ...
Mb Baru Kedah Sah Angkat Sumpah Esok

Mb Baru Kedah Sah Angkat Sumpah Esok

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 405 hits
Diterbitkan Hari ini 1 30 pmRakyat Kedah sah akan mendapat menteri besar dan kerajaan baru dengan majlis angkat sumpah akan diadakan pada pukul dua petang esok di Wisma Darul Aman Alor Setar Ia menandakan tamatnya pentadbiran Mukhriz Mahath...
Mingguan Amanz Gerak Malaysia Macbook Pro Baru Microsoft Surface Book 3

Mingguan Amanz Gerak Malaysia Macbook Pro Baru Microsoft Surface Book 3

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 413 hits
Minggu ini menyaksikan pihak Oppo Malaysia memperkenalkan Oppo A92 yang hadir dengan empat kamera belakang bateri 5000mAh dan dijual pada harga RM1199 Selain itu Oppo Enco W31 turut ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM259 Tidak k...
Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru Covid 19

Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 308 hits
Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru COVID 19Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan Negara belum memasuki exit strategy berikutan masih lagi mencatat kes baharu meskipun situasi semakin ...
Pn Dijangka Bentuk Kerajaan Baru Di Kedah Ahad Ini

Pn Dijangka Bentuk Kerajaan Baru Di Kedah Ahad Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 357 hits
Rakyat Kedah berkemungkinan besar akan mendapat kerajaan dan menteri besar baru Ahad ini Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Md Nor juga dijangka dilantik sebagai menteri besar menggantikan Mukhriz Mahathir Menurut sumber Sultan Kedah Sultan ...
Kedah Kelantan Hilang Status Negeri Zon Hijau Selepas Catat Satu Kes Baru Covid 19 Hari Ini Kkm

Kedah Kelantan Hilang Status Negeri Zon Hijau Selepas Catat Satu Kes Baru Covid 19 Hari Ini Kkm

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 410 hits
Putrajaya 20 Mei Kementerian Kesihatan memaklumkan Kedah dan Kelantan hilang status negeri zon hijau selepas masing masingmencatatkan satu kes baru hari ini Kedah dan Kelantan telah merekodkan masing masing satu kes baharu positif sekaligus...
Mb Kedah Baru Muhammad Sanusi Angkat Sumpah 2 Petang Ini

Mb Kedah Baru Muhammad Sanusi Angkat Sumpah 2 Petang Ini

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 366 hits
KUMPULAN wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu ALOR SETAR Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Ment...
Kedah Siap Sedia Pemimpin Pas Dilantik Mb Baru

Kedah Siap Sedia Pemimpin Pas Dilantik Mb Baru

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 383 hits
GEORGE TOWN Satu jadual yang menyenaraikan upacara angkat sumpah menteri besar Kedah yang baru esok tersebar dalam kalangan PAS yang dijangka kembali menerajui kerajaan negeri itu selepas kalah kepada Barisan Nasional pada 2013 Jadual yang ...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Hannahavenhome Tips Menabung Perlahan Untuk Move On Dengan Baik

Terkini Bekas Pm Ismail Sabri Dihantar Ke Hospital Di Damansara Selepas Ditemui Tidak Sedar Diri