Kerajaan Bakal Umum Peluang Jana Pendapatan Untuk Golongan B40 Tanpa Perlu Keluarkan Simpanan Kwsp





Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara penting dalam masa terdekat, termasuk membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada lebih ramai golongan B40, sebagai alternatif supaya rakyat tidak perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pada masa yang sama kerajaan juga mula melihat kepada dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sedang berlangsung.


"Ini kerana kerajaan mesti ada kerangka dasar yang jelas untuk tempoh dua hingga lima tahun akan datang bagi memastikan kenaikan gaji itu tidak diserahkan semata-mata kepada pasaran, dan semua perkara ini berbentuk jangka masa sederhana dan panjang," katanya.


Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas Sesi Kick-Off Dialog Strategik Yang Berhormat Menteri Ekonomi: Permerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat hari ini.


Menurutnya, perkara ini menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia ada sedikit simpanan di hari tua nanti yang mana tumpuan akan diberikan dari segi bantuan serta dasar yang melibatkan kos sara hidup dan pendapatan.


"Kita perlu berhati-hati dengan pengeluaran KWSP, walaupun saya faham untuk sesetengah keluarga itu dapat membantu buat masa sekarang, tetapi kos yang terpaksa dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi," katanya.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang menghadapi masalah kewangan tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP.


Sementara itu Rafizi berkata, kesan kenaikan kos sara hidup juga dapat ditangani dengan lebih baik oleh isi rumah sekiranya program subsidi bersasar berjaya diberikan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukannya.


"Proses membuat keputusan untuk penentuan kelayakan secara menyeluruh sedang berjalan dan ini adalah satu keputusan yang paling besar dalam ekonomi negara.. kita mesti berkeupayaan menentukan pendapatan isi rumah dan bilangan isi rumah," katanya.


Beliau berkata, platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan ditambah baik dengan harapan menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan pasaran mesra perniagaan yang lebih kompetetif.


"Platform itu akan dipengerusikan oleh saya dan juga Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali," katanya.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2023/02/kerajaan-bakal-umum-peluang-jana.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/02/kerajaan-bakal-umum-peluang-jana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Bantu B40 Tak Perlulah Sampai Nak Kena Keluar Simpanan Kwsp Kata Rafizi Ramli

Kerajaan Bantu B40 Tak Perlulah Sampai Nak Kena Keluar Simpanan Kwsp Kata Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 356 hits
nbsp Kerajaan akan membuat pengumuman dalam Belanjawan 2023 untuk membantu golongan B40 terutama dengan membantu mereka menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Menteri Ekonomi Rafizi R...
Kerajaan Umum Bantuan Inisiatif Ganti Kwsp 2023 Wow

Kerajaan Umum Bantuan Inisiatif Ganti Kwsp 2023 Wow

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 257 hits
Kerajaan Umum Bantuan Inisiatif Ganti KWSP Untuk maklumam anda semua pihak kerajaan akan mengumumkan bantuan khusus bagi golongan B40 tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP Kerajaan Umum Bantuan Inisiatif Ganti KWSP Bantuan ini akan diumumk...
Lebih 300 000 Pencarum Desak Kerajaan Luluskan Pengeluaran Kwsp 2 0 Atau Rakyat Akan Merajuk

Lebih 300 000 Pencarum Desak Kerajaan Luluskan Pengeluaran Kwsp 2 0 Atau Rakyat Akan Merajuk

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 399 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak bersetuju membenarkan pencarum membuat pengeluaran wang simpanan KWSP buat kali ketiga kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang ...
Cara Jana Pendapatan Dari Rumah

Cara Jana Pendapatan Dari Rumah

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 438 hits
Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Secara Pasif Setiap BulanRamai ingin tahu dan mencari maklumat mengenai bagaimana cara jana pendapatan dari rumah ini Menambah pendapatan setiap bulan hanya dari rumah dapat mengurangkan kos yang berkaitan Ha...
Umum Sudah Berkahwin Isteri Kini Hamil Song Joong Ki Bakal Jadi Bapa

Umum Sudah Berkahwin Isteri Kini Hamil Song Joong Ki Bakal Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 356 hits
Pelakon popular Korea Song Joong Ki yang cukup popular menerusi drama bersiri Vincenzo dan Descendants of The Sun akhirnya mengumumkan telah mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya Katie Louise Sauders Bukan itu sahaja bahka...
Popular Dengan Lagu Bboom Bboom Momoland Umum Bakal Bubar

Popular Dengan Lagu Bboom Bboom Momoland Umum Bakal Bubar

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 335 hits
Nampaknya semua ahli MOMOLAND telah memilih untuk membawa haluan masing masing ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 14 Februari kesemua enam ahli MOMOLAND iaitu Hye bin Jane Na yun JooE Ah in dan Nancy telah menulis surat tulisan tangan dalam bah...
Peluang Jana Side Income Di Malaysia

Peluang Jana Side Income Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 293 hits
Peluang Jana Side Income Di Malaysia Yang Terbaik Secara PasifBercerita tentang peluang sumber dan cara jana side income di Malaysia ini banyak yang boleh dilakukan atau diusahakan bagi menjana pendapatan tambahan kita setiap bulan Di inter...
Jana Pendapatan Usd Setiap Bulan

Jana Pendapatan Usd Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 332 hits
Jana Pendapatan USD Setiap Bulan Secara PasifRamai yang tercari cari peluang dan platform untuk boleh jana pendapatan USD setiap bulan kan Kita di Malaysia ini apabila memiliki sumber pendapatan dalam USD pastinya akan menyeronokkan kerana ...
Song Joongki Umum Sudah Kahwini Katy Louis Saunders Bakal Jadi Bapa

Song Joongki Umum Sudah Kahwini Katy Louis Saunders Bakal Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 363 hits
Berita yang tidak disangka semua Akhirnya Song Joong ki mengumumkan bahawa dia sudah bergelar suami buat kali kedua kini ARTIKEL BERKAITAN Menerusi entri di laman peminatnya pelakon itu mendedahkan berita tersebut selain berkongsi bahawa di...
Boboiboy Galaxy 2 Hampir Ke Penghujung Ceo Monsta Kongsi Arc Setiap Siri

Victor Hartono Warisan Dan Inovasi Di Balik Kejayaan Djarum

Hiburan Ibu Shila Amzah Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan Majlis Sederhana Dihadiri Keluarga Terdekat

Bn S Bikin Balik Sabah Manifesto To Tackle Water Power And Road Issues Says Zahid

Keajaiban Alam Siberia Mengungkap Keindahan Taiga Timur Rusia

Sabah Polls Split Votes Leave Most Party Presidents On Uncertain Ground

Ets3 Johor Bahru Kl Sentral Dijangka Mula Operasi 12 Dis Ini Loke

Prince Syed Menangis Di Podcast Akui Terlalu Sayangkan Isteri Saya Akan Terima Balasan Dunia Akhirat Kalau Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Can Malaysia S Anwar Survive Sabah For Sabahans Pushback In Crucial State Election

Classy Idea From My Blogger Friends

Kini Opening G Mart Segar Kanan Bomboi Bawah

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha