Keracunan Gas Karbon Monoksida Pembunuh Senyap
Keracunan Gas Karbon Monoksida Pembunuh Senyap | Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang , fikirkan semula !
Keracunan Gas Karbon Monoksida Pembunuh Senyap Fast Fact- Keracunan Karbon Monoksida merupakan punca utama kematian akibat keracunan
- Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi
- Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap ”- Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah
Keracunan gas karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida
Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi . Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan , penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak
Bagaimanakah Gas Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos . Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida , hidrokarbon , dan nitrogen oksida.
Ketika memandu , sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat . Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak .
Tanpa di sedari , gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah .
Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin ( bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ) , lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin . Apabila ini berlaku , darah tidak lagi mampu membawa oksigen dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati! .
Apakah Gejala Keracunan Gas Karbon MonoksidaGejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan , perut , muntah , sakit dada dan kekeliruan .
Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian
Tips Pencegahan Keracunan Gas Karbon Monoksida- Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah . Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil
- Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang . Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya
- Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala . Ingat , kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian
- Jangan sekali-kali membakar arang atau membuat BBQ di dalam rumah . Pembakaran arang akan membebaskan gas beracun ini
- Jangan menggunakan dapur gas mudah alih yang biasa di gunakan untuk perkemahan di dalam rumah. Pembakaran gas itu juga membebaskan gas beracun ini
- Sekiranya kediaman anda memiliki sistem pemanasan , pemanasan air dan peralatan pembakaran gas , minyak atau arang batu pastikan ia di selenggara setiap tahun
- Jika anda mengesan sebarang kebocoran pada peti sejuk , pastikan ianya di periksa segera
- Sekiranya anda ada menggunakan sistem pemanasan rumah menggunakan gas , pasang alat pengesan gas karbon monoksida di dalam rumah anda . Penggera akan di aktifkan sekiranya alat ini mengesan kehadiran gas karbon .
- Merokok paip shisha di dalam rumah / restoran - paip shisha menggunakan arang dan tembakau. Penggunaan arang ini akan membentuk gas karbon monoksida .
- Sekiranya kediaman anda ada cerombong , pastikan ianya di periksa dan dibersihkan setiap tahun
Sumber : Fire & Rescue Department Of Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2018/11/keracunan-gas-karbon-monoksida-pembunuh.html