Kerabu Pucuk Paku Mudah Dan Sedap


 
Teringat masa dulu semasa di kampung, suka ke kawasan paya di kawasan sawah padi untuk memetik sayur pucuk paku dan satu lagi jenis paku pakis yang besar dipanggil pucuk pia. Saya tak pasti apa nama untuk pucuk itu kalau di sini. Kalau sayur, samada ditanam sendiri atau dicari di hutan hutan atau paya berdekatan rumah sahaja.

Itulah yang saya pernah tulis dahulu. Kalau setahun, tiada duit pun, masih boleh hidup dan boleh makan. Padi ditanam sendiri dan beras disimpan cukup untuk musim akan datang. Udang dan ikan boleh ditangkap sendiri di sungai belakang rumah. Sayur ditanam sendiri atau dicari di hutan berdekatan. 

Ayam, kambing dan lembu juga dibela sendiri. Telur pula diambil dari itik yang dibela sendiri. Buah buahan seperti rambutan, nangka, jambu, kuinin, limau, nenas, mangga, bachang dikait dari dusun sendiri. Namakan sahaja, semua ada kecuali durian. 

Ulam ulaman seperti petai, jering, pucuk gajus juga dipetik dari kebun sendiri. Kelapa juga dikait dari pokok pokok kelapa yang banyak di hadapan rumah. Serai, lengkuas, kunyit juga disemai dan ditanam sendiri di belakang rumah. Yang kena beli untuk memasak, mungkin garam dan gula sahaja kerana tidak boleh ditanam atau dicari.  

Haa itulah pengalaman hidup saya sebagai anak kampung yang sangat indah dan berwarna warni. Kami hidup gembira dan bahagia macam orang lain juga. Kita tidak akan rasa kekurangan dengan apa yang kita tidak pernah miliki. Alhamdulillah kerana kini saya diberikan pula peluang untuk hidup dalam suasana yang sangat berbeza dengan kehidupan dahulu. Hidup seperti orang kaya walaupun bukan kaya. Makan gaji, mana boleh kaya. Cukup sekadar untuk merasa dan memakai apa yang orang golongan pertengahan pakai sahaja. 
Cukup setakat itu dahulu sekarang kita masuk bab kerabu pucuk paku. Sangat sedap kerabu pucuk paku. Saya boleh makan meratah ratah begitu sahaja. Saya juga ada kongsikan resepi kerabu pegaga untuk wanita dalam pantang sebelum ini di SINI. Cuma kali ini, menggunakan pucuk paku dan juga kelapa goreng. 
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Kerabu Pucuk PakuOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ikat pucuk paku1 mangkuk kecil kelapa parut
1 biji asam limau nipis - ambil jus
Sedikit ikan bilis
Garam
Gula

Bahan hiris:
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi hijau & merah

Cara cara:
Pucuk paku yang disiang dicelur dalam air panas mendidih sehingga lembut. Angkat, tos dan diperah airnya.




Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga keperangan. Tumbuk kasar dan ketepikan.


Ikan bilis digoreng tanpa minyak sehingga garing. Angkat dan tumbuk kasar. Ketepikan.

Masukkan bahan bahan hiris ke dalam mangkuk pucuk paku yang telah diperah airnya. kacau rata.

Masukkan pula kelapa goreng yang telah ditumbuk, garam, gula dan air perahan limau nipis secukupnya. Jika menggunakan ikan bilis, boleh masukkan ikan bilis. Nota: saya tak guna ikan bilis kerana anak saya masih berpantang dan tidak makan ikan bilis.


Kacau sehingga bergaul rata dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dinikmati.  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/kerabu-pucuk-paku-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homemade Tortilla Wrap Mudah Sedap

Homemade Tortilla Wrap Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 447 hits
Antara menu kesukaan anak anak bila ke shopping mall antaranya ialah Hot Roll Menu menu depa ni sedap juga kan Ringkas Tapi sebenarnya kan kalau kita buat sendiri di rumah pun lebih berbaloi Bahan tak begitu banyak mana pun ikutlah citarasa...
Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah Dan Sedap

Udang Goreng Telur Masin Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 965 hits
Sebelum kita bercerita bab lauk udang goreng telur masin kita kongsikan bab lain dahulu Pagi tadi tergaman seketika baca kes pembunuhan Jamal Kashoggi journalis Arab Saudi yang dibunuh ketika mengunjungi Kedutaan Arab Saudi di Turki bagi ur...
Menu Udang Idea Masak Yang Mudah Sedap Mak Mak Boleh Cuba Ni

Menu Udang Idea Masak Yang Mudah Sedap Mak Mak Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 442 hits
Mak mak kalau rasa kelam kabut kerana banyak hal perlu disetelkan tetapi tak mau culas masak Ini RASA kongsikan dua menu udang yang sangat mudah dan cepat boleh disediakan untuk anak anak dan suami TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBARBAHAN BAH...
Cara Buat Ikan Bakar Tomyam Guna Perencah Segera Jer Sedap Mudah Ringkas

Cara Buat Ikan Bakar Tomyam Guna Perencah Segera Jer Sedap Mudah Ringkas

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 521 hits
Penggemar ikan bakar boleh cuba resipi mudah ni Tidak memerlukan bahan yang banyak ikan bakar yang hanya perlukan perencah masakan ini sudah boleh menjadikan masakan ikan bakar menjadi lebih sedap Selamat mencubaIKAN BAKAR TOMYAMBAHAN BAHAN...
Inilah Resepi Paling Mudah Dan Sedap Nak Gulai Daging Kerutuk

Inilah Resepi Paling Mudah Dan Sedap Nak Gulai Daging Kerutuk

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 965 hits
ASSALAMUALAIKUM Salam semuaMenu kerutuk daging menu orang Kelantan dan menu kegemaran juga biasanya kalau tak masak dengan daging ganti dengan ayam kalau nak lagi rare ganti dengan itik dan serati Tapi masuk itik serati ni tekak tak boleh t...
Rahsia Buat Pizza Itali Yang Mudah Lagi Sedap

Rahsia Buat Pizza Itali Yang Mudah Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 430 hits
Rahsia Buat Pizza Itali Yang Mudah Lagi SedapGambar Hiasa Shutterstock
Resepi Puding Biskut Marie Sedap Dan Mudah

Resepi Puding Biskut Marie Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 1340 hits
RESEPI PUDING BISKUT MARIEBahan Bahan 200 gram Roti Marie 10 gram Agar Agar Serbuk2 1 2 cawan air1 cawan susu cair1 2 cawan susu pekat1 2 cawan tepung kastard1 biji telur1 2 buku Buttercup6 sudu besar serbuk koko8 sudu besar Milo1 4 sudu ke...
Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 3009 hits
Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir Assalamualaikum Hai semua harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya Hari ini Cik Ash berkongsi resepi daripada dapurcikash iaitu Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir Pucuk Paku Goreng Telur Dan ...
Cara Mudah Buat Cendol Homemade Yang Sedap

Cara Mudah Buat Cendol Homemade Yang Sedap

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 685 hits
Terasa nak makan Cendol homemade Kalau nak lebih sedap cuba hasilkan guna cendol yang anda masak sendiri Pasti lagi mengancam rasanya Minum sejuk sejuk memang puas hati Nak cuba Jom lihat resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak Sangat mu...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord