Keputusan Sama Ada Bela Diri Kes Rasuah Zahid Diketahui 23 Sept


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-September 7, 2022 3:20 PM
Bekas menteri dalam negeri, Ahmad Zahid Hamidi berdepan 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM42 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd yang dikaitkan dengan kontrak sistem visa asing. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Bekas menteri dalam negeri, Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui pada 23 Sept sama ada dipanggil membela diri terhadap 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk lanjutan kontrak sistem visa asing (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan tarikh itu, hari ini, selepas mendengar hujahan lisan sejak 1 Sept.

“Saya menentukannya pada Jumaat (23 Sept) kerana itulah hari yang saya biasa sampaikan keputusan,” katanya.

Yazid turut memerintahkan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan membuat hujahan lisan mereka secara bertulis dan menyerahkannya kepada mahkamah selewat-lewatnya 13 Sept.

Pendakwaan menutup kes selepas memanggil 18 saksi. Perbicaraan bermula pada 24 Mei tahun lalu dan berlangsung selama 33 hari.

Pendakwaan turut menawarkan kepada pasukan peguam Zahid senarai 27 saksi sekiranya pihak pembelaan mahu memanggil mereka.

Termasuk dalam senarai itu ialah bekas ketua pengarah imigresen, Mustafar Ali, yang juga ketua Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC). Beliau juga pernah berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yang lain termasuk Chong Kian Leong @ Raymond, pengarah di syarikat Hong Kong Maintech System HK Ltd, dan Fong Mee Yee, pengarah di Visa Malaysia Ltd Hong Kong.

Zahid yang juga presiden Umno dan Ahli Parlimen Bagan Datuk berdepan 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi tujuan menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali pusat sehenti di China dan sistem visa asing (VLN) serta mengekalkan kontrak pembekalan sistem bersepadu VLN.

Zahid juga berdepan tujuh lagi tuduhan mengikut Kanun Keseksaan, iaitu memperoleh SGD1.15 juta, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan USD15,000 daripada syarikat yang sama berhubung tugas rasminya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya, dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/keputusan-sama-ada-bela-diri-kes-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 586 hits
ismaweb netKes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB yang dihadapinyaKUALA LUMPUR 2 Safar 1444H Selasa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah memba...
Keputusan Kes Rasuah Rosmah Bersalah Atau Dibebaskan Diketahui Esok

Keputusan Kes Rasuah Rosmah Bersalah Atau Dibebaskan Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 244 hits
Rosmah menghadapi satu pertuduhan meminta RM187 5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6 5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin Gambar failKUALA LUMPUR Selepas hampir empat tahun per...
Keputusan Kes Rasuah Bung Moktar Esok

Keputusan Kes Rasuah Bung Moktar Esok

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilepaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan rasuah RM2 8 juta akan diketahui di Mahkamah Sesyen d...
Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 278 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 12 00 PMPendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata penghakiman bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan hari ini membantah perm...
Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Rasuah Nanti Nyanyi Puas Puas Ya

Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Rasuah Nanti Nyanyi Puas Puas Ya

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2 8 juta membabitkan Felcra Berhad Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Roz...
23 September Penentuan Zahid Bebas Atau Bela Diri

23 September Penentuan Zahid Bebas Atau Bela Diri

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 192 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 September ini bagi keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan atau dipanggil membela diri atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd Hakim Datuk Mohd...
Rasuah Rm2 8 Juta Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri

Rasuah Rm2 8 Juta Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta Hakim Rozina Ayob membuat keput...
Keputusan Mahkamah Tepat Anak Ulas Kes Rasuah Rosmah Mansor

Keputusan Mahkamah Tepat Anak Ulas Kes Rasuah Rosmah Mansor

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 214 hits
Anak perempuan kepada Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Datin Azrene Ahmad tampil mengulas dipercayai berkaitan tuduhan rasuah bernilai RM1 25 bilion ke atas ibunya Menerusi satu hantaran di laman Instagram semalam dia berkata keputusan Mahkam...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina