Keputusan Rayuan Anak Mat Sabu Terhadap Sabitan Kes Dadah 27 Oktober Depan


 RERNAMA
Hakim menetapkan tarikh tersebut bagi pendengaran rayuan Saiful bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana penyalahgunaan dadah.

Ahmad Saiful Islam, anak kepada bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam. Gambar: Bernama Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 27 Oktober untuk keputusan rayuan anak bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana penyalahgunaan dadah.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Nasar Khan yang mewakili Saiful, 33, dan timbalan pendakwa raya Izalina Abdullah.
Terdahulu, Nasar berhujah, dalam kes itu pihak polis hanya mengambil satu sampel urin anak guamnya dan proses pengambilan sampel tersebut tidak mengikut peraturan serta terdapat percanggahan antara keterangan saksi pendakwaan berhubung sampel itu.
“Selain itu, terdapat kesilapan pada ekshibit botol sampel air kencing itu dan kepincangan dalam rantaian penguasaan sampel tersebut selain sampel disimpan terlalu lama sebelum diuji di makmal,” katanya.
Izalina berhujah prosedur pengambilan sebotol sampel urin ke atas perayu (Saiful) adalah memadai dan teratur mengikut undang-undang.
“Isu sampel urin dicemari tidak pernah dibangkitkan oleh pihak pembelaan kepada mana-mana saksi pendakwaan dan tiada pada bila-bila masa perayu membuat laporan polis yang mengatakan dia dianiaya berikutan proses pengambilan sampel urin yang konon tidak teratur.
“Oleh itu, majistret (Mohamad Aizat Abdul Rahim) tidak tersalah arah dalam menjatuhkan hukuman ke atas perayu dan tiada faktor menyebabkan Mahkamah Tinggi perlu ubah dapatan Majistret. Pihak kami memohon rayuan perayu ditolak dan hukuman ke atasnya dikekalkan,” katanya.
Saiful didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.
Pada 2 Julai 2020, Saiful memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkannya atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara lapan bulan.
Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/keputusan-rayuan-anak-mat-sabu-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Anak Shah Rukh Khan Jadi Mangsa Buli Siber Aryan Khan Dicemuh Terkait Kes Dadah Instagra

Video Anak Shah Rukh Khan Jadi Mangsa Buli Siber Aryan Khan Dicemuh Terkait Kes Dadah Instagra

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 405 hits
VIDEO Anak Shah Rukh Khan jadi mangsa buli siber Aryan Khan dicemuh terkait kes dadah Instagram dihujani lebih 16 000 komen VIDEO Anak Shah Rukh Khan jadi mangsa buli siber Aryan Khan dicemuh terkait dadah
Accusing Pas Of Hypocrisy Mat Sabu Touts Guan Eng As Tabung Haji Saviour Dap For Upholding Islamic Values

Accusing Pas Of Hypocrisy Mat Sabu Touts Guan Eng As Tabung Haji Saviour Dap For Upholding Islamic Values

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 253 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng was the protagonist who saved Tabung Haji for Malaysia s greater good Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu proclaimed during an online ceramah in Kelantan last night Popularly known as Mat Sabu the f...
Anwar Mat Sabu Sindir Pas Di Parlimen Kerana Judi Naik 22 Kali

Anwar Mat Sabu Sindir Pas Di Parlimen Kerana Judi Naik 22 Kali

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 288 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar menyindir pimpinan Pas di Dewan Rakyat hari ini kerana menaikkan cabutan khas nombor ekor sebanyak 22 kali dalam tempoh setahun Sindiran itu selepas Mohamad Sabu mencelah per...
1 Daripada 3 Pegawai Kanan Sprm Disiasat Berkait Kes Dadah Senjata Api Kata Bukit Aman

1 Daripada 3 Pegawai Kanan Sprm Disiasat Berkait Kes Dadah Senjata Api Kata Bukit Aman

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 354 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang disyaki terlibat mencuri barang kes bernilai RM6 juta turut disiasat membabitkan kes pemilikan dadah dan senjata api Pengarah Jabatan...
Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 299 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sabitan kes liwatnya Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul...
Kes Pembunuhan Model Mongolia Keluarga Altantuya Berjaya Dalam Rayuan Di Mahkamah Rayuan

Kes Pembunuhan Model Mongolia Keluarga Altantuya Berjaya Dalam Rayuan Di Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 181 hits
September 25 2021 Keluarga Altantuya Shaaribuu berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mendapatkan salinan kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes pembunuhan model Mongolia itu untuk diguna...
Husam Menang Kes Saman Fitnah Rayuan Masri Ditolak

Husam Menang Kes Saman Fitnah Rayuan Masri Ditolak

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 218 hits
Malaysiakini Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini sebulat menolak rayuan bekas pengetua sekolah agama Masri Che Yusoff terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang membenarkan saman dan tuntutan Anggota Dewan Negara Senator Husam Musa s...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine