Keputusan Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands Terbatal



KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Mei lalu yang memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk C Sivarraajh.

Dalam penghakimannya, Azizah berkata, beliau berpandangan bahawa pempetisyen, M Manogaran berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa wujud amalan rasuah yang mana wang itu diberikan kepada pengundi.

Azizah berkata, wang itu diberikan sama ada secara terus oleh Sivarraajh kepada pengundi Orang Asli atau melalui Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kini Menteri Besar Pahang) atau ejennya untuk mempengaruhi pengundi untuk memilihnya.

"Sehubungan itu saya mendapati bahawa amalan rasuah berjaya dibuktikan... saya dengan ini mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands diadakan pada 9 Mei lalu adalah terbatal.

"Saya akan mengesahkan keputusan ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan melaporkan bukti amalan rasuah berjaya dibuktikan dan dilakukan dengan pengetahuan serta keizinan responden (Sivarraajh) ketika kempen pilihan raya iaitu pemberian wang untuk mempengaruhi pengundi memilihnya.

"Bagaimanapun, saya tidak akan melaporkan mana-mana individu yang dibuktikan melalui perbicaraan petisyen ini, sebagai bersalah melakukan amalan rasuah kerana terdapat percanggahan keterangan saksi pempetisyen melalui keterangan mereka dalam mengenal pasti siapakah yang sebenarnya memberikan wang itu," katanya.

Azizah berkata, tiada pertikaian dalam petisyen itu bahawa Orang Asli mengalu-alukan sebarang bantuan sama ada dari segi wang atau barang-barang daripada semua pihak termasuk bantuan mesin rumput daripada Manogaran sendiri (pempestisyen).

Hakim itu berkata, malah bukti menunjukkan bahawa wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian.

"Bagaimanapun, niat penerima adalah tidak relevan... saya berpandangan bahawa perlakuan pemberian itu yang perlu dibuktikan walaupun ada percanggahan kerana tiada keraguan wang itu diberikan kepada Orang Asli," katanya.

Azizah kemudian memerintahkan supaya responden membayar kos sebanyak RM15,000.

Pada prosiding hari ini, Manogaran diwakili peguam K Shanmuga manakala peguam Datuk Mohammad Hafarizam Harun bertindak bagi pihak Sivarraajh.

Pada 4 Jun lalu, Manogaran, 59, memfailkan petisyen bagi memohon perisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atas dakwaan responden (Sivarraajh) merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.

Mengikut petisyen itu, Manogaran mendakwa Sivarraajh yang berkempen bersama-sama Wan Rosdy memberi rasuah antara RM30 hingga RM1,000 kepada pengundi Orang Asli melalui beberapa Tok Batin bagi memastikan mereka mengundi BN dan tidak mengundi calon lain.

Manogaran mendakwa, Wan Rosdy, yang juga ADUN Jelai bagi tiga penggal berturut-turut sejak PRU-11, terkenal dalam kalangan pengundi di kawasan itu.

Dakwanya, Wan Rosdy didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Sivarraajh kepada pengundi Orang Asli yang kurang mempercayai orang luar.

Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan empat calon lain. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/11/keputusan-pilihan-raya-parlimen-cameron.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawapan Timbalan Menteri Pengankutan Di Parlimen Mengenai Kesesakan Jalan Raya Di Cameron Highlands

Jawapan Timbalan Menteri Pengankutan Di Parlimen Mengenai Kesesakan Jalan Raya Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 530 hits
1 Masalah kesesakan jalan raya di Cameron Highlands adalah serius dan rumit kerana ia melibatkan bidang kuasa beberapa agensi kerajaan pusat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan Tanpa mengambil pendekatan multi agensi adalah mustahil masal...
Mb Cameron Highlands Bn Terima Keputusan Dengan Tenang

Mb Cameron Highlands Bn Terima Keputusan Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 359 hits
KUANTAN BN Pahang menerima keputusan Mahkamah Pilihanraya mengenai kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan hati terbuka Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau terkejut dengan keputusan itu namun dia dan rakan rakan dal...
Dap Tunggu Keputusan Rayuan Tanding Cameron Highlands

Dap Tunggu Keputusan Rayuan Tanding Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 347 hits
MELAKA Keputusan sama ada DAP akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands hanya akan ditentukan selepas keputusan rayuan di mahkamah Mahkamah Pilihan Raya semalam membatalkan kemenangan parti Barisan Nasional ba...
Isu Kerusi Parlimen Cameron Highlands Akan Dibincangkan Pada Mesyuarat Ph

Isu Kerusi Parlimen Cameron Highlands Akan Dibincangkan Pada Mesyuarat Ph

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 306 hits
SAIRUL ZAMRI MISRANI 30 November 2018 7 31 PM KUALA LUMPUR Mesyuarat Pakatan Harapan akan membincangkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur yang memba
Parlimen Cameron Highlands Pahang Diisytihar Kosong Oleh Mahkamah

Parlimen Cameron Highlands Pahang Diisytihar Kosong Oleh Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 413 hits
Mahkamah Pilihan Raya hari ini memerintahkan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands Pahang sebagai kosong dan pada pilihan raya diadakan semula Pada pilihan raya umum ke 14 pada Mei lalu calon BN C Sivaraj mengalahkan calon Pakatan Harapa...
Azmin Yakin Pakatan Boleh Menang Di Cameron Highlands

Azmin Yakin Pakatan Boleh Menang Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 332 hits
Azmin yakin Pakatan boleh menang di Cameron Highlands Dikemas kini 52 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 1 Dec 2018 3 12
Dap Berhasrat Bertanding Prk Cameron Highlands Lim

Dap Berhasrat Bertanding Prk Cameron Highlands Lim

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 283 hits
Diterbitkan 1 Dis 2018 10 52 pagiDAP berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti itu kata Setiuasaha Agungnya Lim Guan Eng Lim yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya ...
Wan Rosdy Mesyuarat Khas Hadapi Prk Cameron Highlands

Wan Rosdy Mesyuarat Khas Hadapi Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 367 hits
KUANTAN Barisan Nasional Pahang akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands kata pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berk...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation